Khamis, 2 Ogos 2012

zakat dari segi bahasa


BAB I
PENGENALAN RINGKAS TENTANG ZAKAT

1.1 Zakat Dari Segi Bahasa
Zakat merupakan ambilan daripada perkataan zakka- yuzakki- tazkiyatan- zakaatan yang bermaksud membersihkan atau menyucikan sesuatu. Maknanya menambahkan dan menyuburkan. Dikatakan telah bersihlah tumbuhan dan perniagaan apabila keduanya bertambah dan subur.[1]
Dari segi bahasa, zakat bererti bersih, suci, berkat, subur dan mengembang. Apa yang dimaksudkan dengan bersih dan suci di sini ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada sifat kedekut dan bakhil.[2]
Dengan kata lain, membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. Ini kerana lazimnya orang kaya mempunyai kenikmatan harta yang melimpah ruah. Justeru itu, kalaulah si kaya ini memperuntukkan sebahagian hartanya untuk dibahagikan kepada golongan miskin, peruntukan ini dapat melembutkan golongan miskin sekali gus dapat mengikis serta menghilangkan sifat dendam, dengki dan sebagainya daripada hati orang miskin



[1] Ali al-Syarbajiy, Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-Wadih, al-Dar al-Shamiah, Beirut, 2005, jil.1, hlm 325, Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih Min al-Kitab Wa al-Sunnah Ala al-Mazahib al-Arbaah, Dar al-Manar, Kaherah, 1997, Jil.1, hlm. 455, al-Zuhailiy, Wahbah, al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh, Dar al-Fikr, Beirut, jil.2, hlm.729-730

[2] Abdullah Muhammad Basmeh, Mastika Hadis Rasulullah SAW, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, jil.3, hlm. 151, Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih Min al-Kitab Wa al-Sunnah Ala al-Mazahib al-Arbaah, Dar al-Manar, Kaherah, 1997, Jil.1, hlm. 455, Ismail Kamus, Mohd Azrul Ab. Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat, Telaga Biru Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2009, hlm. 157, http://www.e-zakat.com.my/info-zakat/pengertian-zakat/

Tiada ulasan: