Khamis, 14 Februari 2013

JENIS-JENIS RIBA



2.3 JENIS-JENIS RIBA
Ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali membahagikan riba kepada 2 jenis iaitu riba al-fadl dan riba al-nasi’ah. Sementara mazhab Syafie membahagikan riba kepada 3 jenis iaitu riba al-fadl, riba al-nasi’ah dan riba al-yad. Walau bagaimanapun riba al-yad telah pun termasuk ke dalam riba al-fadl Untuk pembahagian yang lebih jelas dan menyeluruh untuk difahami adalah seperti berikut.
2.3.1 Riba al-duyun (pinjam dan hutang)
Riba al-duyun terhasil daripada kadar lebihan faedah (riba) yang berpunca daripada tempoh, samada tempoh pemberian pinjaman mata wang atau manfaat sesuatu asset. Asas kepada riba jenis ini adalah hadis Nabi SAW:
(setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba)
Riba jenis ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu riba jahiliah dan riba al-Qard
1) Riba al-jahiliyyah
Riba jahiliyyah ialah lebihan yang dikenakan ke atas hutang yang tidak mampu untuk dilunaskan dalam tempoh yang telah dipersetujui. Dalam keadaan ini, si pemberi hutang akan melanjutkan tempoh pembayaran balik hutang dengan mengenakan caj tambahan. Caj tambahan ini biasanya dikenali sebagai bunga atau faedah dan ini adalah riba. Riba jenis ini boleh berlaku dalam pinjaman dan dalam hutang.[1]Riba jahiliah amat popular pada zaman Rasulullah SAW dan ianya berterusan diamalkan di zaman baginda sehinggalah Baginda mengharamkannya pada haji wida
(Ketahuilah, semua jenis riba telah dihancurkan, dan riba yang pertama aku hancurkan adalah riba yang bapa saudaraku  abbas bin abdul muttalib, semuanya kini telah dihancurkan.- Ibn Hibban, Tirmizi)[2]
2) Riba al-Qard
Riba al-Qard ialah kadar atau sebarang manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok yang mana ianya disyaratkan di awal kontrak pinjaman, yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.[3] Contohnya Ali meminjamkan wang kepada Amad sebanyak RM2000 dengan syarat Amad mestilah membayar kebali dengan nilai RM2500.

2.3.1 Riba al-Buyuc
Riba jenis ini lahir daripada ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 item riba, penukarannya dibuat secara tangguh[4]
1) Riba al-nasa’ /al-nasi’ah
Riba nasi’ah ialah jual beli yang melibatkan item riba dengan cara tangguh dan kedua-duanya mempunyai illah yang sama. Hukum ini melibatkan semua tukaran samada barangan tersebut sama jenis atau jenis yang berbeza, samada wujud bayaran tambahan atau tidak.[5]
Riba jenis ini amat popular di kalangan masyarakat jahiliah. Riba ini berlaku apabila seseorang lelaki memberikan sejumlah hutang kepada seorang yang lain untuk satu tempoh masa contohnya selama 12 bulan. Dalam masa yang sama diletakkan syarat jika dalam tempoh 12 bulan seorang yang berhutang itu tidak mampu untuk menjelaskannya, tempoh masa akan dilanjutkan mungkin selama 6 bulan dengan bayaran tambahan[6]
Kata Ibn Jarir al-Tabariy: sesungguhnya seorang lelaki pada zaman jahiliah mempunyai sejumlah hutang ke atas seorang lelaki yang lain. Apabila sampai tempohnya lelaki pemiutang ini akan meminta hutangnya. Namun lelaki yang berhutang ini tidak mampu untuk menjelaskannya lalu meminta dilanjutkan tempoh pembayarannya sambil berjanji untuk membayarnya kembali berserta kadar lebihan (bunga) dan lelaki pemiutang itu bersetuju. Inilah riba yang berlipat ganda( adaafan mudaafah) lalu Allah mengharamkannya [7]
Para ulama telah sepakat bahawa transaksi jual beli secara bertangguh yang melibatkan item riba dan mempunyai illah yang sama termasuk dalam kategori riba al-nasi’ah. Secara ringkasnya setiap transaksi jual beli akan termasuk ke dalam riba jenis ini apabila terdapat 2 perkara:[8]
1) jualan dilaksanakan secara tangguh
2) kedua-dua barangan yang dijual beli terdiri daripada item riba yang mempunyai illah yang sama samada barangan tersebut sama jenis atau pun tidak, samada diketahui sukatan atau pun tidak.
Contohnya pertukaran di antara emas dengan emas secara tangguh. Keduanya merupakan item riba dan mempunyai illah yang sama. Sebarang penangguhan dalam transaksi ini menyebabkan berlakunya riba al-nasi’ah
Contoh lain ialah menjual 5 gram emas dengan harga RM2000 secara tunai atau RM3800 secara tangguh.
2) Riba al-Fadl
Riba al-Fadl ialah riba yang berlaku apabila berlaku jual beli barangan yang sama jenis dengan tambahan atau lebihan yang berbeza. Contohnya menjual  1kg gandum Mesir  dengan 2kg gandum Syria. Riba al-Fadl melibatkan barangan riba yang sama jenis dengan kadar  berat yang berbeza jika jenis  dijual secara timbang dan kuantiti jika barangan jenis dijual secara kuantiti. Unsur riba iaitu bayaran tambahan atau lebihan yang terdapat dalam transaksi muamalat ini amat jelas.[9]
Transaksi ini jelas haram dan dilarang sama sekali. Ianya berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud:
(Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali sama dengan sama, dan janganlah kamu melebihkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Janganlah kamu menjual perak dengan perrak kecuali sama dengan sama, dan janganlah kamu melebihkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain-riwayat Bukhari)
Dalam satu lagi hadis Baginda SAW:
(Bilal datang menemui Nabi SAW dengan membawa tamar Barni (sejenis tamar yang bermutu tinggi). Lalu Nabi SAW bertanya “Dari manakah tamar ini?” jawab Bilal “Pada asalnya kami mempunyai tamar yang tidak elok, lalu saya jual 2 gantang tamar itu dengan segantang tamar yang elok ini, untuk kami beri kepada Nabi SAW. Lantas Nabi SAW bersabda “Oh! Oh! (menunjukkan dukacitanya)! Itulah riba yang sebenarnya. Itulah riba yang sebenarnya. Janganlah kamu lakukan”- riwayat Bukhari)
Hukum haram ini tidak mengambil kira mutu barangan kerana hadis tersebut bersifat umum. Ia juga tidak mengambil kira bentuk barangan tersebut. Jika penjual emas menjual emas yang telah dibentuk menjadi acuan tertentu, penjual perlu memastikan kedua-dua emas tersebut mestilah sama dari segi berat.[10]


[1] Zaharuddin Abd. Rahman, Riba Dan Isu Kewangan Semasa, Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala Lumpur, hlm.19-20

[2] ibid
[3] Zaharuddin Abd. Rahman, Riba Dan Isu Kewangan Semasa, Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala Lumpur, hlm.1

[4] Zaharuddin Abd. Rahman, Riba Dan Isu Kewangan Semasa, Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala Lumpur, hlm.23

[5] cAli al-Sharbaji, Mustafa al-Bugha, Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-Imam al-Shaficiyy, Dar al-Qalam, Damshik,Jil.3, hlm.11

[6] ahar
[7] Al-Sabuniy, Muhammad Ali, Rawaic al-Bayan Fi Tafsir Ayat al-Ahkam Min al-Quran, Maktabah al-Ghazali & Muassasah Manahil al-Irfan, Damsyik & Beirut, hlm.391
[8] Azhar

[9] Al-Sabuniy, Muhammad Ali, Rawaic al-Bayan Fi Tafsir Ayat al-Ahkam Min al-Quran, Maktabah al-Ghazali & Muassasah Manahil al-Irfan, Damsyik & Beirut, hlm.392, cAli al-Sharbaji, Mustafa al-Bugha, Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-Imam al-Shaficiyy, Dar al-Qalam, Damshik,Jil.3, hlm.11
           
[10] cAli al-Sharbaji, Mustafa al-Bugha, Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-Imam al-Shaficiyy, Dar al-Qalam, Damshik,Jil.3, hlm.11

29 ulasan:

reyazzh berkata...

salam , nak tanya , kalau jual topup tu macam mana pulak ? contohnya , topup rm10 tp kena bayar rm10.20 .. itu dikira riba ataupon menagambil keuntungan ?

reyazzh berkata...

salam , nak tanya , kalau jual topup tu macam mana pulak ? contohnya , topup rm10 tp kena bayar rm10.20 .. itu dikira riba ataupon menagambil keuntungan ?

abu muhammad walid ilias berkata...

itu dikira keuntungan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Dalam jual beli. Bole ka kita mengambil untung biar nilainya tinggi sehingga berganda2?

abu muhammad walid ilias berkata...

waalaikumussalam. berkenaan soalan tuan, buleh ke amik untuk tinggi sehingga berganda ganda.
setahu ambo yang daif, tiada nas yang menetapkan had maksimum untung.
walau bagaimanapun ada ulama yang wat kaedah misalnya kalau hartanah, untung jangan lebih peratusan tertentu, kalau barang jenis abcd, setakat peratus tertentu, kalau barangan jenis zxcv untung setakat peratus tertentu. sebabnya takut amik untung yang berganda ganda buleh masuk dalam bab zalim jer.

Unknown berkata...

Slm.. kalau pinjamanbrg duit yg dibuat ade perantaraan brg, boleh tak? Cth:
Ahmad nk pinjam ngan rm 100 ngan ali, pastu ali ckp, aku tak nak bagi pinjam,tapi mu jual barang kat aku dgn harge rm 100, nanti mu beli balik barang tu dgn harga rm 130.. boleh ke macam ni?

Unknown berkata...

Slm.. kalau pinjamanbrg duit yg dibuat ade perantaraan brg, boleh tak? Cth:
Ahmad nk pinjam ngan rm 100 ngan ali, pastu ali ckp, aku tak nak bagi pinjam,tapi mu jual barang kat aku dgn harge rm 100, nanti mu beli balik barang tu dgn harga rm 130.. boleh ke macam ni?

abu muhammad walid ilias berkata...

buat syed kamal alidrus
maaf saya x perasan komen saudara. saya byk offline sekarang.
setakat ini, saya mnta maaf. x dapat menjawab soalan saudara secara spesifik. nampak zahirnya benda tu macam bay al-inah. kalau bay inah ni ada khilaf di kalangan ulama n bentuknya pun banyak
apa pon izinkan saya merujuknya semula n sambil tu kena tanya mereka yang lebih alim..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum semua..sy nk tanya..sy DEALER TOPUP(guna handphone bukan jual kad topup).
Sbgai contoh,syarikat bg komisen jualan celcom 5.5%.klo org beli terus dgn sy celcom rm10,maka sy dh untung 55sen.
Disebabkan sy DEALER,maka sy boleh melantik@daftar AGENT dibawah sy.syarikat juga berikan hak utk dealer 'set' kan %komisen utk agent.
Jika sy set kan komisen jualan celcom bg agent ialah 5%,maka apabila die jual topup celcom rm10,agent dpt untung 50sen.manakala pd masa sama,syarikat akan bg sy komisen hasil jualan agent td sebanyak 5sen@0.5% kpd sy pd hujung minggu.
Jd soalan sy,apakah status untung 5sen yg syarikat beri pd sy tu?adakah status untung 5sen yg sy dpt berubah andai sy beritahu@xberitahu pd agent..tq..

abu muhammad walid ilias berkata...

Buat tanpa nama...
Direct kepada soalan saudara, status 5 sen tu dkira untung atau komisen.saudara dberi hak utk melantik ajen di bawah saudara, n boleh menentukan komisen utk ajen di bawah saudara yg dapat menjual topup tu.samada dberitahu atau tidak, ia menjadi komisen saudara

tokngulu berkata...

Saya ditawarkan pelaburan..rm1m masuk dlm account escrow yg mana escrow jaga kepentingan saya sbnrnya..profit utk projek yg guna facility tu beri pulangan rm1m jgk dlm tempo 45 hri..mksdnya dia guna facility n tau jmlh profit sewaan dia kpd org lain n sanggup bahagi profit sebnyk ITU dgn saya..saya setuju..adakah dia riba? Saya rasa profit tu untung confirm sewaan jd mslh..adakah saya salah dgn hukum?

abu muhammad walid ilias berkata...

Setahu ambou x jadi riba. Riba biasanya terlibat dgn pinjaman Dan barangan riba macam emas, perak etc.

insanyangcurious berkata...

Salam.bagaimana, jika kite membeli emas, ketik harganya sedang murah, ttp kite menjualnya ketika harga nilainya tinggi, mcm saham la lbh kurang.kira riba alfadl ke?

abu muhammad walid ilias berkata...

Setahu ambo yg masih belajar, benda ni x jadi riba alfadl. Sebab riba alfadl ni berlaku dalam tukar barang yg sama macam sistem barter la. Itu pon melibatkan enam item ribawi iaitu emas, perak, hintah iaitu biji gandum, tamar, garam dan tepung gandum.

Tanpa Nama berkata...

macam mane dgn urusniaga yg melibatkn kita bg pinjam duit kt org rm100 tp nnti dia kena byr rm115 dan dprsetujui d awal prjanjian..dan ble time byr tu kite mntk halal n dia halalkn..

abu muhammad walid ilias berkata...

Apa yg Ambo tahu, itulah riba. Lebihan yg disyaratkan pada awal lagi.
Kalai x disyaratkan, tp si penghutang bayar lebih sebagai balasan, terima kasih atau apa apa itu x dikira riba.

abu muhammad walid ilias berkata...

Apa yg Ambo tahu, itulah riba. Lebihan yg disyaratkan pada awal lagi.
Kalai x disyaratkan, tp si penghutang bayar lebih sebagai balasan, terima kasih atau apa apa itu x dikira riba.

abu muhammad walid ilias berkata...

Apa yg Ambo tahu, itulah riba. Lebihan yg disyaratkan pada awal lagi.
Kalai x disyaratkan, tp si penghutang bayar lebih sebagai balasan, terima kasih atau apa apa itu x dikira riba.

Tanpa Nama berkata...

maaf sy brtanya lg..mcm mana kalau si pemberi hutang tu memberi alasan duit lebihan itu adalah bg duit petrol dia ulang alik ke bank,topup dan sbgainya..dan sy ingin brtanya jga macam mana urusniaga pinjaman wang di bank yg biase kite buat..adakah trmasuk dlm riba..

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Bagaimana pula dari sudut penukaran wang yg melibatkan matawang asing, contohnya untuk 1usd memerlukan rm3.80. Adakah ini melibatkan berlakunya riba.

abu muhammad walid ilias berkata...

berkenaan forex, benda ni agak besar dan kena tengok secara lebih detail. rasanya maklumat dalam laman web dr zaharuddin banyak info

abu muhammad walid ilias berkata...

kebiasaannya org memberi hutang memberi alasan tempoh masa menunggu utk membolehkan mereka menerima lebihan yang digelar keuntungan, hakikatnya ia bukanlah untung namun itulah riba.wang tidak akan menghasilkan wang. namun wang bersama usaha yang menghasilkan wang

berkenaan dgn amalan yg berlaku dalam pembiayaan melibatkan perbankan islam, ada caranya yg sedikit berbeza. itu sebab ia digelar pembiayaan, bukannya pinjaman.

Unknown berkata...

Uthman al affan penah bertanya kpd Rasulullah brp banyak keuntungan yg dia blh amik semasa berniaga..Rasulullah hnya senyum tnpa berkata..makanya x de had jumlah untung selagi dipersetujui antara penjual dan pembeli..tp nk untung tu biarlah berpada..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan,
sy ingin brtanya,ade sebuah syarikat dtg ke kg sy dan menawarkan pakej pelaburan dgn mereka yg brasaskn forex.jika kita menyimpan dgn mereka kita akan mendapat dividen 15% setiap bln selagi mana kita tdak mengeluarkn modal itu.dan ada juga pakej yg mndapat dividen 100% bg setiap 3bln.apabila dprsoalkn isu halal haram.mereka mgatakan yg prniagaan mereka halal.dan bagi sesiapa yg ingin mncari org utk melabur.mereka juga akn dberikan komisen 3% dari pelaburan org lain trsebut.bolehkan tuan prjelaskan isu ini.kerana benda ini telah berleluasa.

abu muhammad walid ilias berkata...

Ada 3 poin ptg yg ambo nampak
1) isu melabur dgn forex
Bab forex kena rujuk dgn ustaz lain. Ambo x begitu mahir.maaf

2) isu dividen 15% setiap bulan dan 100% setiap 3 bulan
Dari segi logiknya, kalau untung 15% setiap bulan, maknanya dalam setahun kita dapat untung lebih kurang 180%. Begitu juga kalau untung 100% setiap 3 bulan, mqknanya dalam setahun kita untung 400%. Ambo x pernah dengar syarikat yg untungnya sebegitu tinggi. Kalau warren buffet, sifu saham dunia hanya mampu memberikan untung sekitar 20% sahaja (kalau x silap), agak pelik kalau ada syarikat yg cukup hebat memberikan untung pelaburan sebegitu tinggi...

3) isu cari pelabur lain dapat komisen 3% daripada pelabur baru
Kalau betul begitu okla, tp jenis syarikat yg nakkan org baru ni macam ada unsur ponzi jer. Kalau saya jumpa lombong emas, saya akan lombong sendiri senyap2. Saya x akan beritahu sesiapa pon....

Kesimpulannya, kalau saya berada di tempat anda atau di kg anda, saya x akan sertai benda sebegini. Dalam masa yg sama saya akan sentiasa cari dan tambah maklumat ttgnya.
Maaf saya xleh jawab dari segi hukum, hanya sekadar pandangan peribadi



abu muhammad walid ilias berkata...

Ada 3 poin ptg yg ambo nampak
1) isu melabur dgn forex
Bab forex kena rujuk dgn ustaz lain. Ambo x begitu mahir.maaf

2) isu dividen 15% setiap bulan dan 100% setiap 3 bulan
Dari segi logiknya, kalau untung 15% setiap bulan, maknanya dalam setahun kita dapat untung lebih kurang 180%. Begitu juga kalau untung 100% setiap 3 bulan, mqknanya dalam setahun kita untung 400%. Ambo x pernah dengar syarikat yg untungnya sebegitu tinggi. Kalau warren buffet, sifu saham dunia hanya mampu memberikan untung sekitar 20% sahaja (kalau x silap), agak pelik kalau ada syarikat yg cukup hebat memberikan untung pelaburan sebegitu tinggi...

3) isu cari pelabur lain dapat komisen 3% daripada pelabur baru
Kalau betul begitu okla, tp jenis syarikat yg nakkan org baru ni macam ada unsur ponzi jer. Kalau saya jumpa lombong emas, saya akan lombong sendiri senyap2. Saya x akan beritahu sesiapa pon....

Kesimpulannya, kalau saya berada di tempat anda atau di kg anda, saya x akan sertai benda sebegini. Dalam masa yg sama saya akan sentiasa cari dan tambah maklumat ttgnya.
Maaf saya xleh jawab dari segi hukum, hanya sekadar pandangan peribadi



Wan Nurul Izzati berkata...

Salam .contoh kalau saya beli selipar di Kuala Lumpur dengan harga modal rm3 seunit. Balik ke kelantan, saya jual dengan harga RM10 .adakah ini dikira riba? Apakah maximum harga untung yg saya bolh ambil?

abu muhammad walid ilias berkata...

buat wan nurul izzati
itu adalah keuntungan. berkenaan had untung maksimum yg boleh diambil, apa yg ambo tahu tiada nas dalam masalah ni. ada sebilangan ulama yang wat kaedah misalnya kalau hartanah, untung jangan lebih peratusan tertentu, kalau barang jenis abcd, setakat peratus tertentu, kalau barangan jenis zxcv untung setakat peratus tertentu. sebabnya takut amik untung yang berganda ganda buleh masuk dalam bab zalim jer

Unknown berkata...

Salam admin, sya nak amik sikit maklumat utk assignment sya yer, mohn benarkan👉👈