BAB III
INTEGRITI DALAM TAFSIR
3.1 Pendahuluan
Integriti merujuk kepada kejujuran dan keutuhan. Perkataan paling
hampir dengan integriti dalam Bahasa Arab ialah siddiq (صديق ).
Terdapat juga sesetengah ilmuan menterjemahkan integriti sebagai ketenteraman
atau keselamatan dan baik hati. Ada juga sesetengah laman sesawang menafsirkan
integriti dalam Islam sebagai proses pemulihan dan penyelenggaraan terhadap
fitrah semulajadi yang Allah ciptakan kita semua. Kita semua mengetahui bahawa
semua makhluk termasuk manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Fitrah ini pada
mulanya bersih dan suci daripada sebarang pencemaran. Apabila fitrah tersebut
dicemari oleh dosa, pengaruh sosial dan sebagainya, maka seorang insan akan
rosak atau musnah tahap integritinya.[1]
Kesemua maksud tersebut memang sesuai namun penulis lebih cenderung
untuk menterjemahkan integriti sebagai kejujuran dan keutuhan. Ini kerana
maksud inilah yang tertulis di dalam kamus dewan. Apabila disebut jujur atau
utuh, maka perkataan yang paling hampir dengan jujur dalam bahasa arab ialah
perkataan al-sidq atau sidiq.
Sepanjang semakan penulis, perkataan siddiq yang merupakan
gabungan huruf sad, (ص) dal (د ) dan qaf (ق) dan perkataan terbitan dariapda gabungan
ketiga-tiga huruf ini cukup banyak. Lafaz sidq disebut di dalam al-Quran
sebanyak 153 tempat. Kebanyakan perkataan sidq dan kata terbitan
daripadanya disebut dalam al-quran untuk merujuk kepada sifat terpuji untuk
orang-orang mukmin, watak orang soleh dan sebagainya.[2]
Dalam bab ini, penulis hanya mengemukakan perkataan sidq
yang boleh disamaertikan dengan integriti sebanyak 5 ayat sahaja
3.2 Ayat-Ayat al-Quran Tentang Integriti
3.2.1 Surah Maryam ayat 41
واذكر فى الكتاب
إبراهيم إنه كان صديقا نبيا
Maksud: Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam kitab al-Quran ini
perihal Nabi Ibrahim, sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar,
lagi menjadi nabi
Ayat ini menerangkan dakwah Nabi Ibrahim kepada ayahnya supaya
menyembah hanya kepada Allah. Allah menyebut tentang kebenaran atau tahap
integrit yang tinggi kepada Nabi Ibrahim Sidiq merupakan salah satu sifat nabi
SAW[3]
Sifat benar atau integriti ini merupakan salah satu sifat wajib
yang ada pada para nabi. Bagaimana kita dapat bayangkan seorang insan yang
dilantik menjadi nabi untuk menyampaikan seruan Allah, tiba-tiba insan
berkenaan tidak mempunyai sifat sidiq. Justeru itu sifat ini merupakan sifat
yang mesti ada pada setiap rasul samada sidiq dari segi perbuatannya
atau perkataannya.
3.2.2 Surah al-Ahzab ayat 23
من المؤمنين رجال
صدقوا ما عاهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر
Maksud: Di antara orang-orang yang beriman itu ada orang-orang
yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah
(untuk berjuang membela Islam), maka di antara mereka ada yang telah selesai
menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang
menunggu giliran, dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu)
sedikit pun.
Ayat ini menjelaskan tentang sikap orang beriman yang memenuhi
janjinya kepada Allah untuk berjuang. Ada di antara mereka yang telah mati dan
ada di antara mereka yang belum meninggal. Mereka yang menunggu giliran ini
(masih hidup, belum meninggal dunia) tetap berpegang teguh pada janji mereka
dengan Allah. Inilah sikap orang mukmin [4]
Kata Ibn Qayyim di dalam Madarij al-salikin setelah beliau
membentangkan ayat ini: hal ini ada jelas bahawa sifat sidiq merupakan maqam
islam dan iman
3.2.3 Surah Yusuf Ayat 46
يوسف أيها الصديق
يوسف
Ayat ini menceritakan panggilan bekas teman sepenjara Nabi Yusuf
yang telah bebas dan bercerita kepada raja tentang kehebatan Nabi Yusuf
mentakbir mimpi. Teman Nabi Yusuf ini memanggilnnya dengan panggilan Yusuf!
Wahai orang yang jujur. Al-Siddiq di sini merujuk kepada gelaran Nabi
Yusuf sebagai yang benar, yang tidak bersalah. [5]
Imam al-Raziy menafsirkan perkataan al-Siddiq di sini
sebagai suatu sifat benar dan dipercayai yang paling agung. Ada juga yang
menafsirkan perkataan siddiq di sini sebagai takbiran mimpi yang benar
yang ditakbir oleh Nabi Yusuf.[6]
Tuntasnya perkataan ini menunjukkan bahawa Nabi Yusuf mempunyai tahap
integiriti yang tinggi
3.2.4 Surah al-Isra’ Ayat 80
وقل رب أدخلني مدخل
صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
Maksud: dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): wahai
tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamamu dengan kemasukan yang benar
lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang sebenar
lagi mulia, dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta
kekuasaan yang menolongku.
Ayat ini mempunyai kesinambungan dengan ayat sebelumnya. Dalam
beberapa ayat sebelumnya, perkara yang diutarakan ialah soal ibadat, solat lima
waktu dan solat tahajjud. Ayat ke 80 ini menyuruh Rasulullah SAW membaca doa
ini berserah diri kepada tuhan, masukkanlah aku ke dalama ibadat yang aku
kerjakan ini dengan baik. Baik di sini bererti dengan ikhlas , bebas dariapda
penyakit riya’ dan ujub. Keluarkanlah aku pula dari ibadat ini dengan cara
keluar yang baik, jangan sampai terbatal amalan disebabkan kelalaian atau
kelekaaan.[7] Besarnya
sifat siddiq ini sehingga Allah memerintahkan Nabi supaya berdoa dengan
doa ini
Imam al-Raziy membawakan pandangan lain bahawa ayat ini berkenaan
doa Nabi Muhammad SAW supaya Mekah dapat dibuka semula.[8]
3.2.5 Surah al-Ahzab Ayat 24
ليجزي الله الصدقين
بصدقهم ويعذب المنفقين إن شاء أو يتوب عليهم إن الله كان غفورا رحيما
Maksud: ( berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas
orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang
munafik jika ia kehendaki, atau ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah
adalah amat pengampun, lagi amat mengasihani.
Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang jujur, yang mana kejujuran
ini memang timbul dari hatinya bukan dibuat-buat, maka mereka pasti akan mendapat
ganjaran yang mulia di sisi Allah. Sementara orang yang buat-buat jujur atau
munafik, Allah menyediakan buat mereka balasan azab jika ia kehendaki.[9]
3.3 Kesimpulan
Dalam bab ini, penulis membawakan ayat-ayat al-Quran yang
menerangkan konsep integriti atau kejujuran. Secara keseluruhannya, terdapat
banyak ayat al-Quran di mana Allah memuji para nabi dengan gelaran al-Siddiq,
memuji para mukmin dan orang-orang soleh disebabkan tahap ntegriti mereka yang
tinggi.
[1] http://www.islamweb.net/emainpage/index.php?page=articles&id=117352,
http://articles.islamweb.net/media/index.php?page=article&id=183475
[2] http://articles.islamweb.net/media/index.php?page=article&id=183475
[3] al-Raziy,
Muhammad Fakhr al-Din Ibn Umar, Tafsir
Fakhr al-Raziy al-Mushtahar Bi Tafsir al-Kabir Wa Mafatih al-Ghayb, Dar
al-Fikr Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tawzic, Beirut,
jil 21, hlm.223
[4] Hamka, Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Tafsir al-Azhar, Pustaka
Panjimas, Jakarta, jil.22, hlm.230
[5] Hamka, Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Tafsir al-Azhar, Pustaka Panjimas,
Jakarta, jil.12, hlm.240
[6]
al-Raziy, Muhammad Fakhr al-Din Ibn Umar, Tafsir Fakhr al-Raziy al-Mushtahar Bi Tafsir al-Kabir Wa Mafatih
al-Ghayb, Dar al-Fikr Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tawzic,
Beirut, jil 32, hlm.143
[7]
Hamka, Haji Abdul Malik Karim
Amrullah, Tafsir al-Azhar, Pustaka Panjimas, Jakarta, jil.22, hlm.230, al-Raziy, Muhammad Fakhr al-Din Ibn Umar, Tafsir Fakhr al-Raziy al-Mushtahar Bi Tafsir al-Kabir Wa Mafatih
al-Ghayb, Dar al-Fikr Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tawzic,
Beirut, jil 21, hlm.34
[8]
al-Raziy, Muhammad Fakhr al-Din Ibn Umar, Tafsir Fakhr al-Raziy al-Mushtahar Bi Tafsir al-Kabir Wa Mafatih
al-Ghayb, Dar al-Fikr Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tawzic,
Beirut, jil 21, hlm.34
[9] Hamka, Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Tafsir al-Azhar, Pustaka
Panjimas, Jakarta, jil.22, hlm.231, al-Raziy, Muhammad Fakhr al-Din Ibn Umar, Tafsir Fakhr al-Raziy al-Mushtahar Bi Tafsir al-Kabir Wa Mafatih
al-Ghayb, Dar al-Fikr Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tawzic,
Beirut, jil 25, hlm.204
Tiada ulasan:
Catat Ulasan