Isnin, 7 Februari 2011

blues 0 reds 1.....dalglish, welcome back

really aku bukanlah peminat setia reds. aku kenal bola masa tahun 1985/86. masa tu kalau baca paper, or kalau tgk gambar kat dalam paper msia, b harian khasnya, ada gambar pemain bolasepak, biasanya dalam jersi biru atau merah. kat dada player berjersi biru tu ada tertulis NEC. sementara kat dada player berjersi merah tu ada tertulis perkataan crown paints. masa tu nombor kat depan n nama player kat blakang tader lagi macam zaman sekarang. seterusnya aku memilih untuk menyokong pasukan biru. sebab masa tu ramai bebudak baya aku pilih pasukan merah. then aku kenal seorang player pasukan biru bernama gary lineker. banyak gak gol yang dia score utk pasukan biru tahun tu. dari situlah aku kenal bolasepak, aku kenal everton dan gary lineker, seterusnya bila lineker berhijrah ke barcelona, aku minat pula pasukan barcelona hingga sekarang.

masa tu, sumber berita hanyalah daripada paper. tak kenal lagi laman2 web macam soccernet.com atau fc barcelona.com. hanya sekadar membaca, tahu keputusan bola dan kalau2 bernasib baik dapat tgk gol yang disiarkan kat tv. then seingat aku everton mula menjunam jatuh sejak lineker berundur, walaupun ada gak naik n habiskan season dalam kalangan top half atau top 5, namun sejak 1985 atau 84, everton tak pernah menang liga sehingga sekarang. dalam masa yang sama, musuh tradisi everton sememangnya liverpool. dengan player lagenda mereka cam dalglish, rush, souness, craig johsnton, groblear dan sebagainya, mereka terus menjadi penghalang kepada everton dalam liga n piala FA inggeris. walaupun tak begitu minat liverpool kerana reds merupakan musuh everton, namun aku tetap mengikuti perkembangan reds. aku ingat lagi dalam tahun 1989/1990, masa tu reds tgh leading liga inggeris. pencabarnya ialah arsenal di bawah bimbingan george graham dengan player macam anders limpar mengekori rapat reds dari blakang. seingat aku, dalam bulan februari tahun 1990 tetiba jer dalglish letak jawatan. katanya kerana tekanan. kemudiannya graeme souness amik alih kerusi dalglish bersama generasi pemain macam mcmanaman. aku perasan sejak dalglish berundur liverpool agak hilang arah. permainanan mereka dan aura mereka tak macam dulu lagi. kalau dulu mana2 kelab bila jer nak jumpa liverpool, mereka akan bercakap tentang bagaimana nak sekat player2 tertentu, dengan strategi tertentu untuk menghalang pemain liverpool masuk rapat ke kotak penalti mereka dan sebagainya. sekarang wartawan, penganilis bola mula bercakap apakah souness akan berjaya membawa liverpool seperti zaman dalglish dulu. sejak itu aku ingat nama reds dah mula hilang daripada arus perdana. mulalah muncul pasukan leeds united dengan howard wilkinson sebagai jurulatih english terakhir memenangi liga inggeris sehingga hari ini. seterusnya muncullah kuasa baru, gergasi tidur yang lama tenggelam, iaitu alex ferguson dengan barisan baru manchester united sehinggalah sekarang.

nama reds mula pudar. aku pun dah tak amik tau sangat pasal reds n blues lagi pada masa tu. aku ada dengar pasal roy evans yang digelar invisible manager, gerard houllier dengan 5 gelaran kecuali gelaran liga perdana inggeris, rafael benitez dengan champions league(juga tanpa gelaran liga), roy evans sehinggalah kenny dalglish kembali ke arus perdana sebagai manager liverpool. walaupun aku tak minat reds, namun kepulangannya agak menggembirakan aku kerana sekurangnya2 dia cuba menyelesaikan tugasannya yang tergendala dulu. elok2 tengah leading league, tetiba dia resign. aku ingat tahun tu arsenal menang liga, tapi aku tak rasa seronok sebab seolah2 kemenangan arsenal tahun tu akibar pengunduran jeneral musuh yang sedang menguasai medan perang secara tiba2.

sekarang dalgslih dah kembali. pulang ke pangkuan liverpool yang disertainya sejak tahun kelahiran aku sebagai pemain(1977). aku nak tengok apakah dia mampu menyelesaikan tugasannya yang tergendala dulu. aku nak tengok fight di antara alex ferguson dengan kenny dalsglish. kalau belum ni rasa boring gak asyik2 MU dengan ferguson jer dominate liga inggeris. bila arsene wenger datang, rasa ada fight gak. tapi bila arsenal buat stadium baru, menukar dasar dia daripada beli pemain bintang kepada menghasilkan player muda yang berbakat, nampak macam arsene n arsenal belum bersedia memecahkan dominasi MU secara berterusan. bila jer maurinho datang, aku rasa seronok sebab ada fight, tapi pengusuan abramovich yang tak sabar menjadikan maurinho dah jadi kenangan bersama chelsea, MU kembali mendominasi liga. bila jer ancelotti memecah penguasaan MU, aku rasa seronok sebab ada fight tapi rasanya pengurusan tak sabar macam chelsea bila2 jer boleh fired ancelotti. tak tau la. kini aku rasa seronok sebab ada Manchester city, tapi masalahnya tak sabar. nak cipta kejayaan dalam masa sehari agak sukar. bebila jer boleh fired mancini. bila dalgslih kembali ke liverpool, aku rasa seronok sebab ada fight, ditambah dengan sejarah pengurusan board liverpool tak suka memecat manager, rasa macam ada harapan untuk pecah dominasi MU tapi memerlukan masa. tak tau la, tunggu dan lihat jer apa yang akan berlaku. aku nak tgk everton kembali mencabar kejuaraan tapi everton takder duit. nak tengok nottingham forest kembali di liga perdana tapi rasanya sukar lagi dalam setahun 2 ni. yang boleh aku tengok, dalgslih kembali ke anfield untuk meneruskan tugasanya yang belum selesai dulu

Tiada ulasan: