Khamis, 14 Februari 2013

JENIS-JENIS RIBA



2.3 JENIS-JENIS RIBA
Ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali membahagikan riba kepada 2 jenis iaitu riba al-fadl dan riba al-nasi’ah. Sementara mazhab Syafie membahagikan riba kepada 3 jenis iaitu riba al-fadl, riba al-nasi’ah dan riba al-yad. Walau bagaimanapun riba al-yad telah pun termasuk ke dalam riba al-fadl Untuk pembahagian yang lebih jelas dan menyeluruh untuk difahami adalah seperti berikut.
2.3.1 Riba al-duyun (pinjam dan hutang)
Riba al-duyun terhasil daripada kadar lebihan faedah (riba) yang berpunca daripada tempoh, samada tempoh pemberian pinjaman mata wang atau manfaat sesuatu asset. Asas kepada riba jenis ini adalah hadis Nabi SAW:
(setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba)
Riba jenis ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu riba jahiliah dan riba al-Qard
1) Riba al-jahiliyyah
Riba jahiliyyah ialah lebihan yang dikenakan ke atas hutang yang tidak mampu untuk dilunaskan dalam tempoh yang telah dipersetujui. Dalam keadaan ini, si pemberi hutang akan melanjutkan tempoh pembayaran balik hutang dengan mengenakan caj tambahan. Caj tambahan ini biasanya dikenali sebagai bunga atau faedah dan ini adalah riba. Riba jenis ini boleh berlaku dalam pinjaman dan dalam hutang.[1]Riba jahiliah amat popular pada zaman Rasulullah SAW dan ianya berterusan diamalkan di zaman baginda sehinggalah Baginda mengharamkannya pada haji wida
(Ketahuilah, semua jenis riba telah dihancurkan, dan riba yang pertama aku hancurkan adalah riba yang bapa saudaraku  abbas bin abdul muttalib, semuanya kini telah dihancurkan.- Ibn Hibban, Tirmizi)[2]
2) Riba al-Qard
Riba al-Qard ialah kadar atau sebarang manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok yang mana ianya disyaratkan di awal kontrak pinjaman, yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.[3] Contohnya Ali meminjamkan wang kepada Amad sebanyak RM2000 dengan syarat Amad mestilah membayar kebali dengan nilai RM2500.

2.3.1 Riba al-Buyuc
Riba jenis ini lahir daripada ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran 2 item riba, penukarannya dibuat secara tangguh[4]
1) Riba al-nasa’ /al-nasi’ah
Riba nasi’ah ialah jual beli yang melibatkan item riba dengan cara tangguh dan kedua-duanya mempunyai illah yang sama. Hukum ini melibatkan semua tukaran samada barangan tersebut sama jenis atau jenis yang berbeza, samada wujud bayaran tambahan atau tidak.[5]
Riba jenis ini amat popular di kalangan masyarakat jahiliah. Riba ini berlaku apabila seseorang lelaki memberikan sejumlah hutang kepada seorang yang lain untuk satu tempoh masa contohnya selama 12 bulan. Dalam masa yang sama diletakkan syarat jika dalam tempoh 12 bulan seorang yang berhutang itu tidak mampu untuk menjelaskannya, tempoh masa akan dilanjutkan mungkin selama 6 bulan dengan bayaran tambahan[6]
Kata Ibn Jarir al-Tabariy: sesungguhnya seorang lelaki pada zaman jahiliah mempunyai sejumlah hutang ke atas seorang lelaki yang lain. Apabila sampai tempohnya lelaki pemiutang ini akan meminta hutangnya. Namun lelaki yang berhutang ini tidak mampu untuk menjelaskannya lalu meminta dilanjutkan tempoh pembayarannya sambil berjanji untuk membayarnya kembali berserta kadar lebihan (bunga) dan lelaki pemiutang itu bersetuju. Inilah riba yang berlipat ganda( adaafan mudaafah) lalu Allah mengharamkannya [7]
Para ulama telah sepakat bahawa transaksi jual beli secara bertangguh yang melibatkan item riba dan mempunyai illah yang sama termasuk dalam kategori riba al-nasi’ah. Secara ringkasnya setiap transaksi jual beli akan termasuk ke dalam riba jenis ini apabila terdapat 2 perkara:[8]
1) jualan dilaksanakan secara tangguh
2) kedua-dua barangan yang dijual beli terdiri daripada item riba yang mempunyai illah yang sama samada barangan tersebut sama jenis atau pun tidak, samada diketahui sukatan atau pun tidak.
Contohnya pertukaran di antara emas dengan emas secara tangguh. Keduanya merupakan item riba dan mempunyai illah yang sama. Sebarang penangguhan dalam transaksi ini menyebabkan berlakunya riba al-nasi’ah
Contoh lain ialah menjual 5 gram emas dengan harga RM2000 secara tunai atau RM3800 secara tangguh.
2) Riba al-Fadl
Riba al-Fadl ialah riba yang berlaku apabila berlaku jual beli barangan yang sama jenis dengan tambahan atau lebihan yang berbeza. Contohnya menjual  1kg gandum Mesir  dengan 2kg gandum Syria. Riba al-Fadl melibatkan barangan riba yang sama jenis dengan kadar  berat yang berbeza jika jenis  dijual secara timbang dan kuantiti jika barangan jenis dijual secara kuantiti. Unsur riba iaitu bayaran tambahan atau lebihan yang terdapat dalam transaksi muamalat ini amat jelas.[9]
Transaksi ini jelas haram dan dilarang sama sekali. Ianya berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud:
(Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali sama dengan sama, dan janganlah kamu melebihkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Janganlah kamu menjual perak dengan perrak kecuali sama dengan sama, dan janganlah kamu melebihkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain-riwayat Bukhari)
Dalam satu lagi hadis Baginda SAW:
(Bilal datang menemui Nabi SAW dengan membawa tamar Barni (sejenis tamar yang bermutu tinggi). Lalu Nabi SAW bertanya “Dari manakah tamar ini?” jawab Bilal “Pada asalnya kami mempunyai tamar yang tidak elok, lalu saya jual 2 gantang tamar itu dengan segantang tamar yang elok ini, untuk kami beri kepada Nabi SAW. Lantas Nabi SAW bersabda “Oh! Oh! (menunjukkan dukacitanya)! Itulah riba yang sebenarnya. Itulah riba yang sebenarnya. Janganlah kamu lakukan”- riwayat Bukhari)
Hukum haram ini tidak mengambil kira mutu barangan kerana hadis tersebut bersifat umum. Ia juga tidak mengambil kira bentuk barangan tersebut. Jika penjual emas menjual emas yang telah dibentuk menjadi acuan tertentu, penjual perlu memastikan kedua-dua emas tersebut mestilah sama dari segi berat.[10]


[1] Zaharuddin Abd. Rahman, Riba Dan Isu Kewangan Semasa, Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala Lumpur, hlm.19-20

[2] ibid
[3] Zaharuddin Abd. Rahman, Riba Dan Isu Kewangan Semasa, Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala Lumpur, hlm.1

[4] Zaharuddin Abd. Rahman, Riba Dan Isu Kewangan Semasa, Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala Lumpur, hlm.23

[5] cAli al-Sharbaji, Mustafa al-Bugha, Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-Imam al-Shaficiyy, Dar al-Qalam, Damshik,Jil.3, hlm.11

[6] ahar
[7] Al-Sabuniy, Muhammad Ali, Rawaic al-Bayan Fi Tafsir Ayat al-Ahkam Min al-Quran, Maktabah al-Ghazali & Muassasah Manahil al-Irfan, Damsyik & Beirut, hlm.391
[8] Azhar

[9] Al-Sabuniy, Muhammad Ali, Rawaic al-Bayan Fi Tafsir Ayat al-Ahkam Min al-Quran, Maktabah al-Ghazali & Muassasah Manahil al-Irfan, Damsyik & Beirut, hlm.392, cAli al-Sharbaji, Mustafa al-Bugha, Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-Imam al-Shaficiyy, Dar al-Qalam, Damshik,Jil.3, hlm.11
           
[10] cAli al-Sharbaji, Mustafa al-Bugha, Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-Imam al-Shaficiyy, Dar al-Qalam, Damshik,Jil.3, hlm.11

7 ulasan:

reyazzh berkata...

salam , nak tanya , kalau jual topup tu macam mana pulak ? contohnya , topup rm10 tp kena bayar rm10.20 .. itu dikira riba ataupon menagambil keuntungan ?

reyazzh berkata...

salam , nak tanya , kalau jual topup tu macam mana pulak ? contohnya , topup rm10 tp kena bayar rm10.20 .. itu dikira riba ataupon menagambil keuntungan ?

abu muhammad walid ilias berkata...

itu dikira keuntungan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Dalam jual beli. Bole ka kita mengambil untung biar nilainya tinggi sehingga berganda2?

abu muhammad walid ilias berkata...

waalaikumussalam. berkenaan soalan tuan, buleh ke amik untuk tinggi sehingga berganda ganda.
setahu ambo yang daif, tiada nas yang menetapkan had maksimum untung.
walau bagaimanapun ada ulama yang wat kaedah misalnya kalau hartanah, untung jangan lebih peratusan tertentu, kalau barang jenis abcd, setakat peratus tertentu, kalau barangan jenis zxcv untung setakat peratus tertentu. sebabnya takut amik untung yang berganda ganda buleh masuk dalam bab zalim jer.

syedkamal alidrus berkata...

Slm.. kalau pinjamanbrg duit yg dibuat ade perantaraan brg, boleh tak? Cth:
Ahmad nk pinjam ngan rm 100 ngan ali, pastu ali ckp, aku tak nak bagi pinjam,tapi mu jual barang kat aku dgn harge rm 100, nanti mu beli balik barang tu dgn harga rm 130.. boleh ke macam ni?

abu muhammad walid ilias berkata...

buat syed kamal alidrus
maaf saya x perasan komen saudara. saya byk offline sekarang.
setakat ini, saya mnta maaf. x dapat menjawab soalan saudara secara spesifik. nampak zahirnya benda tu macam bay al-inah. kalau bay inah ni ada khilaf di kalangan ulama n bentuknya pun banyak
apa pon izinkan saya merujuknya semula n sambil tu kena tanya mereka yang lebih alim..