Selasa, 17 April 2012

saudaraku syahdan yusof......al-fatihah

(gambar terakhir syahdan (berbaju putih) di cairo international airport. saat2 terakhir beliau di kota kaherah. pulang setelah menamatkan pengajiannya)

rasa terkejut bila melihat di wall facebook sahabatku tentang kematian syahdan. masa tu aku tengah meeting. lantas segera aku sms kepada sahabat2 yang lain bertanya berita. ternyata ianya benar.

aku terkenangkan saat2 bersamanya di kaherah dulu. kami dipertemukan Allah di bumi kaherah untuk sama2 menuntut ilmuNYA. beliau dari jeli dan mempunyai pasport thailand (bersekolah YIK di jeli) dan aku dari kuala krai. secara tepatnya kami berkenalan sejak memula sampai di kaherah. di tob el-ramly. sebuah penempatan kecil di hayyu asyir, madinat nasr. beliau rakan sebilikku pada masa itu dan kami masih belum mengetahui di kampus mana kami akan belajar(belum tawzik lagi). masa di toba el-ramly, syahdan lah yang menjadi tukang masak kami. dalam kami ber-4(bersama hasbullah dan zamzamiri). dia dan zamzamirilah yang pandai dan rajin memasak. aku ni tukang makan jer

setelah 3 atau 4 bulan, kami ditempatkan di kampus berbeza. beliau di tanta dan aku stay di kaherah. namun hubungan kami tetap tidak putus. kalau aku ke tanta, di antara port aku lepak ialah di rumahnya. kalau dia mempunyai urusan di kaherah, di antara portnya ialah rumah ku. masih lagi aku ingat saat2 menonton perlawanan akhir piala dunia remaja bawah 17 tahun di rumah kami waktu itu. perlawanan di antara brazil dan ghana dimenangi oleh brazil 2-1 dan syahdan yang tidak mengerti apa2 tentang bolasepak memberi sokongan kepada ghana dan aku menyokong brazil. selesai perlawanan, kami bersama2 berjalan kaki ke mustafa nuhas street makan piza hut. aku ingat lagi katanya2..kalau kita selalu makan piza, alamatnya tauke balak pun bangkrap....

semasa cuti musim panas tahun pertama kami di mesir, sempat aku mengunjunginya di tanta. bersiar2 di sekeliling tanta. pada masa itu keputusan peperiksaan beliau dah keluar. beliau lulus dan dapat meneruskan pelajaran di tahun kedua. aku pula masih menanti dengan penuh debaran. tetiba kawan serumahnya pulang dari kaherah memberitahu kami yang sedang tidur, keputusan di kaherah sudah pun keluar. aku yang masih lapar rasa tak boleh nak makan, terus mengemaskan pakaian dan bergegas ke kaherah. alhamdulillah, kami sama2 melepasi ranjau di tahun 1.

5 tahun kami bersama. sama2 mencari ilmuNYA. sama2 berkongsi suka dan duka di rantau orang bersama2 dengan rakan yang lain khasnya di bikar2000. sememangnya kenangan itu masih segar. dan ianya disegarkan kembali dengan berita pemergian syahdan.

seingat aku, sejak balik ke malaysia. hanya sekali kami berjumpa di bandar baru bangi. aku bertemunya di stesen minyak pro-jet. waktu itu beliau sedang menuntun motornya yang kehabisan petrol dan aku sedang menghabiskan minuman sambil berehat di tempat mengepam angin. dari jauh aku melihat seorang lelaki menuntun motornya sambil tersenyum. langsung aku tidak mengenalinya. apabila dekat barulah aku perasan beliau ialah syahdan. beliau sememangnya dapat mengecam dan megenaliku dari jauh lagi. aku pula tidak dapat mengecamnya kerana beliau agak berubah. kurus dan kulitnya sedikit gelap. mungkin kerana kerja buatnya yang banyak terlibat dalam sektor pembinaan. beliau agak keletihan namun tetap ceria. sempat kami berbual bersama sambil minum di situ. rupanya itulah saat terakhir kami bersama.

tiap2 kali berjumpa kekawan lama terutamanya rusdi, aku sentiasa bertanya khabar tentangnya sehinggalah aku dapat tahu belau sakit buah pinggang. dan akhirnya, ahad 15 april lalu, berita sms membawa pengesahan bahawa beliau telah pergi membuatkan aku rasa sebak. rasa pilu mengenangkan seorang sahabat yang pernah bersamaku ketawa dan menangis di kota kaherah. sememangnya kawan dan sahabat yang dikenali di rantau orang, menjadikan kita agak rapat. namun dia lebih awal pergi menyambut panggilanNYA. apa yang mampu aku lakukan sebagai seorang sahabat, hanyalah berdoa semoga rohnya sentiasa diampuni (termasuk diriku sendiri) dan dirahmati.

Tiada ulasan: