BINGKISAN SEBELUM TIDUR
Kisah Tentang Ratapan
Nabi SAW bersabda:
ليس منا من لطم الخدود و شق الجيوب و دعا بدعوى الجاهلية
(Bukan dari kalangan kami orang yang memukul pipi, merobek baju dan
menyeru dengan seruan jahiliah- Riwayat Bukhari). Hadis ni daripada Abdullah bin Masud
Maksud hadis ni jelas. Nabi SAW
melarang umat Islam daripada meratapi kematian mayat seperti memukul pipi, mengoyakkan
baju dan sebagainya. Perbuatan sebegini asalnya perbuatan Jahiliah. Apabila Nabi
SAW bangkit, Nabi SAW melarang perbuatan sebegini
Masa zaman sekolah menengah
dulu, ambo dah pernah dengar hadis ni. Ustaz2 juga pernah bercerita ttg adat
Jahiliah yang berlebihan meratapi kematian orang tersayang. Tapi tu la, tak
sama benda yang kita hanya dengar atau tahu jika nak bandingkan dengan
pengalaman yang kita sendiri tempuhi dan alaminya
Bila ambo ke Kaherah, ambo berhadapan dengan peristiwa seperti
hadis di atas. Ambo masih ingat masa tu dah tahun 3 (tahun 2000 zaman Peranchis
jadi juara Eropah kalahkan Itali 2-1 kat final, he he he). Masa tu pensyarah
kami meninggal dunia.
Suatu hari kami ke kuliah cam biasa. Tetiba kuliah hari tu
dibatalkan. Ada kertas ditampal kat pintu dewan kuliah. Kami baca. Kat situ
ditulis pensyarah (kami panggil doktor) kami meninggal. Dalam kertas tu juga
ada tertulis maklumat seperti waktu dan tempat solat jenazah, nak tanam kat
kubur mana dan sebagainya. Bas disediakan untuk pelajar yang nak ke kubur
Selepas solat jenazah (lepas zohor), kami berjalan kaki jer ramai2
ke kubur. Bas ada tapi penuh. Jarak bangunan kuliah kami dengan kubur tu dekat
je. Masa kami sampai tu orang dah ramai. Boleh dikatakan sebahagian besar
pensyarah kami dah tiba lebih awal.
Kat kubur tu ambo lihat pengunjung dah ramai. Ada lelaki dan wanita.
Ada ahli keluarga yang kelihatan sedih. Ada juga staf dan pelajar univ macam
kami. Pelajar Msia tak ramai tapi ada. Ambo perasan ada sekumpulan wanita tua
berpakaian serba hitam. Memula tu ambo tak pasti kenapa semuanya berpakaian
serba hitam, berkabung kot.
Apabila jenazah mula dimasukkan ke dalam kubur, ambo melihat
beberapa pensyarah mula bergegas nak bersalam dengan ahli keluarga si mati dan
keluar daripada kawasan kubur. Ambo tunggu jer nak tengok sebab itulah
pengalaman pertama kami.
Rupa-rupanya adat mereka apabila nak tinggalkan tanah perkuburan, ahli
keluarga lelaki akan beratur. Para penziarah pula akan bersalam dengan kesemua
pewaris tu. Rasanya tulah kali pertama ambo lihat orang Mesir beratur dengan
tenang. Kebiasaannya mereka akan berebut2.
Para penziarah semuanya beratur panjang untuk bersalaman dengan
ahli keluarga lelaki. Masa tulah sekumpulan wanita tua serba hitam tadi mula
menangis, meraung, melaungkan ayat seperti:
(doktor ni orang baik, kenapa tuhan, engkau cabut nyawanya)
(selamat tinggal doctor, selamat tinggal orang yang baik)
Mereka meraung kuat, menangis, meratap. Cuma ambo tak pasti ada ke
tak yang berguling atas tanah atau mengoyak baju kerana kesedihan. Ambo terpinga-pinga
masa tu. Rasa pelik. Sebelum ni masa kat Msia tak pernah tengok kejadian
sebegitu apabila berlaku kematian. Benda tu lak berlaku depan mata, dilakukan
oleh sekumpulan wanita tua berpakaian serba hitam
Ambo juga tak pasti samada ratapan tu dilakukan oleh ahli keluarga
atau orang luar (bukan ahli keluarga). Kalau dalam sejarah, ada yang ambil upah
semata2 untuk meratap kematian. Dah macam kerjaya peratap professional kan.
hmmm
Ambo terdengar sebahagian kecil pensyarah kami yang keluar lewat
(daripada kawasan perkuburan) bercakap sesama mereka ttg suasana dan keadaan
ratapan tu. Barulah ambo perasan kenapa ramai pensyarah tadi bergegas keluar
daripada tanah perkuburan. Mungkin mereka tidak suka dengan ratapan tu
Sebelum ni kita belajar bahawa Nabi SAW melarang daripada meratapi
kematian mayat. Ambo ingatkan maksud larangan tu ialah larangan daripada menangis,
rupanya bukan camtu. Menangis seperti mengalir air mata kerana sedih tu biasa. Nabi
pun menangis masa kematian anak lelakinya. Tapi kalau dah sampai meraung,
berguling atas tanah, menampar muka atau tubuh, mengoyak dan mencarikkan baju
tu dah berlebihan. Itulah kali pertama ambo lihat di hadapan mata perbuatan
meratap. Patutla nabi larang
Ada kawan kami yang belajar di negara Arab yang lain pernah
bercerita suatu malam dia terdengar bunyi suara meraung daripada bangunan
tingkat tinggi. (tak sebut tingkat berapa). Kiranya rumah macam apartment atau
flat la. So kawan kami ingatkan ada pergaduhan, atau ada kebakaran, then mereka
tengok terdapat pakaian dicampakkan dari tingkat atas ke bawah. Apabila ditanya
masyarakat tempatan, rupanya ada berlaku kematian.
Betullah kata orang, jauh berjalan luas pengalaman. Benda yang kita
tahu, dengar dan baca tak sama dengan peristiwa yang kita lalui depan mata
Semoga Allah merahmati para guru kami, mengampunkan mereka semua
dan menempatkan mereka dalam syurgaMu Ya Allah