Jom Puasa Sunat (10 Muharram)
Ada suatu hadis tentang kisah Nabi SAW memula sampai di Madinah. Kemudian Nabi SAW mendapati geng Yahudi berpuasa pada Hari Ashura (10 Muharram). Baginda SAW bertanya “Apakah ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah hari yang Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut”. Baginda SAW bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka Baginda SAW pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari tersebut. (Riwayat al-Bukhari)
Ada satu lagi hadis pasal ni. Ringkasnya Hari Ashura ni merupakan hari di mana geng Quraisy berpuasa pada zaman jahiliyah. Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari tersebut. Ketika sampai di Madinah, Nabi SAW berpuasa pada Hari Asyura dan Baginda SAW menyuruh umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Kemudian apabila difardukan puasa Ramadan, Baginda meninggalkan (puasa) Hari Asyura, barang siapa yang ingin berpuasa, maka lakukanlah (puasa Hari Asyura), dan barang siapa yang tidak mahu maka dia boleh meninggalkannya”. (ringkasan daripada Riwayat al-Bukhari)
Kedua-dua hadis sahih ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah menggalakkan umatnya untuk berpuasa sunat pada hari tersebut kerana puasa Hari Asyura merupakan sunnah yang dituntut.
Dalam suatu lagi hadis lain, Baginda SAW bersabda bahawa kalaulah Baginda SAW masih hidup pada tahun hadapan, Nabi SAW menyatakan keinginannya untuk berpuasa pada hari ke 9 Muharram. Tujuannya ialah untuk menyalahi perbuatan Yahudi sebab Yahudi puasa juga pada Hari Ashura.
Bagi seseorang yang berpuasa pada Hari Asyura tersebut, maka ia memiliki ganjaran yang amat besar iaitu Allah akan menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu berdasarkan hadis yang diriwayatkan olehAbu Qatadah bahawa Rasulullah bersabda Maksudnya: “Puasa pada Hari Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya”.(Riwayat Ibn Majah)
Teringat pesanan ustaz kami dulu, ada orang yang mudah untuk berpuasa sunat namun macam sedikit berat untuk bangun malam melakukan Qiyam. Bukanlah bererti tak qiyam langsung tapi antara puasa sunat dan qiyam, puasa lebih terasa ringan bagi dirinya.
Ada orang yang mulutnya ringan nak baca AQ jika nak banding dengan bersedekah sunat dan sebaliknya. Ada juga yang ringan tangan untuk bersedekah namun sedikit berat untuk berpuasa sunat. Manusia ni macam2. Namun kita cuba la buat kesemua amalan tu setakat mampu walaupun benda ni bukan wajib
Ringkasnya ibadah sunat ni umpama fail-fail yang banyak. Ada fail solat, fail puasa, fail zakat, fail haji, fail sedekah n etc. So kita sebagai hamba Allah, kita sama-sama penuhkan fail ini dengan amalan. Janganlah sampai apabila dibuka fail tertentu ada fail yang kosong sebab takder rekod. Walaupun fail tertentu ada yang lebih tebal berbanding fail yang lain, sekurang-kurangnya jangan biarkan fail yang lain tu kosong. Begitulah kiasan ustaz kami dulu. Mudah-mudahan fail2 amal kita akan menjadi saksi dan peguam bela kita di depan Allah suatu hari nanti
Puasa 10 muharram ni sunat jer. Kalau buat lagi bagus. Tak buat takder la berdosa tapi kalau kita sihat, takder masalah kesihatan, daripada kita menghabiskan umur begitu sahaja lebih baik kita berpuasa. Tak boleh 2 hari kita puasa je sehari.
Kalau kita terlepas tahun ni, kena tunggu tahun depan baru dapat peluang untuk buka fail puasa 10 muharram. Tu pun kalau masih bernafas dan mampu. Kot2 dah tutup usia, kot2 masih berbaki usia namun dah tak mampu nak berpuasa
Ambo teringat satu hadis lain (lupa matan, tapi ada dalam riyad al-salihin) bahawa amalan2 yang kita lakukan secara istiqamah, apabila kita tak mampu lagi buat kerana factor kesihatan, insya allah kita tetap dapat pahala. Contohnya orang yang sentiasa solat berjemaah di masjid, tetiba diuji dengan sakit umpama reknyok sebelah tubuh (stroke), sakit yang agak berat hingga tak mampu lagi nak berulang ke masjid, factor kesihatan menjadi penghalang untuk beliau melakukan amalan yang selalu dibuatnya masa sihat secara istiqamah, orang sebegini tetap mendapat pahala walaupun terbaring di katil rumah sakit. Ustaz yang mengajar kami sebut umpama makan duit pencen. Kerja dah tak buat tapi tetap dapat pencen bulanan. Besarnya amalan yang dilakukan secara istiqamah walaupun benda tu sunat je
Esok lusa ni dah 10 Muharram. Insya Allah kita pakat2 puasa sunat. Takleh nak buat 9 dan 10 Muharram, buat 10 Muharram sahaja dulu. Jangan lupa doakan juga ambo moga selalu diberi hidayah dan istiqamah dalam amalan. Moga Allah terima segala amalan kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan