6.0 CONTOH TINGKAH LAKU
BERMASALAH
Terdapat banyak contoh tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam kalangan
murid dalam kelas. Tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku
samada positif atau negatif, yang boleh menjejaskan keberkesanan dan kelicinan
proses pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah.
Terdapat dua jenis tingkah laku bermasalah, iaitu tingkah laku bermasalah
positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif
merujuk kepada tingkah laku yang ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar
cerdas. Manakala tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada tingkah laku disruptif, distruktif dan
bergantung.
Tingkah laku disruptif atau dikenali juga sebagai tingkah laku mengganggu.
Ini merupakan tingkah laku bermasalah yang dapat menghalang kelicinan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Jenis-jenis tingkah laku
mengganggu termasuk hiperaktif, perubahan yang melampau, kebisingan, pergerakan
pelajar yang tidak perlu, mengganggu rakan sedarjah, gelak ketawa yang amat
kuat dan keagresifan fizikal seperti tolak meolak atau tumbuk-menumbuk di dalam
kelas
6.1 Murid yang berkelakuan nakal, bising serta mengusik rakan sekelas
sewaktu @p dijalankan
Berkelakuan nakal melibatkan kepada tingkah laku murid.
Bagaimana nakal diterjemahkan dalam murid bermasalah ini ?Nakal merujuk
bagaimana individu itu berkelakuan lincah, tidak duduk diam atau sentiasa
melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di
sekelilingnya. Ia boleh menimbulkan
tidak senang hati apabila seseorang memerhatikan beliau kerana bimbang iaakan
mengganggu murid lain dalam kelas.Berkelakuan nakal meliputi banyak aspek
seperti suka membuat bising di dalam bilik darjah, murid tidak duduk diam di
tempatnya, murid suka berjalan-jalan di dalam bilik darjah ketika guru tiada di
dalam kelas dan menganggu kawan-kawannya yang lain dan gemar bermain-main
semasa proses pembelajaran berlaku.
Murid yang berkelakuan nakal ini
lebih banyak memberi kesan kepada kawan-kawan di dalam kelasnya seperti
menggangu proses pengajaran dan pembelajaran , mengakibatkan ketidakselesaan di
kalangan murid-murid lain di dalam kelas dan menyukarkan guru mengajar dengan
aktif.
Murid-murid yang berkelakuan nakal
ini biasanya sudah tidak makan saman dengan teguran, amaran atau dendaan.
Perbuatannya hanya berhenti buat sementara waktu sahaja apabila didenda ,
ditegur atau dimarah. Apabila sudah tidak ditegur atau dimarah atau diingatkan
oleh guru, kelakuan murid itu akan kembali kepada perangai asalnya.
Ada sesetengah
murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah sebagai alasan daripada
dimarahi, didenda atau dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap nakal di
dalam kelas. Tabiat tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau sebab yang kukuh
dianggap melanggar peraturan sekolah dan boleh dikenakan denda.
Burt ( 1953 ), dalam penyelidikannya
di London menyatakan lebih dari 11% kes kemunduran kanak-kanak di sekolah dalam
bidang pelajaran adalah disebabkan kedatangan yang tidak mencukupi atau
kedatangan tidak menentu kerana berbagai sebab. Kesemua tingkah laku ini merupakan contoh-contoh tingkah laku bermasalah atau tingkah laku mengganggu. Biasanya, tingkah laku ini ditunjukkan
oleh murid-murid yang lebih muda kerana mereka belum lagi matang. Selain
daripada pelbagai faktor-faktor lain yang mempengaruhi murid-murid bertingkah
laku mengganggu ini. Sebab itulah sering kali terjadi tingkah laku mengganggu
ini di dalam kelas. Selain itu juga, contoh tingkah laku bermasalah ini juga
dapat dilihat pada sebahagian besar murid-murid tidak menghiraukan arahan dan
teguran cikgu di dalam bilik darjah. Keadaan ini menyebabkan suasanan kelas
yang tidak teratur dan tidak terkawal.dan ini sedikit sebanyak telah
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar..
6.2 Merosakkan
harta benda vandalisme
. Tingkah laku merosakkan merupakan tingkah laku yang paling kerap terdapat
di kalangan pelajar-pelajar yang berumur di antara 10-14 tahun. Sikap agresif
mereka akan kelihatan dalam bentuk tingkah laku yang merosakkan. Jenis-jenis
tingkah laku yang merosakkan termasuklah permusuhan nyata, vandalisme (iaitu
merosakkan kerusi meja, peralatan dalam kelas dan sebagainya). Tabiat
suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk. Antara
perlakuan yang sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding
menggunakan objek (pensel, pen atau marker ). Bagi yang tiadak mempunyai
peralatan untuk menconteng, tapak kasut adalah jalan mudah bagi mereka
memenuhkan ruang dinding. Selain itu, tabiat suka mematahkan atau merosakkan pam
tandas sekolah juga semakin berleluasa.Aktiviti kumpulan liar
(tumbuk-menumbuk secara fizikal), menggugut guru, mencalar kereta atau
motosikal guru, menconteng dinding bangunan sekolah dan sebagainya.. Perkara
yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka merosakkan harta benda ialah
menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas.
Contoh : Murad
sering menconteng meja di dalam kelasnya. Kadangkala, dia juga turut
menconteng meja kawan-kawannya yang lain. Perbuatannya memang tidak disenangi
atau disukai oleh kawan-kawannya yang lain di dalam kelas. Meskipun sudah diberi
amaran atau denda oleh Cikgu Hamid , namun sikapmurad masih tidak berubah.
Bagi murid-murid yang terlibat dalam perbuatan merosakkan
harta benda ini bolehlah dikategorikan dalam tingkah laku melakukan jenayah
atau rosak akhlak. Murid-murid yang terlibat dalam masalah jenayah tidak sesuai
lagi dikenakan denda atau hukuman. Denda bukanlah ubat yang mujarab untuk
menyembuhkan penyakit ini. Masalah ini perlu diberi tumpuan khusus oleh guru
dan pihak sekolah kerana bibit-bibit jenayah yang diperlihatkan pada peringkat
ini jika berlarutan dan dibiarkan ia akan menjadi barah. Dengan erti kata lain,
ia akan menjadi masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Oleh itu,
sebaik-baiknya murid-murid yang menunjukkan sikap sedemikian perlu dirujukkan
kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan rawatan dan bimbingan
yang betul.
Terdapat sesetengah pandangan mengatakan ‘ anak-anak
yang baik ‘ ialah kanak-kanak yang pendiam, pasif, tidak tahu meminta dan
hanya bersifat menerima sahaja. Kanak-kanak yang aktif, lincah, terlalu banyak
bercakap atau bertanya, berani menjawab atau mempersoalkan apa yang dikemukakan
adalah dianggap sebagai kanak-kanak nakal, tidak berdisiplin atau dianggap
kurang ajar dan biadap.
Keadaan ini berlanjutan sehingga mereka masuk ke sekolah
rendah, menengah, universiti dan seterusnya dewasa. Pada keseluruhannya, orang
kita lebih bersikap pemerhati sebagai reactionist dan bukannya actionist,
tidakberani mengemuka pendapat kerana jiwanya yang kerdil itu tidak
membenarkannya berbuat demikian. Mereka dididik untuk tunduk, menerima dan
patuh kerana kalau ada tingkah laku yang sebaliknya mereka akan dicemuh,
dicaci, dikeji atau didenda. Mengikut Sheldon dan Elemor Glueck membandingkan
kanak-kanak rosak akhlak dengan yang tidak melaporkan 88.5% dari kanak-kanak
rosak akhlak dan hanya 34.1% dari kumpulan terkawal yang benci atau bersikap
tidak acuh dengan sekolah. Beliau menjelaskan murid-murid rosak akhlak
mempunyai cirri-ciri seperti tidak berminat belajar, benci pada peraturan,
kurang minat terhadap sekolah.
Abdullah Salleh ( 1979 ) dalam kajiannya menyatakan
sebab-sebab murid melakukan ‘vandalism‘. Di antaranya ialah mahu
membalas dendan terhadap sekolah, suka melihat benda itu hancur, hendak
menunjukkan kekuatan atau kelebihan, dan keadaan terbiar tanpa pengurusan dari
guru semasa di dalam bilik darjah.
Cara mengatasi tingkah laku bermasalah bagi murid yang
suka merosakkan harta benda dengan menggunakan teori mazhab behavioris.
- Kenalpasti tingkah laku bermasalah murid. Dalam kes ini, murid suka menconteng mejanya dan meja kawan-kawannya di dalam kelas.
- Murid bermasalah dirujuk kepada Guru Bimbingan. Guru bimbingan akan menerokai masalah dan murid diberikan bimbingan.
- Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menentukan matlamat bimbingan : Murid mengurangkan sikap suka menconteng di atas meja kepada di dalam buku atau kertas. Menghargai barang kepunyaan sendiri dan hak milik orang lain.
- Guru bimbingan memberikan nasihat atau kata-kata perangsang yang boleh membawa kepada perubahan tingkah laku.
- Murid diingatkan, dinasihati berulang kali serta dilatih dan diajar mengamalkan sikap-sikap positif. Murid dibimbing oleh guru supaya mengurangkan atau membuang perangai atau tabiat buruk suka menconteng meja di dalam kelas.
- Guru membimbing murid dan memberikan perbezaan sikap dari awal kedatangan ke bilik bimbingan sehingga pada hari berikutnya. Guru cuba menjelaskan perubahan sikap murid agar murid dapat merasai atau mendapat gambaran perubahan tingkah lakunya.
- Peneguhan positif diberikan secara terus sekiranya murid sudah mula berubah dan mencapai matlamat yang diinginkan.
6.3 Tingkah laku bermasalah
positif dikalangan murid pintar
Ianya juga boleh menjejaskan kelicinan proses
pengajaran dan pembelajaran. Beberapa tingkah laku bermasalah positif ialah
ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan juga proaktif. Contoh berdasarkan
situasi dalam kelas boleh dilihat dalam persaingan diri iaitu pasangan kembar Rahim dan Rahman yang
saling bersaing dan bergaduh semata-mata untuk menarik perhatian guru dalam
kelas. Kelakuan
pasangan kembar ini menggambarkan sikap
yang proaktif di dalam kelas. Mereka berdua saling bersaing cuba menonjolkan
diri dalam pelajaran demi menarik perhatian guru di dalam kelas. Walaupun
tingkah laku saling bersaing dalam pelajaran
ini dilihat sebagai satu tingkah laku yang positif tetapi ia boleh
menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Ditambah lagi apabila persaingan di
atara pasangan kembar diselangi dengan perasaan denggi antara mereka berdua dan
menyebabkan berakhir dengan pergaduhan di dalam bilik darjah.
Sebenarnya terdapat
berbagai-bagai faktor yang menyebabkan terjadinya tingkah laku bemasalah
negatif dan juga tingkah laku bermasalah positif ini di kalangan murid-murid
dalam bilik darjah. Antaranya ialah keadaan fizikal bilik darjah yang kurang
selesa boleh menyebabkan tingkah laku disruptif. Bilik darjah yang sempit
menghalang pergerakan murid dengan bebas dan dtambah lagi dengan keadaan panas, dengan peredaran udara yang kurang
baik serta terlalu ramai murid di dalamnya tidak kondusif untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Keadaan fizikal ini menyebabkan murid bising dan
bergerak ke sana sini dalam bilik darjah akibat tidak selesa.
Menurut Suradi
Salim ( 1996 ) menyatakan adalah penting untuk kita ketahui bahawa tiada satu
pun tanda set sifat yang umum atau biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar
cerdas. Seperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal,
personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain.
Mengikut kajian
yang dilakukan,terdapat 30 cara mengenal pasti murid-murid pintar cerdas di
dalam kelas melalui senarai semak kepintarcerdasan. Antaranya ialah :-
v Mula berlan
dan bercakap lebih awal dari kanak-kanak biasa. Semasa kecil lagi sudah
menunjukkan kebolehan menyusun perkataan dan frasa yang bermakna.
v Mungkin
lebih besar, lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya dan
dalam ukuran tertentu mereka biasanya adalah luar biasa seperti ukuran dada,
kekuatan otot dan perkembangan paru-paru.
v Boleh
menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan gaya, tidak semestinya di hadapan
pelawat yang datang ke rumah atau penonton. Gaya diri yang luar biasa mungkin
satu dari tanda luar biasa kanak-kank pintar cerdas.
v
Menunjukkan minat pada masa lebih awal. Bercakap mengenai
masa seperti semalam, hari esok, hari ini, hari-hari dalam seminggu, waktu ini
dan waktu itu, kalender dan jam pada peringkat umur yang awal. Ini menunjukkan kesedaran pada dirinya
berkaitan dengan masa.
v Menpunyai
berbagai minat dan sikap spontan, disaingi dan perasaan ingin tahu dari segi
intelek yang luas dan cepat berkembang.
v Selalunya
telah belajar membaca sebelum memasuki alam persekolahan.
v Kanak-kanak
itu dikatakan telah mempunyai minat membaca yang lebih awal. Mempunyai
kebolehan membaca yang tinggi berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan
dirinya.
v
Mengumpul benda-benda dengan teratur seperti mengumpul
benda dari spesis yang sama ( burung, setem,
bahan kimia, kenderaan, bunga). Biasanya
koleksi dari bahan yang canggih atau saintifik.
v Mempunyai
hobi yang lebih banyak berbanding kanak-kanak lain.
v Dapat
mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah, hanya memerlukan sedikit penerangan
dari guru dan sedikit penerangan dari guru. Mempunyai sifat tidak sabar
mendapatkan latih tubu dari guru dan pandai menggunakan masa dengan berfaedah.
v
Boleh menyesuaikan apa yang dipelajari dengan menggunakan
situasi lain. Pemindahan
idea datang dengan begitu pantas sekali.
Cara mengatasi
tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas dengan menggunakan teori mazhab
sosial :-
- Guru menjadikan murid pintar cerdas sebagai model.
- Guru menjelaskan mengapa ia boleh menjadi model atau contoh kepada kawan-kawannya yang lain di dalam kelas
- Guru tonjolkan sikap-sikap positif murid seperti rajin mengulangkaji pelajaran di rumah, mencuba menjawab pelbagai bentuk soalan, siakp berani bertanya sekiranya tidak faham atau tidak tahu
- Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh.
- Guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik minat murid-murid lain di dalam kelas supaya berinisiatif untuk berubah seperti memberi hadiah kepada murid contoh. Maka jika ada di kalangan murid-murid lain di dalam kelas boleh menunjukkan kebolehan seperti murid contoh; murid tersebut akan menerima hadiah serupa seperti murid contoh. Ini akan memberangsangkan murid-murid lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih baik.
- Guru hendaklah sentiasa memberi galakan kepada murid-murid supaya sentiasa bersedia dalam pembelajaran.
Seperti
murid-murid lain, murid pintar cerdas juga memerlukan tiga perkara iaitu kasih
sayang, pencapaian dan aspirasi. Pertolongan dari ibu bapa juga diperlukan bukan hanya
dari guru semasa di sekolah.
Mengikut Suradi Salim ( 1996 )
menyatakan terdapat beberapa objektif bimbingan dan kaunseling bagi murid
pintar cerdas seperti berikut :
Ø
Menbantunya mengenal dan menerima kebolehan dan
kekurangan dirinya dan menyedari bahawa kelebihan yang ada pada dirinya mungkin
tidak pada semua aktiviti atau perkara.
Ø Menghormati kebolehan orang lain dan
menerima kekurangan orang lain
Ø
Membentuk matlamat pendidikan, kerjaya, sosial, bakat,
emosi selaras dengan kebolehan, bakat dan minat.
Ø
Penyediaan dan pemberian pengalaman ke arah aktiviti yang
membawa kesimbangan.
Ø
Pemberian bantuan dan pertolongan kepada mereka mengambil
bahagian dengan murid lain.
Ø
Mengenal akan perlunya empati, menghormati dan menerima
individu lain dengan sifat dan kebolehan mereka.
Ø
Menunjukkan di mana sumber-sumber yang boleh membantu
mereka memenuhi keperluan hidup mereka.
Ø
Mengembangkan sifat dan sikap bertanggungjawab terhadap
orang lain berasaskan sifat-sifat keistimewaan dan bakat semulajadi seseorang.
Ø Memelihara hak setiap individu untuk
membuat keputusan pendidikan
Ø
Memberi bantuan dalam menganalisis masalah peribadi dan
pelajaran.
Ø
Kesemua objektif di atas adalah untuk menghasilkan
kemajuan murid pintar cerdas dari segi akademik serta melayan mereka agar rasa
gembira memiliki kelebihan sendiri tanpa memandang rendah terhadap kebolehan
murid-murid yang sebaya dengannya yang mungkin memiliki kekurangan berbanding
kebolehan yang ada pada dirinya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan