Khamis, 14 Februari 2013

hikmah talak di tangan suami



1.6 HIKMAH TALAK DI TANGAN SUAMI

Perkahwinan merupakan satu ikatan yang melibatkan 2 jiwa. Sama seperti akad yang lain, ia tidak dibina di atas seorang individu. Namun dalam masalah menamatkan perkahwinan (talak), ia hanya terletak di tangan suami. Persoalannya kenapa talak berada di tangan suami?

Dalam menjawab persoalan ini, para ulama telah memberikan pelbagai jawapan. Apa yang mudah untuk dinyatakan bahawa suami atau pihak lelaki yang bertanggungjawab menyediakan mahar perkahwinan. Suami juga wajib menyediakan nafkah semasa hidup bersama dalam satu rumahtangga. Suami jugalah yang wajib memberikan nafkah semasa isterinya berada dalam iddah perceraian. Kalaulah talak berada di tangan perempuan dalam keadaan semua tanggungjawab diwajibkan ke atas lelaki, maka pihak lelaki akan teraniaya.[1]

Walau pun talak berada di tangan suami, kaum wanita juga memiliki hak untuk meminta perkahwinan ditamatkan jika berlaku kemudaratan kepadanya. Contohnya suami yang tidak memberikan nafkah, suami yang tidak mampu menyetubuhinya atau sebab-sebab yang lain. Dalam keadaan ini, wanita atau isteri berkenaan bolehlah memohon kepada Qadi untuk dibubarkan perkahwinannya[2]



[1] Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih Min al-Kitab Wa al-Sunnah cAla al-Mazahib al-Arbacah, Dar al-Manar, Kaherah, jil.2, hlm.102-103
`
[2] Muhammad Bakr Ismail, al-Fiqh al-Wadih Min al-Kitab Wa al-Sunnah cAla al-Mazahib al-Arbacah, Dar al-Manar, Kaherah, jil.2, hlm.102-103

Tiada ulasan: