Waktu sahur bukan hanya istimewa dari sudut fizikal (menyediakan tenaga untuk berpuasa), tetapi juga sangat bernilai di sisi agama. Berikut adalah beberapa kelebihan waktu sahur menurut Islam:
1. Waktu Penuh Keberkatan
Rasulullah SAW bersabda:"Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada keberkatan."
(HR Bukhari dan Muslim)
Keberkatan ini boleh datang dari segi kesihatan, kekuatan jasmani, dan juga ganjaran pahala.
2. Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
Bersahur adalah amalan sunnah yang sangat digalakkan. Walaupun hanya dengan seteguk air, ia tetap dikira sahur dan mendapat pahala.
3. Waktu Mustajab Doa
Sahur berlaku pada sepertiga malam terakhir, waktu di mana Allah turun ke langit dunia dan membuka peluang keemasan untuk hambanya berdoa. "Tuhan kita turun ke langit dunia pada setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir, lalu berfirman: 'Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku kabulkan...'"
(HR Bukhari dan Muslim)
4. Mendapat Perbezaan dengan Ahli Kitab
Rasulullah SAW menyebut: "Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah makan sahur."
(HR Muslim)
5. Meningkatkan Semangat Ibadah
Bangun sahur akan bantu seseorang untuk qiyamullail, membaca al-Qur’an, atau sekurang-kurangnya solat Subuh berjemaah. Ia jadi permulaan hari yang diberkati.
6. Memberi Kekuatan Fizikal
Dari sudut kesihatan, sahur membekalkan tenaga sepanjang hari puasa dan mengelakkan dehidrasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan