Sabtu, 12 Jun 2010

musalli...solat wusta

ALLAH SWT berfirman maksudnya: jagalah olehmu akan solat2 dan solat wusta.
apakah yang dimaksudkan dengan solat wusta? dan kenapakah Allah ada mention solat wusta secara khusus?

pengertian solat wusta:
ada banyak pendapat ulama di sini tentang maksud solat wusta. ada sebahagian ulama mengatakan bawaha wusta(tengah) ialah solat subuh kerana subuh merupakan pertengahan di antara malam dan siang.

walau bagaimanapun Imam nawawi di dalam majmuknya mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan solat wusta ialah solat asar. beliau membawa dalil bahawa suatu ketika rasulullah SAW berperang bersama2 sahabatnya sehingga terluput solat asar(masa tu belum turun solat shiddatul khauf/solat ketika perang) lalu rasulullah bersabda yang bermaksud mereka telah menyibukkan kita daripada solat wusta, moga2 Allah SWT menyalakan api di dalam rumah2 dan kubur2 mereka
. pada masa itu waktu asar. so solat wusta maksudnya ialah solat asar

kenapakah solat wusta disebut secara khusus?
solat asar mempunyai kelebihannya sendiri sehingga orang musyrikin yang berperang dengan nabi mengetahui tentangnya. dalam suatu peperangan, rasulullah SAW bersama para sahabt mendirikan solat zohor. pada masa itu, orang musyrikun nampak apa yang nabi dan sahabat lakukan. lalu ada sesetengah musyrikun berkata dan memberikan idea supaya mereka menyerang rasulullah SAW ketika baginda dan para sahabat tentang solat, peluang untuk menang tu cerah. ada pula yang menyampuk mengatakan bahawa selepas ini ada satu lagi waktu solat, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat cukup sayang dan menghargai solat ini lebih daripada bapa2 dan anak2 mereka. walau bagaimanapun jibril telah turun membawa wahyu baru, iaitulah tentang solat ketika perang. hasrat musyrikun itu gagal. peristiwa ini menunjukkan bahawa orang musyrikin mengetahui tentang solat asar, menunjukkan betapa besarnya solat asar.

selain itu, ada dalam satu hadis yang bermaksud sesiapa yang tertinggal solat asat samalah seperti dia kehilangan seluruh ahli keluarganya dan harta.. apakah perasaan kita agaknya apabila seluruh ahli keluarga kita mati dan semua harta benda kita terbakar musnah atau hilang?

mengikut apa yang aku pernah dengar dari ceramah ustaz harun din, waktu asar ni waktu yang paling chalenging. orang baru balik kerja, waktunya yang panas dan kita pun mula berasa letih dan inginkan rehat. so waktu inilah yang mmg mencabar. itulah sebabnya solat asar ni mempunyai kelebihan sehingga disebut secara khusus.


solawat merupakan jamak daripada solat, iaitu sembahyang. syeikh daud fattani di dalam kitabnya yang lain bughyatul tullab membahagikan solat kepada 4 macam(4 bahagian):

1) fardu ain
seperti solat orang yang hadir, musafir dan sebagainya. secara mudahnya solat dalam keadaan biasa. begitu juga solat kali kedua bagi orang yang solat pertamanya tidak sah. contohnya si A solat, lalu terkentut di dalam solatnya maka wajiblah ke atas si A mengulangi solatnya kerana solat pertama batal.

2) fardu kifayah
solat jenazah dan solat berjemaah

3) solat sunat
seperti solat sunat duha, tahajud, witir dan sebagainya

4) solat makruh
seperti solat dalam keadaan kita terlalu lapar, terlalu dahaga, rasa nak buang air besar atau kecil dan sebagainya.
wallahu aklam

* sebahagian isu kuliah maghrib yang aku sampaikan di sebuah surau. artikel ini ditulis secara lepas bebas, berdasarkan apa yang ingat jer

8 ulasan:

Cahaya Jiwa berkata...

pada saya.. tuan perlu ulas maksud
Surah Hud : 11, ayat ke 114

Dan dirikanlah sembahyang, pada dua tepi siang, dan awal malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan.
Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (Hud 11:114)

jadi pembaca lebih memahami, jangan saudara mengantung pembaca begini..
salah arah jadinya.. :)

abu muhammad walid ilias berkata...

tq byk2 pada sada saudara Cahaya Jiwa. sememangnya komentar saudara memberikan semangat dan kesedaran pada saya supaya lebih berhati-hati dan beringat tentang apa yang tertulis di sini. semoga kita sentiasa dalam naungan rahmatNYA..

sebenarnya apa yg tertulis merupakan luahan kuliah maghrib yang saya sampaikan di sebuah surau. apabila pulang dari kuliah...biasanya saya akan curahkan segala apa yang saya telah sampaikan. biasanya secara ingatan, agak berterabur dan ala-ala bidan terjun tanpa membuat rujukan kali kedua kepada kitab2 n tanpa menyemak atau menyusun semula isi yang ditulis.

keduanya, pada peringkat awal blog ini di susun, saya lebih menekankan kepada maklumat utk diri sendiri. maybe saya diminta berceramah atau berucap di tempat yg jauh daripada kitab2 saya(maklumlah ilmu dok dlm kitab)maka saya boleh buka internet dan amik segala simpanan di dalam blog elmargi. akhir2 ini apabila saya lebih mahir ttg internet, saya perasan elmargi menjadi rujukan asas buat sesetengah orang..dalam keadaan saya terlalu kerdil dan masih jahil, bukannya orang yang sesuai untuk menjadi tempat rujukan. so pada peringkat ini elmargi agak menyendiri

apa pun tq byk2 kepada saudara, rasa gembira apabila saya diperhatikan. semoga salah silap saya sentiasa ditegur. tq

Unknown berkata...

assalamualaikum... nak tanya.. apakah rukun2 solat wusta?bagaimana caranya rasulullah melakukan solat wusta bersama sahabat2nya semasa dalam peperangan? sekian terima kasih :)

Unknown berkata...

Assalamualaikum.. nak tanya apakah rukun2 solat wusta ? bagaimana caranya rasulullah dan para sahabatnya melakukan solat itu semasa dalam peperangan? sekian terima kasih :)

Unknown berkata...

Assalamualaikum.. nak tanya apakah rukun2 solat wusta ? bagaimana caranya rasulullah dan para sahabatnya melakukan solat itu semasa dalam peperangan? sekian terima kasih :)

abu muhammad walid ilias berkata...

buat ammal lina, maaf byk2 saya tak perasan komen anda. really masa komen tu masuk, saya berada jauh dari dunia maya kerana menemani ibu yang kanser dan meningal awal tahun ni sehingga saya terlupa ada yang perlu disudahkan di blog ni. insya allah saya cuba jawab lepas ni, ada urusan yang perlu disegerakan

abu muhammad walid ilias berkata...

ammal lina, solat wusta tu solat asar mengikut pendapat yang telah disebut. so caranya sama sahaja dari segi rukun2 dan syarat2nya. nama jer lain

berkenaan solat dalam perang ada hukum yang khas tentang solat dalam perang iaitu solat khauf. tu kena buka bab lain, maybe entry lain

Hamba Allah berkata...

Subhanallah,9 tahun sudah berlalu
Alhamdulillah,Jazakallahu khairan atas penerangannya👍