Kita dah nak masuk zulhijjah ni.
Kalaulah 10 malam akhir Ramadan merupakan waktu malam yg terbaik (adanya malam
alQadr) maka waktu atau siang hari yg terbaik ialah 10 hari terawal Zulhijah (adanya
hari Arafah pada 9 Zulhijjah). So memandangkan 10 hari terbaik (waktu siang) dah
nak tiba, bolehlah perbanyakkan amalan. Contohnya sapa2 yang nak qada puasa tu,
bolehlah qada dalam awal zulhijjah ni
Kadang tu ada Jemaah tanya, kalaulah
hari arafah merupakan hari paling afdal, camana pula status hari jumaat juga
sebagai hari yang terbaik (ada hadis yang menceritakan kelebihan hari Jumaat). Para
ulama menyimpulkan bahawa hari Jumaat merupakan hari yang terbaik dalam
seminggu. Jika nak banding hari Ahad, Isnin sehingga ke Sabtu, maka Jumaatlah
yang paling afdal. Pada hari Jumaat terdapat satu detik atau saat yang mana kalau
kita berdoa, Allah akan makbulkan. Sementara hari Arafah (9 Zulhijjah ) merupakan
hari terbaik dalam tahun tu. So takder kontradiksi sebenarnya.
Kalaulah ada di kalangan kita yg
berhajat nak buat ibadah korban, ada beberapa perkara yg boleh diambil
perhatian seperti larangan memotong kuku, rambut n etc (makruh) sehingga
selesai korban. Rasanya benda tu dah maklum. Ambo lihat beberapa surau dan
masjid area kita dah mula berbicara tentang ibadah korban dan Aidiladha
Kalaulah ada di kalngan kita yg nak
buat Haji, samada dah bertolak atau belum, moga Allah kurniakan Haji yg mabrur
kepada anda. Juga keselamatan dan kesejahteraan sepanjang pergi dan balik.
Dalam hadis nabi sebut Haji yg mabrur ni
Allah ampunkan dosa seumpama anak yg baru lahir. Errr haji kat atas kepala
kalbok, di bawah pokok, atas wakaf dekat stesen prebek tu tak kira deh. Bukan
haji haktu.
Akhir sekali, banyakkan berdoa. Doakan
juga buat ambo moga rajin buat amal terutama ketika keseorangan dan bersunyian.
Teringat lak ada ustaz kami pernah cakap, kita kekadang bertukar mode jjadi
jjuruh ketika depan orang, semasa menjadi perhatian orang, sedangkan mode
jjuruh tu tetiba boleh berubah bila bersunyian. Kenapa jadi begitu? Kerana mode
keseorangan tu kita berada di luar cctv manusia sedangkan perhatian Allah pada
kita tak pernah putus samada ketika kita bersunyian atau di tempat ramai. Doakan
ambo selalu….