Ringkasan
kisah hutang Zubair bin Awwam
1) Zubair
Awwam memanggil anaknya Abdullah lalu menyampaikan wasiat atau pesanan jika
beliau meninggal dalam Perang Jamal, Abdullah hendaklah menguruskan harta dan
hutang beliau. Beliau juga ada meninggalkan wasiat tertentu untuk dilaksanakan
oleh Abdullah
2) Zubair
meninggal dalam Perang Jamal. Beliau tidak meninggalkan sebarang dinar atau
dirham namun beliau mempunyai harta dalam bentuh tanah dan rumah di pelbagai
tempat seperti Madinah, Kufah, Basrah dan Mesir
3) Zubair
bin Awwam bukanlah seorang peniaga atau gabenor. Beliau seorang mujahid (tentera)
yang sering berperang bersama Rasulullah SAW. Namun beliau seorang yang jujur
dan amanah. Oleh kerana kejujurannya, terdapat sebilangan orang yang
menyerahkan harta kepada Zubair untuk dijaga oleh beliau. Walau bagaimanapun
Zubair meminta kepada orang yang ingin menyerahkan harta untuk dijaga oleh
beliau menjadi hutang. Justeru itu, harta tersebut boleh diurusniagakan atau
dilaburkan oleh Zubair sebaik mungkin. Harta yang menjadi pinjaman oleh Zubair
digunakan untuk membeli tanah.
4) Apabila
Zubair meninggal, hutang yang ditanggung oleh anaknya berjumlah 2.2 juta lebih
(tidak disebut samada dinar atau dirham). Abdullah telah menjual harta2 ayahnya
dan mendapat hasil jualan hampir 50 juta. Di antara harta tersebut ialah tanah
di Madinah yang dipanggil al-ghabah. Al-ghabah telah dibeli oleh Zubair
sebanyak 170000. Abdullah berjaya menjual tanah al-ghabah dengan nilai 1.6 juta
5) Setelah
selesai membayar hutang, anak2 Zubair yang lain memohon supaya diberikan kepada
mereka hak mereka (faraid) namun Ibn Zubair enggan kecuali selepas 4 tahun. Beliau
mengumumkan pada setiap tahun jika ada orang yang masih menjadi pemiutang
terhadap ayahnya, sila datang berjumpa beliau untuk melunaskan hutang, akhirnya
setelah 4 tahun pengumuman dibuat, barulah beliau membahagikan harta
peninggalan ayahnya yang bernilai lebih 50 juta. Zubair mempunyai 4 orang balu dengan
setiap seorang daripada mereka mendapat harta bernilai 1.2 juta.
Ini merupakan
ringkasan daripada sebuah hadis yang dimuatkan dalam kitab riyad al-salihin di
bawah tajuk perintah menunaikan amanah