Ahad, 14 Julai 2013

Pengarang Kitab Sepintas Lalu



1.2 Pandangan Tentang Tarikuddin Hasan
Setelah melakukan semakan secara online, penulis tidak menemui sebarang pandangan atau kritikan ilmiah yang dilakukan terhadap buku Sejarah Rasul Ulul Azmi Terbesar Nabi Muhammad SAW. Kalau ada pun, web atau blog berkenaan tidak dapat dibuka seperti tajuk kepicangan buku Tarikuddin Hassan. Tajuk sebegini dikesan berada dalam web syiahmalaysia.blogspot.com namun tidak dapat dibuka.[1] Apa yang penulis temui ialah sebuah forum maya di mana seorang ahli bertanyakan tentang buku-buku karangan beliau khasnya buku ini. Lalu dijawab oleh ahli forum yang lain bahawa penulisannya bercampur di antara riwayat yang benar dan yang lemah serta sumber yang kadang-kadang diragui[2]

Begitu juga semakan penulis tentang capaian online berkenaan buku ini untuk melihat review pembaca. Boleh dikatakan tidak terdapat sebarang review tentang buku ini kecuali review biasa sekadar 5 atau 6 ayat (satu perenggan) yang lebih berbentuk reccomndation. Kebanyakan capaian maya untuk buku ini ialah untuk jual beli online[3]

Penulis juga menghadapi kerumitan untuk mendapatkan biodata pengarang, Tarikuddin Hassan secara capaian dalam talian termasukalh menggunakan Wikipedia. Sementara buku yang menjadi subjek kajian juga tidak memuatkan biodata pengarang.




[1] Carian Online Setakat 1 Mei 2013

[3] Semakan setakat 1 Mei 2013 menggunakan pelayar Mozilla Firefox, Yahoo, Google Chrome dan Internet Explorer

Tiada ulasan: