Khamis, 21 Jun 2012

Kelebihan Menggunakan Kedua-Dua Metodologi & penutup


2.6 Kelebihan Menggunakan Kedua-Dua Metodologi
Tafsir Hamka sering dikategorikan sebagai tafsir bil ra’yi bagi sesetengah cendekiawan. Ada juga yang menganggapnya sebagai tafsir bil ma’thur kerana Hamka menggunakan metod bil ma’thur dalam tafsirnya
Penulis lebih cenderung melihat Hamka sebagai seorang ahli tafsir yang menggabungkan kedua-dua kaedah. Ini kerana selain penekanan kepada keaslian sumber dan kesahihan riwayat, Hamka banyak memasukkan sejarah, sosiologi, psikologi untuk mengukuhkan lagi tafsirannya. Sememangnya cara tafsiran beliau cukup menarik dan sesuai dengan zaman sekarang. Beliau juga meniup semangat tajdid, perubahan ke arah ketamadunan yang lebih baik. Walaubagaimanapun tafsir bil ra’yi ini mempunya syarat-syaratnya yang harus dipatuhi supaya tidak tergelincir ke dalam tafsir bil ra’yi al-mazmum (yang tercela). Selain itu, jika seorang ahli tafsir terlalu terikat dengan teknik bil ma’thur pada zaman ini, ia akan kelihatan sempit kerana boleh dikatakan hampir kesemua riwayat melibatkan hadis dan athar telah disemak semual oleh para ulama. Sebaliknya jika ahli tafsir menggarapnya semula dengan fakta-fakta terkini sebagai tambahan, ianya akan lebih menarik minat pembaca dan membuatkannya keihatan hidup dan dapat berinteraksi dengan zaman semasa

 
PENUTUP

Dalam bab yang lepas, penulis telah menghuraikan tentAng Ibn Kathir dan Hamka, 2 orang tokoh tafsir meliputi metedologi penafsiran, interaksi dengan Israiliyat serta keisimewaan tafsir mereka. Ringkasnya tafsir Ibn Kathir mewakili cara metod tafsir bil ma’thur sementara tafsir Hamka dikategorikan sebagaai tafsir bil ra’yi bagi sesetengah cendekiawan.

Secara keseluruhannya, Ibn kathir dan Hamka telah meninggalkan legasi yang cukup besar kepada umat Islam. Kitab tafsir mereka seumpama pinu gerbang kepada ilmu tafsir, sesiapa yang ingin mempelajari ilmu tafsir pasti akan melalui gerbang ini

Keistimewaan Tafsir Hamka


2.5 Keistimewaan Tafsir Hamka
Berbahasa Melayu. Tafsir al-Azhar dianggap sebagai tafsir berbahasa melayu yang paling lengkap. Justeru itu, ia dapat dibaca oleh mereka yang tiada pengetahuan dalam bahasa arab
Selain itu, gaya penyampaiannya cukup mudah, seperti cara orang berceramah. Kadang-kadang diselitkan dengan cerita samada melibatkan dirinya dan ahli keluarganya. Kadang-kadang cerita melibatkan pergolakan politik di Indonesia. Ditambah dengan penggunaan ayat dan gaya bahasa yang mudah, tafsirnya merupakan tafsir yang cukup sesuai untuk dibaca oleh umat Islam di semua peringkat.[1]
Tafsir al-Azhar juga mempunyai kepelbagaian disiplin ilmu yang menunjukkan betapa luas ilmu pengarangnya. Ia memuatkan ilmu seperti sejarah, antropologi, sosiologi, tasauf, ilmu kalam, sastera, psikologi dan sebagainya. [2]
Hamka juga turut mengkritik dan memuji karya-karya tafsir sebelumnya seperti dalam masalah akidah dan syariah. Beliau turut memberi kredit kepada tafsir-tafsir tertentu dalam masalah tertentu.
Syeikh Mahmoud Syaltut(1893-1963) berkata ketika ingin menganugerahkan anugerah Doktor Kehormat kepada Hamka: “Sesungguhnya tatkala al-Azhar memutuskan hendak memberikan penghargaan itu (doktor kehormat), ialah karena dia telah mengetahui betapa perjuangan tuan selama ini di dalam usaha menegakkan kesatuan kaum Muslimin di Asia Timur, dan bagaimana pula tuan telah memancangkan tonggak-tonggak untuk kekokohan Islam.”[3]
Abu Syakirin menegaskan “Tafsir al-Azhar merupakan karya Hamka yang memperlihatkan keluasan pengetahuan beliau, hampir mencakupi semua disiplin ilmu penuh berinformasi.”[4]

Menurut Mohd Shauqi Md Zahir Tafsir Al-Azhar karangan Hamka merupakan kitab tafsir Al-Quran yang lengkap dalam bahasa Melayu yang boleh dianggap sebagai yang terbaik pernah dihasilkan untuk masyarakat Melayu Muslim.”[5]


[2] eprints.um.edu.my/.../MANHAJ_TAFSIR_A2.doc.

[3] Prof. Dr. Hamka, Tafsir al-Azhar. Surabaya: Yayasan Latimojong, 1984, juzu’ 1, h. 1.

[4] Abu Syakirin, Metodologi Hamka dalam Pentafsiran al-Quran. (abusyakirin.wordpress.com) diakses pada (08/03/2011).

[5]  Mohd Syauqi Bin Md Zahir Al-Kulimi, Studi Mengenai Tafsir Al-Azhar (Kertas kerja Seminar Tafsir al-Quran, 7 Ogos 2010, Islamic Renaisance Front – IIUM).

Manhaj Hamka terhadap Israiliyyat


2.4 Manhaj Hamka terhadap Israiliyyat
Israiliyyat merupakan kata plural daripada Israiliyyah. Ia merupakan perkataan yang dinisbahkan kepada Nabi Yaakub as. Namun dari segi istilahnya, Israiliyat bermaksud segala berita yang bersumberkan daripada Bani Israil samada yang dipetik daripada Taurat, Asfar, Talmud dan sebagainya[1]
Walaubagaimanapun para ulama telah memperluaskan pengertian Israiliyyat kepada semua perkara yang dianggap tidak berasas samada ia berbentuk dongeng dahulu kala  yang boleh jadi asalnya bersumberkan Yahudi atau Nasrani atau sumber-sumber lain. Oleh kerana kebanyakan cerita yang diterima bersumberkan sumber Yahudi, maka lafaz Israiliyyat lebih sesuai digunakan.[2]
Hamka juga seperti Ibn Kahtir, cukup berhati-hati dalam masalah Israiliyat. Beliau meriwayatkan kisah Israiliyat yang dirujuk daripada ahli tafsir besar seperti Ibn Kathir dan Ibn Abu Hatim dengan penilaian dan pertimbangan yang cukup ketat. Dalam soal ini beliau banyak berpegang dengan pendapat Ibn Kathir sepertimana katanya: “Ibn Katsir menulis dalam tafsirnya […] dan beberapa cerita lain yang ditulis oleh beberapa penafsir, sebagian besar adalah cerita-cerita yang bernada israiliyat; mana yang sesuai dengan yang kita terima dari Nabi s.a.w. yang ma‘shum niscaya kita terima. Kalau tidak sesuai, tentu kita tolak. Mana yang tidak ada persesuaian atau perbedaan niscaya tidak lantas kita benarkan atau kita dustakan, akan tetapi biarkan terletak begitu saja…adapun jalan yang selalu kita tempuh dalam tafsir ini ialah mengenyampingkan sebagian dari cerita-cerita Israiliyat itu, karena sangat membuang-buang tempoh. Karena cerita-cerita terlalu banyak mengandung kebohongan yang beredar di antara mereka. [3]
Mana-mana cerita yang pelik dan bertentangan dengan nas atau pun akal akan ditolaknya sekalipun riwayat berkenaan dikatakan berasal daripada sahabat. Tegasnya, Hamka mempunyai persamaan dengan Ibn Kathir dalam masalah ini



[1]Ramzi Nakna’ah, al-Israiliyyat wa Atharuha fi Kutub al-Tafsir, Dar al- ‘Ilm & Dar al-Diya, Beirut & Dimasyq, (t.thn.), hlm.70-71. Mohd Sukki Othman, IlmuTafsir, Open University Malaysia, Selangor, 2011, hlm.119-120. Abu Syuhbah, Muhammad bin Muhammad,  al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafsir, Maktabah Sunnah, (t.tmpt), (t.thn.), hlm. 12. Al-Zahabi, Muhammad Husayn, al-Israiliyyat fi al-Tafsir wa al-Hadith, Maktabah Wahbah, Qaherah, (t.thn.), hlm.13-15
[2] Mohd Sukki Othman, IlmuTafsir, Open University Malaysia, Selangor, 2011, hlm.120. al-Zahabi,  Muhammad Husayn, al-Israiliyyat fi al-Tafsir wa al-Hadith, Maktabah Wahbah, Qaherah, (t.thn.), hlm.13-15. http://almadanii.multiply.com/journal/item/23?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitemhttp://makalah85.blogspot.com/2008/11/israiliyyat.html
[3] Hamka, Tafsir al-Azhar. Singapura: Pustaka Nasional, 1990, jil. 6, juzu’ 17, h. 4586-7 (surah al-Anbiya’).

Metodologi Hamka dalam Tafsir al-Azha


2.3 Metodologi Hamka dalam Tafsir al-Azhar [1]  
Seperti Ibn Kathir, Hamka menggunakan teknik tafsir bil ma’thur. Ia berasaskan kerangka manhaj salaf dengan merujuk kaedah bahasa arab, tafsiran salaf, asbab al-nzul, nasikh mansukh dan sebagainya[2]
Walaubagaimanapun beliau akan menambah pendapatnya sendiri dalam bab tertentu. Beliau juga memuatkan cerita-cerita serta syair yang berkaitan dengan tafsiran ayat untuk menambahkan lagi kefahaman. Kadang-kadang beliau membawa fakta sejarah, antropologi dan sosiologi sehingga ada yang menggelar tafsirnya sebagai tafsir al-adab al-ijtima’iy.[3]
Secara keseluruhannya, terdapat beberapa langkah yang telah digunakan Hamka dalam menulis tafsirnya iaitu:
1)   1)   menyebut pendahuluan awal pada permulaan surah meliputi asbab al-nuzul, hubungannya dengan surah terdahulu, jumlah ayat, kisah yang berkenaan dengan ayat dan sebagainya
2)  2)     menuliskan tema bagi beberapa ayat. Namun ia tidak meliputi kesemua ayat
3)  3)     memberi makna meliputi terjemahan dan maksudnya di dalam bahasa Indonesia
4)   4)    menafsirkan ayat demi ayat.
5) 5)  Beliau akan menyebutkan hadis termasuk sahabat yang merawikannya dan susur galurnya
Berbeza dengan Ibn Kathir, Hamka tidak membahaskan masalah feqh secara terperinci. Beliau hanya menyebutnya dengan tidak menekankan perbincangan di antara mazhab.


[2] eprints.um.edu.my/.../MANHAJ_TAFSIR_A2.doc.

[3] http://iksanudin.multiply.com/journal/item/62?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem