1.4
HUKUM TALAK[1]
Ada ketikanya talak menjadi berubah
hukumnya menjadi wajib, haram, makruh, sunat dan harus.
1) Wajib
- Apabila perbalahan suami isteri
tidak lagi dapat dipulihkan walaupun menggunakan orang tengah maka wajiblah
bercerai dengan isterinya.
- Selain itu isteri yang berzina dan
telah sabit kesalahannya dan tidak mahu bertaubat nasuha juga boleh diceraikan(wajib)[2]
2) Haram
Apabila isteri diceraikan dalam
waktu-waktu seperti isteri haid, setelah suami bersetubuh dengan isterinya,
atau isteri yang belum disempurnakan giliran.
3) Sunat
- Apabila suami tidak dapat menanggung
nafkah isteri kerana tidak ada pekerjaan atau uzur. Dalam kes ini isteri boleh
memohon fasakh (memohon membatal nikah dengan tidak mengurangkan bilangan
talak). Suami juga boleh menuntut fasakh jika isteri tidak mahu menjaga maruah
diri
- apabila seorang isteri tidak mahu
taat kepada ajaran agamanya, atau buruk tingkah lakunya dengan suami dan
sebagainya
4) Makruh
Suami menceraikan isteri yang baik
tingkah laku, taat kepada ajaran agama atau tanpa sebab yang munasabah.
5) Harus
Harus bagi suami menceraikan isteri
disebabkan suami lemah keinginannya
[1] Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab.
Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat, Telaga
Biru Sdn. Bhd., Selangor, hlm.196; Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih Min al-Kitab Wa al-Sunnah cAla
al-Mazahib al-Arbacah, Dar al-Manar, Kaherah, jil.2, hlm.100-101
[2] Muhammad
Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih Min
al-Kitab Wa al-Sunnah cAla al-Mazahib al-Arbacah, Dar
al-Manar, Kaherah, jil.2, hlm.100-101
Tiada ulasan:
Catat Ulasan