Khamis, 14 Februari 2013

Hikmah Pensyariatan talak



1.5 Hikmah Pensyariatan talak[1]

Matlamat perkahwinan ialah kehidupan yang bahagia dan berkekalan di antara suami dan isteri. Allah SWT mensyariakan hokum hakam dan adab-adab suami isteri untuk mengekalkan hubungan harmoni dalam rumahtangga.

Namun kadang-kadang adab-adab dan hukum itu tidak dipatuhi sepenuhnya. Contohnya isteri yang tidak mentaati suami, suami yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dengan baik dan sebagainya. Justeru itu, masalah keretakan rumahtannga akan muncul. Keretakan dan mungkin juga perbalahan ini kadang-kadang sukar untuk dibaiki atau dipulihkan lagi.

Dalam keadaan rumahtangga yang semakin bergolak dan tidak mungkin dapat diselamatkan lagi, umat Islam memerlukan suatu bentuk peraturan untuk menyelesaikannya. Peraturan ini ialah talak dan segala yang bersangkutan dengannya. Melalui talak, ikatan perkahwinan dapat dileraikan apabila pasangan suami isteri tidak lagi mampu untuk hidup bersama. Firman Allah SWT:

(Dan jika mereka berdua bercerai, maka allah akan mencukupkan (keperluan) maing-masing daripada limpah kurniaNya. Allah amatlah luas limpah kurniaNya lagi amat bijaksana)[2]

Jika suami menggunakan talak sebagai jalan penyelesaian terakhir, ia sebenarnya merupakan jalan penyelesaian yang amat diperlukan. Namun jika suami menggunakan talak untuk menunjukkan kejahilannya dan memenuhi hawa nafsunya, ia adalah perkara halal yang paling dimurkai Allah. Sesungguhnya Allah amat mengetahui semua perkara baik dan buruknya


[1] Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih Min al-Kitab Wa al-Sunnah cAla al-Mazahib al-Arbacah, Dar al-Manar, Kaherah, jil.2, hlm.100-101;

[2] Al-Nisa’, 130

Tiada ulasan: