BAB II
HUKUM MEMINDAHKAN ZAKAT: PANDANGAN
ULAMA
2.1 Pendahuluan
Pentadbiran harta perolehan dalam
sesebuah negara Islam terutamanya bahagian hasil kutipan zakat telah
memperkenalkan satu kaedah atau sistem yang mesti dipatuhi oleh para amil
iaitu:
ان توزع فى الاقليم الذى تجبى منه
(maksud: zakat hendaklah
diagih di tempat ia dikutip)
Perkara
ini cukup penting terutamanya jika melibatkan zakat ternakan, bijian dan
buah-buahan. Manakala bagi zakat wang, sistem yang diamalkan oleh kerajaan
Islam pada masa itu ialah:
انها
تتبع المال لا المالك
(Mmaksud: agihan zakat
mengikut kedudukan harta, bukan mengikut pemilik)
Syeikh Qalyub
di dalam kitabnyai telah menakrifkan agihan keluat daripada tempat kutipan
sebagai:
ان
يعطى منها من لم يكن فى محلها وقت الوجوب سواء اكان من أهل ذلك المحل ام من غيرهم
سواء أحرجه عن المحل ام جاءوا وقت الوجوب اليه
(maksudnya: zakat diagihkan
kepada asnaf yang tidak beraada di daerah kutipan waktu dikutip, samada ia
pendudukan asal atau pendatang waktu zakat dikutip, tau dana zakat dihantar
keluar daerah)
Bahagian
ini akan memaparkan pendapat para ulama dalam masalah pemindahan keluar harta
zakat dari kawasan pungutan berdasarkan situasi dan juga pandangan 4 mazhab.
Selain itu pandangan ulama-ulama lain yang dipetik daripada kitab tafsir dan
kitab khas berkenaan masalah ini juga dinukilkan
2.2 Hukum
Memindahkan Zakat Berdasarkan Situasi Penduduk Setempat
Ada 2 keadaan
agihan zakat keluar daerah. Pertamanya zakat diagihkan keluar kerana penduduk
tempatan tidak memerlukannya dan kedua agihan dipindahkan keluar sedangkan
penduduk tempatan masih memerlukan bahagian agihan.
2.2.1 Situasi
1: Penduduk Setempat Tidak Memerlukan Agihan Zakat
Dalam keadaan
pertama, Jumhur Ulama mengharuskan pemindahan dana zakat keluar daripada
kawasan kutipan.
Maksud
penduduk setempat tidak memerlukan zakat ialah tiada kedapatan golongan yang
berhak menerima zakat di sesebuah kawasan pungutan atau harta zakat mempunyai
lebihan yang banyak sedangkan golongan yang berhak menerimanya telah pun
diagihkan haknya. Pada masa ini zakat bolehlah diserahkan
kepada pemerintah untuk disalurkan mengikut pertimbangan dan budi bicaranya
atau si pembayar zakat sendiri yang memindahkan hartanya ke kampung yang
berdekatan.
Mengikut
pendapat sebahagian mazhab Syafie dan Maliki, agihan ini diwajibkan jika tidak
terdapat golongan yang berhak menerima zakat sedangkan harta zakat masih banyak
atau tidak terdapat golongan yang berhak menerimanya. Kata al-Dasuqi:
ان
لم يكن بمحل الوجوب او قرية مستحق فانها تنقل كلها وجوبا لمحل فيه مستحق ولو على
مسافة القصر
(maksudnya: jika tidak
terdapat asnaf yang memerlukan agihan zakat di tempat zakat dikutip, dana
tersebut wajib diagihkan ke tempat lain semuanya, biarpun tempat itu jauh
melebihi had qasar solat)
Dalam
riwayat yang dinukilkan daripada Abu Ubaid, Muaz yang merupakan seorang pegawai
zakat pada masa Nabi Muhammad SAW dan Umar al-Khattab telah menyerahkan baki
zakat yang tidak dapat diagihkan kepada Umar. Walaubagaimanapun Umar telah
memulangkan semula kepada Muaz walau pun Muaz telah menceritakan bahawa di
kawasan pungutan zakat itu sudah tiada lagi golongan yang memerlukannya.
Jelasnya, dana zakat yang tidak dapat dihabiskan agihan di tempat pungutan
harus dipindahkan keluar kawasan.
Syeikh
Qardawi pula berpendapat bahawa harus membawa keluar harta zakat dari kawasan
agihan berdasarkan situasi di atas dan keharusan ini merupakan suatu perkara
ijmak.
2.2.2 Situasi
Kedua: Pemindahan Zakat & Terdapat Mustahiq
Di Dalamnya
Situasi kedua
ialah pemindahan harta zakat keluar kawasan dalam keadaan terdapat golongan
yang berhak menerimanya di dalam kawasan tersebut. Isu ini menjadi perbezaan
pendapat di kalangan ulama kepada 3 golongan:
Pertama:
Kumpulan yang mengatakan makruh
Kumpulan ini
berpendapat bahawa makruh memindahkan dana zakat keluar daripada kawasan
kutipan terutama setelah tiba akhir haul. Mereka mengatakan bahawa harta yang
dikutip lebih elok jika diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya yang
tinggal atau berada di dalam kawasan kutipan zakat berkenaan.
Mereka
berpegang kepada hujah hadis Muaz bin Jabal yang ditugaskan mengutip zakat dan
terus membahagikannya kepada golongan fakir dan miskin di kalangan penduduk
Yaman sahaja. Pendapat ini merupakan pendapat mazhab Hanafi, Hasan al-Basri,
Ibrahim al-Nakhaie dan sebagainya.
Kedua:
Kumpulan yang mengatakan harus
Kumpulan kedua
pula mengatakan hukumnya harus memindahkan harta zakat keluar daripada kawasan
kutipan. Pendapat ini dinisbahkan kepada mazhab Syafie.
Asas
atau hujahnya ialah keumuman ayat 60 surah al-Taubah yang tidak menyebut
tentang daerah atau kawasan yang khusus. Muaz bin Jabal pernah menyeru penduduk
Yaman agar mengumpulkan seberapa banyak pakaian daripada khamis sebagai ganti
gandum dan jagung untuk dibahagikan kepada penduduk madinah.
Selain
itu, pada masa pemerintahan khalifah Abu Bakar al-Siddiq pula, Adi bin Hatim
dan Zabarqan ibn Badr telah menyerahkan kutipan zakat daripada kawasan Tay dan
Bani Tamim ke Madinah untuk digunakan sebagai belanja menghadapi peperangan riddah.
Khalifah
Umar al-Khattab juga telah mebahagikan dana zakat yang dikirim oleh Gabenor
Mesir, Amru al-As kepada penduduk Madinah yang ditimpa musim kemarau.
Ketiga:
Kumpulan yang berpegang kepada tidak harus
Kumpulan ini
melarang dan menegah pemindahan dana zakat ke mana-mana tempat. Pendapat ini
disandarkan kepada mazhab Maliki.
Asas
tegahan ini juga berdasarkan kepada hadis Muaz selaku pegawai zakat yang
ditugaskan memungut zakat di kawasan Yaman. Beliau mengutipnya di kawasan Yaman
lalu membahagikannya di kalangan penduduk miskin di Yaman.
Dalam
riwayat yang lain pula, telah diceritakan bahawa Abu Juhaifah, seorang
kanak-kanak yatim telah mendapat agihan seekor unta yang dibayar oleh penduduk
di daerahnya.
al-Qardawi,
Yusuf, Fiqh al-Zakat Dirasat Muqaranah Li
Ahkamiha Wa Falsafatiha Fi Daw’ al-Quran Wa al-Sunnah, Muassasah
al-Risalah, Beirut, Jil 2, hlm, 813-816, Mujaini Tarimin, Zakat Menuju Pengurusan Profesional, Utusan Publications &
Distributors, Selangor, hlm. 82, al-Zuhailiy, Wahbah, al-Fiqh
al-Islamiy Wa Adillatuh, Dar al-Fikr, Beirut, jil.2, hlm.892-893
al-Qardawi, Yusuf, Fiqh al-Zakat Dirasat
Muqaranah Li Ahkamiha Wa Falsafatiha Fi Daw’ al-Quran Wa al-Sunnah,
Muassasah al-Risalah, Beirut, Jil 2, hlm, 813-816, Mujaini Tarimin, Zakat Menuju Pengurusan Profesional,
Utusan Publications & Distributors, Selangor, hlm. 82
Mujaini Tarimin, Zakat Menuju Pengurusan
Profesional, Utusan Publications & Distributors, Selangor, hlm. 82
al-Dusuqi, Ibrahim bin
Abdul Aziz, Hashiyah Dusuqi, Dar
Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah, t.t., vol 1, hlm.501
Mujaini Tarimin, Zakat Menuju Pengurusan
Profesional, Utusan Publications & Distributors, Selangor, hlm. 83-84
al-Qardawi, Yusuf, Fiqh al-Zakat Dirasat
Muqaranah Li Ahkamiha Wa Falsafatiha Fi Daw’ al-Quran Wa al-Sunnah,
Muassasah al-Risalah, Beirut, Jil 2, hlm, 813
Mujaini
Tarimin, Zakat Menuju Pengurusan
Profesional, Utusan Publications & Distributors, Selangor, hlm. 83-84,
al-Qardawi, Yusuf, Fiqh al-Zakat Dirasat
Muqaranah Li Ahkamiha Wa Falsafatiha Fi Daw’ al-Quran Wa al-Sunnah,
Muassasah al-Risalah, Beirut, Jil 2, hlm, 814-817
Muhammad
Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih Min
al-Kitab Wa al-Sunnah Ala al-Mazahib al-Arbaah, Dar al-Manar, Kaherah,
Jil.1, hlm511, Mujaini Tarimin, Zakat
Menuju Pengurusan Profesional, Utusan Publications & Distributors,
Selangor, hlm. 83-84
al-Qardawi,
Yusuf, Fiqh al-Zakat Dirasat Muqaranah Li
Ahkamiha Wa Falsafatiha Fi Daw’ al-Quran Wa al-Sunnah, Muassasah
al-Risalah, Beirut, Jil 2, hlm, 814-817, Mujaini Tarimin, Zakat Menuju Pengurusan Profesional, Utusan Publications &
Distributors, Selangor, hlm. 83-84
Ali al-Syarbajiy,
Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, al-Fiqh
al-Wadih, al-Dar al-Shamiah, Beirut, jil. 1., Muhammad
Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih Min
al-Kitab Wa al-Sunnah Ala al-Mazahib al-Arbaah, Dar al-Manar, Kaherah, Jil.1,
hlm511, Mujaini Tarimin, Zakat Menuju
Pengurusan Profesional, Utusan Publications & Distributors, Selangor,
hlm. 84,
http://muhammadmaryono.wordpress.com/2012/03/02/hukum-mengeluarkan-hasil-zakat-ke-negara-lain/