ayah dulu agak takutkan mayat. kalau dengar jer citer pasal orang mati, atau ada kematian berlaku kat kampung. cukup susah dia nak pergi segera. kalau dia pergi melawat pun, biasanya agak lewat dan dalam keadaan orang dah ramai. masa tu aku kecik lagi. dan aku pun takder la gatal2 mulut nak tanya ayah apahal takutkan orang dah mati. masa aku sekolah menengah barulah dia citer. rupanya ada kenangan yang menyebabkan dia rasa trauma dengan mayat.
masa ayah muda2 dulu, masa tu dia baru first posting ke sebuah kampung di tepi pantai di bachok (aku lupa nama area tu). kat kampung tu ada seorang orang tua yang rumahnya terletak di hujung kampung. so malam tu, bila je lepas solat isyak berjemaah kat surau, anak perempuan si mati bergegas ke surau bersama seorang sepupunya(juga perempuan) memberitahu para jemaah tentang kematian ayahnya. orang kampung pun meminta ayah pergi dulu ke rumah tu, nanti mereka kemudiannya akan menyusul. orang kampung berpecah 2, 1 kumpulan akan menyusul ke rumah tu, 1 kumpulan lagi bergerak ke laut mencari/menjejaki anak lelaki si mati yang turun ke laut(masa tu xder hp lagi)
ayah dengan senang hati berjalan kaki ke hujung kampung, ke rumah orang tua tu bersama sebilah parang, lampu picit dan al-quran. sampai jer di rumah orang tua tu, ayah hairan, takder orang lain kat sini. aku jer yang tiba awal. jiran2 memang takder yang berkunjung. yang ada hanyalah anak perempuan si mati bersama anak saudaranya yang juga perempuan. so ayah nak berpatah balik, namun rasa serba salah kerana takder orang yang tunggu mayat. lagipun masa tu jalan kaki jer meredah tanah pasir, bukannya ada motosikal or kereta cam sekarang. lalu ayah membuka al-quran dan membacanya perlahan sambil berharap orang kampung yang berkumpul di surau tadi akan datang. masa tu ayah perasan bahawa kain penutup muka mayat tu menutup keseluruhan muka. sebentar kemudian, ayah terasa bahawa kain penutup muka mayat tu turun ke dada. mula2 ayah tak amik kisah, maybe kerana angin pantai yang bertiup. lagipun rumah tu jendela pun tak ada. ada jendela yang ditutup dengan kain, ada yang dipaku dengan kayu 2 3 keping jer. so kalau angin bertiup tu biasa la.
ayah terus membaca al-quran. kemudian mayat tu mengangkat tangan, macam kita orang yang hidup tidur dan mengangkat tangan. ayah berasa cukup takut. ayah pegang tangan mayat tu dan kembali letakkan tangan mayat tu macam biasa. barulah ayat terfikir mungkin inilah sebabnya kenapa orang kampung tak nak datang menunggu mayat ni. ganguan tu tak lama. tapi bila takut, 1 minit pun dirasakan sejam. selepas tu berlaku pula gangguan di luar rumah. ada bunyi sesuatu makhluk mencakar dinding rumah. ada juga bunyi orang melontar buah, macam buah kelapa kering dilontar ke rumah. bila jer lontaran tu mengena dinding rumah, terasa bergegar seluruh rumah. kemudian bunyi tapak kaki, langkahan yang kuat dan terasa membenam ke dalam pasir di sekeliling rumah. masa tu ayah dah tak tau nak buat apa lagi. cuma nasib baik benda tu tak menampakkan diri. ayah cakap...kalau benda tu muncul menampakkan diri, ayah nak lari melalui tingkap yang terbuka. tapi bila melihat anak perempuan si mati bersama sepupunya tak melarikan diri, hajat nak lari tak jadi. memang mereka juga takut sampai pucat muka dan berpelukan..namun maybe mengenangkan si mati tu ayah mereka..mereka tetap bertahan.
akhirnya selepas tengah malam, bunyi tapak kaki kedengaran menghala ke rumah berkenaan. orang kampung sampai bersama anak lelaki si mati yang mereka jejaki di tengah laut. barulah ayah tahu kenapa orang kampung tak datang awal2. si mati khabarnya membela.............
hari pertama apabila mayat tu ditanam, keesokannya ada lubang digali di kubur tu. lubang tu kecil jer, tak dalam. orang kampung menimbus balik lubang tu dan menabur duri mengkuang di sekeliling kuburan. keesokannya ada juga lubang digali di kuburan tu. duri mengkuang yang ditabur berserakan di sekeliling. lalu ada orang tua yang berpengalaman meminta supaya ditabur duri sakar(aku pun tak tau camana sakar, eja camana pun tak tau, cuma bunyinya saka...a dibaca dengan bacaan baku). lepas tu barulah kejadian menggali kuburan tu hilang.
sejak kejadian tu, ayah jadi trauma. berpuluh tahun lamanya selepas tu dia tak berani mendekati mayat. kalau melawat mayat pun, dalam keadaan orang dah ramai. dia tak akan jadi yang pertama untuk ziarah mayat.
* cerita lisan dari arwah ayah. maybe ingatan aku dah berkurangan pasal citer ni sebab aku dengar citer ni masa aku sek menengah dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan