Sabtu, 5 Jun 2010

orang yang meninggalkan solat..

dalam masalah orang yang meninggalkan solat, ada 2 keadaan
1)orang yang sengaja tinggalkan solat dan ingkar hukum kewajipan solat
orang sebegini dihukumkan kafir menurut ijmak. dikira terkeluar dari agama Islam. namun ada pengecualian iaitu orang yang baru memeluk Islam dan tempoh masanya yang baru memeluk Islam tidak memungkinkannya untuk bergaul dengan masyarakat muslim serta tidak sempat belajar daripadanya. walau bagaimanapun orang yang baru memeluk Islam hendaklah belajar supaya dia tahu kewajipan solat serta kepentingannya

2)orang yang tak solat kerana alasan2 lain seperti malas namun tetap akur kepada kewajipan solat. dalam masalah ini ulama berberza pendapat:

pendapat pertama: orang sebegini dihukumkan kafir. pendapat ini merupakan pendapat sebahagian besar daripada ulama salaf. ia juga diriwayatkan dari ali bin abu talib. mereka hendaklah diminta bertaubat dan kembali mendirikan solat. jika mereka enggan, mereka hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh

pendapat kedua: imam Malik dan Syafie rahimahumullah dan selainnya berpendapat bahawa mereka tidak dihukumkan sebagai kafir tetapi fasiq dan kerajaan atau pemerintah hendaklah meminta mereka bertaubat. jika mereka enggan bertaubat hendaklah dibunuh.

pendapat pertama dan kedua sepakat bahawa orang yang tidak solat dalam keadaan patuh kepada hukum kewajiban solat mestilah dihukum bunuh setelah diminta bertaubat. yang menjadi perbezaan ialah golongan pertama mengatakan mereka dibunuh kerana mereka telah kafir. sementara golonga kedua mengatakan bahawa mereka hendaklah dibunuh sebagai hukuman hudud

pendapat ketiga: pendapat ini merupakan pendapat Imam Abu Hanifah ra dan sebahagian besar ahli Kufah. mereka berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat dalam keadaan tidak ingkar kepada kewajipannya tidak dihukumkan kafir dan tidak boleh dijatuhkan hukuman bunuh. namun mereka bolehlah dijatuhkan hukum takzir(hukum yag ditentukan oleh kerajaan) dan mereka hendaklah dipenjarakan sehingga mereka menunaikan solat

* sebahagian isi kuliah maghrib yang hamba sampaikan semalam. sebahagian besar isi dikutip daripada risalah hukm taarik al-solat tulisan muhammad saad

Tiada ulasan: