Khamis, 14 Februari 2013

RIBA DARI SEGI ISTILAH



2.2 RIBA DARI SEGI ISTILAH
Riba dari segi istilah mempunyai takrif yang pelbagai. Takrifan ini tidak disepakati dan menjadi khilaf berdasarkan kefahaman dan hujah masing-masing.
Ulama al-Hanafiyyah menakrifkan riba sebagai suatu lebihan yang sunyi daripada gentian mengikut ukuran Syarak yang disyaratkan ke atas kedua-dua orang yang berakad dalam transaksi[1]
Golongan al-Syafiiyah menakrifkan riba sebagai suatu kontrak yang dimeterai sebagai pertukaran barangan tertentu tetapi pada ketika kontrak dimeterai pertukaran ini tidak diketahui kesamarataannya menurut hukum syarak atau pun penyerahan salah satu atau kedua-dua barangan tersebut dilewatkan.[2]
Ulama al-Hanabilah pula mendefinisikannya sebagai lebihan dalam barangan, dan penangguhan dalam barangan, tertentu pada barangan.[3]
Sayyid sabiq pula mendefinisikan riba sebagai sebarang tambahan ke atas modal samada sedikit atau banyak.[4] Ini berdasarkan firman Allah SWT albawarah 279
Zaharuddin Abd Rahman pula memilih definisi riba sebagai sebarang tambahan dalam item-item tertentu(ribawi) dan tambahan ke atas hutang akibat tempoh[5]


[1] Ramadan Hafiz Abdul Rahman, Mawqif al-Shariah al-Islamiyyah Min al-Bunuk Wa Sunduq al-Tawfir Wa Shahadah al-Istithmar, Dar al-Salam, Kaherah, 2005, hlm.15-16; Al-Zuhayliyy, Wahbah, al-Fiqh al-Islamiyy wa adillatuh, Dar al-Fikr, Damsyik-Syria, jil.4, hlm.671

[2] cAli al-Sharbaji, Mustafa al-Bugha, Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-Imam al-Shaficiyy, Dar al-Qalam, Damshik,Jil.3, hlm.11; al-Khatib al-Sharbiniyy, Shams al-Din Muhammad. Al-Icnac fi Hall alfaz abi shujac, Matbacah Bin Helabiy, Fatani- Thailand, hlm 278

[3] Al-Zuhayliyy, Wahbah, al-Fiqh al-Islamiyy wa adillatuh, Dar al-Fikr, Damsyik-Syria, jil.4, hlm.668; Ramadan Hafiz Abdul Rahman, Mawqif al-Shariah al-Islamiyyah Min al-Bunuk Wa Sunduq al-Tawfir Wa Shahadah al-Istithmar, Dar al-Salam, Kaherah, 2005, hlm.15-16

[4] Al-Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, al-Fath Li al-I’lam al-Arabiy, Kaherah, jil.3, hlm.123

[5] Zaharuddin Abd. Rahman, Riba Dan Isu Kewangan Semasa, Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala Lumpur, hlm.1

Tiada ulasan: