Selasa, 15 April 2025

kuliah maghrib (hadis Riyad al-Salihin) kisah ikan besar

بَعَثَنا رَسولُ اللهِ ﷺ وَأَمَّرَ عَلَيْنا أَبا عُبَيْدَةَ، نَتَلَقّى عِيرًا لِقُرَيْشٍ، وَزَوَّدَنا جِرابًا مِن تَمْرٍ لَمْ يَجِدْ لَنا غَيْرَهُ، فَكانَ أَبُو عُبَيْدَةَ يُعْطِينا تَمْرَةً تَمْرَةً، قالَ: فَقُلتُ: كيفَ كُنْتُمْ تَصْنَعُونَ بها؟ قالَ: نَمَصُّها كما يَمَصُّ الصَّبِيُّ، ثُمَّ نَشْرَبُ عَلَيْها مِنَ الماءِ، فَتَكْفِينا يَومَنا إلى اللَّيْلِ، وَكُنّا نَضْرِبُ بعِصِيِّنا الخَبَطَ، ثُمَّ نَبُلُّهُ بالماءِ فَنَأْكُلُهُ، قالَ: وانْطَلَقْنا على ساحِلِ البَحْرِ، فَرُفِعَ لَنا على ساحِلِ البَحْرِ كَهَيْئَةِ الكَثِيبِ الضَّخْمِ، فأتَيْناهُ فَإِذا هي دابَّةٌ تُدْعى العَنْبَرَ، قالَ: قالَ أَبُو عُبَيْدَةَ: مَيْتَةٌ، ثُمَّ قالَ: لا، بَلْ نَحْنُ رُسُلُ رَسولِ اللهِ ﷺ، وفي سَبيلِ اللهِ، وَقَدِ اضْطُرِرْتُمْ، فَكُلُوا، قالَ: فأقَمْنا عليه شَهْرًا وَنَحْنُ ثَلاثُ مِائَةٍ حتّى سَمِنّا، قالَ: وَلقَدْ رَأَيْتُنا نَغْتَرِفُ مِن وَقْبِ عَيْنِهِ بالقِلالِ الدُّهْنَ، وَنَقْتَطِعُ منه الفِدَرَ كالثَّوْرِ -أَوْ كَقَدْرِ الثَّوْرِ- فَلقَدْ أَخَذَ مِنّا أَبُو عُبَيْدَةَ ثَلاثَةَ عَشَرَ رَجُلًا، فأقْعَدَهُمْ في وَقْبِ عَيْنِهِ، وَأَخَذَ ضِلَعًا مِن أَضْلاعِهِ فأقامَها، ثُمَّ رَحَلَ أَعْظَمَ بَعِيرٍ معنا، فَمَرَّ مِن تَحْتِها، وَتَزَوَّدْنا مِن لَحْمِهِ وَشائِقَ، فَلَمّا قَدِمْنا المَدِينَةَ أَتَيْنا رَسولَ اللهِ ﷺ، فَذَكَرْنا ذلكَ له، فَقالَ: هو رِزْقٌ أَخْرَجَهُ اللَّهُ لَكُمْ، فَهلْ معكُمْ مِن لَحْمِهِ شَيءٌ فَتُطْعِمُونا؟ قالَ: فأرْسَلْنا إلى رَسولِ اللهِ ﷺ منه فأكَلَهُ.

الراوي: جابر بن عبدالله • مسلم، صحيح مسلم (١٩٣٥) • [صحيح] • أخرجه البخاري (٤٣٦١) بنحوه، ومسلم (١٩٣٥). •

Terjemahan mudah

Ringkasnya Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus kami dalam suatu tugas dan melantik Abu Ubaidah menjadi pemimpin. Baginda SAW membekalkan kami sekantung kurma. Kurma tu sikit je sedangkan orang ramai, maka Abu Ubaidah memberi kepada kami sebutir jer kurma. Lalu para sahabat ada yang menghisapnya (kemam) seperti seorang budak menghisap makanan. Kemudian sahabat ada jumpa sejenis daun, amik daun tu dan tumbuk dengan tongkat, campur air dan makan. Begitulah keadaan para sahabat semasa dalam operasi tu. Makan ringkas2 je.

 

Kemudian para sahabat melalui Kawasan pantai dan jumpa sesuatu benda macam bukit pasir di pesisiran pantai. Rupa-rupanya apa yang mereka sangka sebagai bukit pasir tu merupakan bangkai seekor ikan yang besar (dalam lafaz hadis disebut al anbar)

 

Kemudian Abu Ubaidah berkata: haiwan ni dah mati, dah jadi bangkai. Kemudian dia berkata: Tidak, malah kami adalah utusan Rasulullah s.a.w. Pada jalan Allah, dan kamu dalam keadaan terpaksa, maka makanlah.

 

Sahabat (jumlahnya 300 orang) berada di sana selama sebulan, dok makan ikan tu sehingga tubuh mereka berisi

 

Oleh kerana ikan tu besar, sahabat2 dapat mencedok lemak dari lubang matanya dengan menggunakan timba. Sebanyak 13 orang sahabat masuk dalam rongga mata ikan tu. Then sahabat juga memotong daging ikan tu. Then ada tulang ikan tu, mereka letakkan atas tanah, buat macam pintu gerbang, ada sabahat naik unta dan melalui bawah pintu gerbang daripada tulang ikan tu. Nak citer bahawa ikan tu cukup besar. Mereka juga mengeringkan daging ikan tu dan bawa pulang ke Madinah

 

Apabila mereka pulang ke Madinah, mereka menceritakan segala-galanya kepada Baginda SAW. Lalu Baginda bersabda: Ini adalah rezeki yang Allah telah sediakan untuk kamu. Adakah anda mempunyai dagingnya supaya anda boleh memberi kami makan? Dia berkata: Maka kami kirimkan sebahagian daripadanya kepada Rasulullah saw, lalu baginda memakannya.

Perawi: Jabir bin Abdullah • Muslim, Sahih Muslim (1935) • [Sahih] • Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (4361) dengan cara yang serupa, dan Muslim (1935). •

 

Pengajaran daripada hadis

1)    Bangkai ikan halal dimakan. Tak perlu sembelih asalkan tidak beracun, tidak memudaratkan kita. Perincian pasal ni kena rujuk kitab feqh


Tiada ulasan: