Khamis, 2 Ogos 2012

Hukum Zakat & Dalil


1.4 Hukum Zakat & Dalil[1]
Zakat merupakan salah satu dari rukun Islam. Ia diletakkan sebagai rukun keempat selepas syahadah, solat dan puasa. Ada juga sesetengah pengarang meletakkannya sebagai rukun ketiga selepas syahadah dan solat. Apa pun kedudukannya, harus difahami bahawa zakat merupakan salah satu rukun Islam.
Hukumnya adalah wajib bagi setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syaratnya. Kewajipan ini berdasarkan dalil daripada al-Quran dan sunnah
Dalil daripada al-Quran:
1)    Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat[2]
Ayat ini disebut sebanyak 82 kali di dalam al-Quran. Ini menunjukkan betapa besarnya kewajipan zakat. Justeru itu, tidak hairanlah kalau Khalifah Abu Bakar mengisytiharkan perang kepada golongan yang enggan membayar zakat selepa kewafatan Rasulullah SAW.
 Dalil daripada Sunnah
1)    Sabda Rasulullah SAW di dalam hadisnya yang seringkali kita dengar:
(Islam itu dibina di atas 5 perkara iaitu penyaksian bahawa tida tuhan yang layak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, haji dan puasa di bulan Ramadan-Muslim)[3]
2)    Sabda Nabi SAW lagi terhadap Muaz sewaktu beliau diutuskan ke Yaman:
(Kalau mereka mematuhi kamu dalam perkara itu, ajarkanlah mereka bahawa Allah telah mewajibkan atas mereka sedekah yang diambil daripada orang kaya mereka dan dikembalikan kepada orang-orang yang fakir di kalangan mereka-Bukhari)[4]


[1] Ali al-Syarbajiy, Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-manhajiy, al-Dar al-Shamiah, Beirut, 2005, jil.1, hlm 326, al-Zuhailiy, Wahbah, al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh, Dar al-Fikr, Beirut, jil.2, hlm.731-732

[2] al-Nur, 56

[3] Abdullah Muhammad Basmeh, Mastika Hadis Rasulullah SAW, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, jil.3, hlm. 152,

[4] Abdullah Muhammad Basmeh, Mastika Hadis Rasulullah SAW, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, jil.3, hlm. 153-156

Tiada ulasan: