fardu jumaat ada 2 iaitu khutbah 2 kali dan solat 2 rakaat secara berjemaah. berdasarkan beberapa dalil, para ulama telah berijmak bahawa bahawa bilangan rakaat ialah 2 dan wajib ditunaikan secara berjemaah.
di antara dalil tersebut ialah hadis Abu Dawud ( solat jumaat adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang islam yang dilakukan secara berjemaah).
bagi memastikan makmum mendapat jemaah dalam solat jumaat, makmum hendaklah mendapatkan sekurang-kurangnya satu rakaat yang penuh. kalau makmum berkenaan gagal mendapatkan satu rakaat yang penuh, makmum tersebut kena tukar kepada zohor.
dalam kitab musalli, ada 3 situasi berkenaan makmum masbuk solat jumaat.
1) imam solat jumaat dan telah pun berada dalam rakaat kedua ketika qiam atau rukuk, makmum berkenaan datang dan sempat bertakbir serta bersama imam samada imam berada dalam keadaan berdiri (qiam) atau rukuk. jika imam telah pun rukuk, makmum berkenaan dapat rukuk bersama imam dan tamakninah di dalam rukuknya. makmum ini dikira telah mendapat rakaat bersama imam. justeru itu, apabila imam selesai solat jumaat, makmum hendaklah bangun dan menambah satu rakaat lagi dan bacaaanya boleh dibaca dengan kuat. had akhir untuk makmum bersama imam ialah rukuk (dengan tamakninah)
2) imam solat jumaat dan telah pun berada di dalam rakaat kedua selepas rukuk samada imam berada dalam keadaan iktidal, sujud, duduk di antara 2 sujud atau tahiyyat akhir. makmum datang dan terus bertakbir serta mengikut imam. makmum ini dikira tidak mendapat solat jumaat. dia wajib menyempurnakan solatnya selepas imam memberi salam dengan menambah rakaat sebanyak 4 rakaat. bacaannya dibaca perlahan
3)masalah solat jumaat berantai. Imam solat dan berada dalam rakaat kedua dalam keadaan qiam atau rukuk. Makmamum datang dan terus bertakbir menyertai imam dan sempat bersama imam di dalam qiam atau di dalam rukuk berserta tamakninah. Makmum ini dikira mendapat satu rakaat jumaat bersama imam. Apabila imam selesai, makmum ini terus bangun dan menambah satu lagi rakaat jumaat. Pada masa ini, makmum (kita namakan makmum 1) berada di dalam rakaat kedua. Tiba-tiba datang seorang lagi makmum (kita namakan makmum 2) dan menyertai solat di belakang makmum 1.
Dalam kes ini, makmum 1 telah menjadi imam dan makmum 2 telah menjadi makmum. Makmum 2 sempat qiam atau rukuk serta tamakninah berserta imam(makmum 1). Apabila imam (makmum 1) selesai solat, makmum 2 hendaklah bangun untuk menyempurnakan solatnya. Timbul persoalan, apakah makmum 2 kena tambah 1 rakaat lagi (solat jumaat) atau kena tambah 3 lagi (solat zohor)?
Dalam kitab musalli, pengarang menerangkan bahawa makmum 2 dikira mendapat jumaat. Justeru itu, dia dikira mendapat jumaat.
Walau bagaimanapun ada juga ulama yang berpendapat bahawa makmum 2 tidak lagi mendapat solat jumaat.
# sebahagian isi kuliah maghrib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan