Kenangan Kaherah (5)
NASR CITY 1997
1997, kami tinggal berlima di Nasr City. Adli Razzaq, sedaerah dengan ambo dan pernah berada di bumi SEMUARA. Beliau dah tahun akhir pengajian. Zailan abu bashah masa tu pulang bercuti di Malaysia. Belum kembali ke kaherah. Sayyid Hamid ambo kenal sejak era SEMUARA lagi. Orang hebat SEMUARA dan EXCO PMRAM masa tu. Kesemua mereka sebaya. Seorang lagi berstatus newbie macam ambo (kami guna istilah adik baru) ialah Ahsan Hilmi, dari Machang.
Masih ingat nama tuan rumah. Rakfat Zayn Gad. Kami tinggal di tingkat 1. Dalam bangunan yang sama, ada mahasiswi perempuan (akhawat) kat tingkat groundfloor dan satu lagi kat tingkat atas. Tuan rumah kami agak cerewet kalau kami bising. Kekadang tu kami tengok bola, biasa la kalau tgk bola takleh nak wat macam tgk ujian tilawah al-quran, kami akan bersorak. Sesekali terkeluar juga perkataan goollllll. Then naiklah bawwab (penjaga pintu, kira macam guard utk bangunan tu) nama Hamdi bagitahu kami tuan rumah marah kalau bising2. Kalau bab lain takder hal, biasa jer dia tegur kami tanya khabar. Kekadang bab agama, dia masuk ke rumah kami bertanyakan sesuatu yang dia tak faham. Kalau bab suara bising ni, dia agak tak suka.
Adli razzaq dah tahun akhir. Ambo banyak belajar daripadanya perihal dok di dapur dan pasal pengajian. Masa lapangnya banyak diisi dengan membaca. Baca paper mesir, baca majalah, baca kitab. Biasanya dialah rujukan pertama ambo pasal pengajian. Lagipun kami dari fakulti yg sama
Zailan Abu Bashah pula baru sampai dari Malaysia selepas pulang bercuti. Siap bawa rice cooker, barangan Malaysia macam megi, mihun, milo, paper, majalah dan macam2. Kami pada masa ni tak tertarik sangat dengan barangan Malaysia sebab kami baru jer tiba. Ambo banyak belajar daripada beliau pasal life kat mesir. Juga cara komunikasi dengan arab kat sini. Sebagai pelajar yg ada pinjaman pelajaran, Zailan ada kitab paling banyak. So kitab2 rujukan dialah yang selalu ambo guna
Sayyid Hamid jarang ada di rumah. Beliau banyak berada di pejabat utama PMRAM. Pulang sesekali jer tapi ambo dan dia dah kenal lama. Agak fasih berbahasa arab standard. Sering menjadi rujukan ambo terutama pasal Bahasa.
Ahsan sama dengan ambo. Baru belajar menongkah arus. Seorang yang kuat menghafal, kuat study. Masanya banyak dihabiskan dengan buku.
Rumah sewa kami agak sibuk, senior2 lain selalu datang bertandang. Kadang tu sekadar datang nak guna tandas. Ada yang datang dari muhafazah (cawangan al azhar di negeri luar Kaherah) menumpang tidur dan berehat. Ada yang datang sambil bawa buahan atau hidangan dan kami makan bersama. Kekadang mereka masak kat rumah dan bawa makan kat rumah kami masakan mereka. Kekadang mereka beli ayam golek kat babai (nama kedai) dan makan dengan kami. Ada yang datang untuk study group dan berbincang bersama. Rumah sewa kami pernah di gelar di kalangan sesetengah senior Madrasah Ibn Rusyd kerana senior2 yang menjadikan rumah kami tempat berbincang, berdebat dan berbahas
Antara senior yang selalu datang ialah faisal hamid (sekang lecturer UM). Pada masa tu beliau Setiausaha agung PMRAM. Auni, Azni, Faizal Pakistan bersama Us Nawi, Sukri, Azizan n ramai lagi. Biasa kalau Faisal datang, tajuk perbincangan kami banyak berputar sekitar falsafah, hadis n etc. kalau Auni datang, dibentangnya pasal masalah sertu (bab dibagh). Disebutnya satu persatu pandangan ulama berserta perbahasan dalil n etc. begitu juga sukri dan azizan. Rumah kami akan sentiasa rancak dengan topik sebegini. Ambo dan Ahsan selaku adik baru ni hanya mendengar. Bila kami tak faham, kami akan Tanya Adli atau Zailan ttg topik tadi. So benda sebegini membentuk jiwa ambo masa tu
Pernah sekali Adli dan Auni dok kaji pasal Kristian. Siap beli bible dan ada video ttg Nabi Isa (filem lakonan semula ttg nabi isa). Juga buku2 rujukan pasal bible tu. Bila selesai baca buku, akan ada sesi bedah buku. Seingat ambo, Auni pernah bermimpi jumpa pemimpin utama kristain mesir masa tu. Selepas kejadian tu, Auni slow skit pasal benda ni.
Antara perbincangan lain ialah kontroversi kitab Abdul Sabur Shahin ttg Adam sebelum Adam. Persoalan apakah ada makhluk lain sebelum nabi Adam? Buku Abdul Sabur Shahin di dijawab dengan tulisan oleh ulama dan sarjana lain. Yang pasti senior kami beli, baca dan bincang pasal buku tu depan kami. Seronok dengar
Kalau sebelah malam, kekadang tu ambo dan Ahsan kena jadi mushrif. Apabila akhawat samada rumah atas atau rumah groundfloor ada urusan nak ke mana mana terutama bila ada program persatuan kat rumah negeri lain, mereka akan minta kami menemani mereka. Mereka beramai ramai akan berjalan kat belakang dan ambo berjalan kat depan. Semua ni untuk tujuan keselamatan. Ambo pernah lihat pelajar dari negeri negeri stan pon sama. Mereka akan berjalan malam secara berkumpulan dan pastinya ada pelajar lelaki kat depan. Yang bestnya bila jadi mushrif, esok nanti ada la kuih sampai kat rumah kami. Cek mek. Donat. Cekodok. Jjeput malas yg para akhawat bagi.
Paling seronok bila dok dgn senior ni kami banyak dipandu dan ditunjuk ajar. Kitab rujukan pon banyak, ada apa2 senang kami nak rujuk. Dalam banyak2 kitab ambo terpandang satu kitab yang cantik kulit luarnya. Dalamnya penuh dgn catatan nota tulis tangan di tepi dan sekeliling kitab. Qatrunnada wa bal soda karya Ibn Hisham. Kitab ni merupakan kitab nahu untuk newbies. Selalunya kita kat msia akan bermula dengan ajrumiyyah. Dengan syarah ajrumiyyah yg pelbagai sebelum ke alfiyah. Di tengah tu ada yang menjadikan qatrunnada sebagai hentian seketika sebelum ke alfiyah.
Adli dan Zailan selalu berpesan dengan ambo, cubalah sedaya upaya untuk berjaya masa tahun pertama. Jangan kandas. Bila berjaya masa tahun pertama ni Insya ALLAh akan lebih mudah untuk menghadapi tahun seterusnya. Kekadang bila ada junior yang tinggal dengan senior dan tak lulus masa tahun pertama, senior akan dipersalahkan. So tumpu sepenuhnya. Biasanya masa tahun pertama kita akan hadapi kejutan. Kejutan dari segi suasana tempat belajar. Juga kejutan dari segi isi pembelajaran.
Memang benar, tahun pertama agak mencabar. Kehidupan baru, suasana baru, cuaca yang kami tak pernah hadapi masa kat msia. Semuanya mesti ambo tempuhi. Kata orang manisnya perjuangan terletak pada kerasnya dugaan….
- PMRAM ialah singkatan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. Persatuan kami masa tu
- SEMUARA ialah singkatan kepada SMUA Rahmaniah, kuala krai, rasanya sekarang lebih sinonim dgn singkatan MRKK (Maahad Rahmaniah Kuala Krai)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan