Sabtu, 14 April 2012

everton 1 liverpool 2

2-1. begitulah keputusan rasmi perlawanan separuh akhir piala FA england malam ni. keputusan ini melayakkan reds ke final menanti pemenang perlawanan di antara spurs dan chelsea. bermula degan jaringan jelavic sebelum suarez menyamakan kedudukan, akhirnya muncul carrol yang menanduk masuk jaringan kemenangan liverpool

kenangan lama
really aku dah lama tak menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan dari england secara penuh. kalau tengok pun, sekadar tengok keputusan perlawanan dan kadang2 sambil minum kopi bersama orang2 kampung di kedai. itu pun tengok separuh jalan. tapi kali ni, memang aku berhajat nak tengok penuh perlawanan membabitkan 2 jiran yag dahulunya menjadi gergasi dalam liga england.

aku masih dapat mengingati graeme sharp, neville southall, stuart mccall dan etc membarisi kesebelasan utama everton menentang dalglish, rush, barnes, grobelear, johnston dari liverpool. masih aku ingat perkataan Crown Paints terpampang di dada dalglish dan perkataan NEC tertulis di dada kevin radcliff. really perlawanan tadi maybe yang pertama aku saksikan secara penuh membabitkan 2 musuh lama setelah hampir 18 atau 20 tahun.

barisan pemain
di atas kertas aku katakan reds sebagai pilihan. walau pun ada yang beranggapan everton berada pada prestasi terbaik khasnya selepas mencatat kemenangan demi kemenangan dalam liga dan berada setangga di atas reds, namun aku masih meletakkan reds sebagai pilihan.

dari segi kualiti pemain, liverpool mempunyai pemain yang boleh menggerakkan bola seperti suarez. everton tidak mempunyai pemain yang boleh pegang bola dan dalam perlawanan tadi acap kali aku lihat jelavic hanya berdepan dengan seorang jer pemain defender liverpool namun dia bukanlah messi mahupun CR7

reds juga mempunyai barisan sayap yang pantas ditambah dengan hantaran gerard. acapkali leighton baines agak terperangkap dan sering tertewas dengan hantaran jauh liverpool.

apa yang everton boleh harapkan maybe semangat juang yang tinggi dengan permainan fizikal yang lasak. rasanya inilah senjata everton selama ini. cuma kehadiran jelavic sedikit sebanyak menyelesaikan masalah serangan toffes yang agak gersang. tiap kali philip neville, gibson n fellaini dapat bola, aku rasa lega jer. tapi kalau orang lain dapat bola, aku rasa bimbang jer

liverpool n dalglish
bagi aku, dalglish ada masa depan dan harapan di anfield. cuma masalahnya sejauh manakah tahap kesabaran pemilik liverpool sekarang. kalau dahulu, reds dikenali sebagai pasukan besar yang terkenal dengan sejarah jarang memecat pengurus. namun sejak pengunduran houllier, tekanan demi tekanan menjelma dan budaya itu kelihatan berubah. anfiled sudah mula menuntut korban apabila kegagalan menjelma. walaupun aku bukanlah seorang peminat liverpool, namun aku teringin untuk menyaksikan 2 pasukan merseyside ini kembali mencabar di dalam kejuaraan atau setidak-tidaknya kejuaraan piala FA dan piala liga

everton n moyes
moyes merupakan individu yang terbaik untuk memimpin everton dalam keadaan sekarang. toffes merupakan sebuah pasukan tanpa bajet. tahun ini hanya menyaksikan kehadiran dennis starqualursi dan royston drenthe secara pinjaman. kemudian datang james mcfadden sebagai agen bebas dan jelavic pada perpindahan januari. kalau moyes resign atau sacked, rasanya disaster bagi everton sekarang.

tim cahill n sylvain distin
kalau sebelum ni, cahill merupakan seorang pemain yang banyak dan seringkali menymbang jaringan buat everton. sejak pemergian arteta, jarang sekali cahill jaring gol dan dalam perlawanan tadi, banyak hantarannya keluar dari sasaran. nampak macam cahill dah mula melepasi kemuncaknya tapi tak lau kot2 moyes boleh dapatkan seorang pemgumpan yang baik dan dapat menggantikan arteta

tentang distin, dengan usianya yang dah hampir dengan puyol, pacenya dah agak perlahan. beliau tidak lagi dapat memintas bola seperti dahulu. dalam match tadi, aku cukup bimbang kalau dia yang pegang bola. entah camana dia lakukan kesilapan yang tak sepatutnya yang menghasilkan jaringan buat reds. rasanya moyes boleh mula cari pengganti (maybe jagielka)

keseluruhan
secara peribadi, apa yang everton capai sebenanrya dah membanggakan. bermula dengan season yang agak perlahan. kemudian bajet takder. kalau everton dapat tamatkan liga dengan 10 teratas itu dah dikira cukup baik tambahan lak dalam keadaan bola sekarang yang memerlukan duit untuk beli player baru
lierpoool pula aku tak tau la camana owner dia fikir. kalau dia fikir macam budaya di spain, maknanya anfield akan sentiasa menuntut korban tiap kali gagal. kalau dia memang memahami dan menerapkan budaya england, rasanya dia boleh terima keputusan tahun ni. ingat, MU menanti selama 6 tahun sebelum trofi sulung tiba di bawah kendalian alex ferguson

Tiada ulasan: