Khamis, 2 Ogos 2012

Zakat Dari Segi Istilah

1.2 Zakat Dari Segi Istilah
Zakat dari segi istilah pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu atau mengeluarkan hak milik untuk diberikan kepada mereka yang berhak menerimanya dengan kadar tertentu setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. Ringkasnya perkataan zakat digunakan dalam istilah syariah Islam dengan makna kadar yang ditentukan daripada beberapa jenis harta, yang wajib dikeluarkan kepada golongan manusia tertentu apabila cukup syarat tertentu.[1]


[1] al-Zuhailiy, Wahbah, al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh, Dar al-Fikr, Beirut, jil.2, hlm.729-730, Ali al-Syarbajiy, Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-Wadih, al-Dar al-Shamiah, Beirut, 2005, jil.1, hlm 325, Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih Min al-Kitab Wa al-Sunnah Ala al-Mazahib al-Arbaah, Dar al-Manar, Kaherah, 1997, Jil.1, hlm. 455, Abdullah Muhammad Basmeh, Mastika Hadis Rasulullah SAW, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, jil.3, hlm. 147, Ismail Kamus, Mohd Azrul Ab. Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat, Telaga Biru Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2009, hlm. 157, http://www.zakatkedah.com/index.php/pedoman/pengertian-zakat

Tiada ulasan: