Khamis, 14 Februari 2013

TALAK TIGA SEKALIGUS: SUATU PANDANGAN ULAMA



BAB III
TALAK TIGA SEKALIGUS: SUATU PANDANGAN ULAMA
3.1 PENDAHULUAN
Maksud talak tiga sekaligus di sini ialah seseorang suami melafazkan kepada isterinya bahawa aku ceraikan engkau dengan talak tiga. Atau dengan lafaz aku ceraikan engkau, aku ceraikan engkau, aku ceraikan engkau sebanyak 3 kali.
Persoalannya apabila suami mengucapkan demikian, apakah jatuh talak kepada isterinya itu dengan satu talak atau 3 talak? Kalaulah kita katakan jatuh dengan satu talak, maka si suami mempunyai hak untuk rujuk kerana orang lelaki yang merdeka mempunyai 3 bilangan talak. Sebaliknya kalau kita katakana jatuh dengan talak 3, maka si suami tidak lagi mempunyai hak untuk rujuk. Sebaliknya isteri hendaklah berkahwin dengan lelaki lain (yang bukan suami yang menceraikannya itu), kemudian meneruskan kehidupan rumahtangga sebagaimana biasa dengan suami barunya itu, kemudian selang tempoh masa si suami barunya itu menceraikan perempuan berkenaan, barulah si suami pertama tadi dapat mengahwininya. Jelasnya persoalan itu walau pun dilihat kecil tapi mempunyai implikasi hukum yang cukup besar pada suami isteri berkenaan
3.2 PANDANGAN JUMHUR ULAMA[1]
Para jumhur yang terdiri daripada golongan Hanafiyyah, Malikiah, Syaficiyyah dan Hanabilah mengatakan bahawa talak tiga sekaligus diiktiraf dan dikira 3 talak. Si suami yang mengucapkan lafaz demikian dikiran menceraikan isterinya dengan 3 talak dan dia tidak boleh lagi merujuk kembali bekas isterinya kecuali setelah isterinya berkahwin dengan lelaki lain, berlaku persetubuhan antara bekas isterinya dan suami barunya, kemudian kalaulah mereka bercerai, barulah si suami yang pertama ini kembali menikahinya dengan akad dan mas kahwin yang baru setelah isteri berkenaan habis iddahnya[2]
Talak seperti ini tidak haram. ia hanyalah khilaf sunnah dan tidak bertepatan dengan cara talak yang terbaik. Dalilnya ialah hadis yang menyebut bahawa:[3]
(Rukanah telah menceraikan isterinya sama sekali (iaitu beliau berkata kepada isterinya aku ceraikan engkau sama sekali). Nabi SAW berkata kepadanya selepas beliau bertanyakan cara untuk rujuk kepada isterinya”Demi Allah, adakah kamu hanya bermaksud talak satu sahaja/” jawab Rukanah ”Demi Allah, aku hanya bermaksud talak satu sahaja. Maka nabi SAW mengembalikan semula isterinya kepadanya.-Tirmizi)
Hadis ini menjadi dalil kerana jika Rukanah bermaksud talak tiga semasa dia berkata semua sekali, nescaya talak tiga itu akan berlaku. Nabi SAW juga tidak akan membenarkannya kembali rujuk kepada isterinya. Jika nabi tidak mengizinkannya, permintaan dan sumpah yang dilakukan tidak bermakna, tiada kesan hokum menjadi apa-apa. Namun dalam kes Rukana, sumpah dan permintaan memberi makna atau dikira kepadanya. Ini kerana nabi SAW membenarknannya kemali merujuk kepada isterinya[4]
Mereka juga berhujah dengan fatwa yang dinisbahkan kepada Ali, Uthman bin Affan, Umar al-Khatta, Ibn Mascud, Ibn Abbas dan sebagainya bahawa mereka (para sahabat) telah berfatwa dan bersetuju bahawa mana-mana suami yang melafazkan talak tiga sekaligus kepada isterinya itu dikira tiga. Bahkan ada juga yang mendakwa bahawa ini adalah ijmak. Lagi pun para sahabat tidak akan berfatwa melainkan dengan fatwa yang bersumberkan sesuatu yang datang dari Rasulullah SAW. Walaupun ada hadis sahih yang bertentangan dengan pendapat ini, namun hukumannya telah terbatal (nasakh)[5]

3.3 PANDANGAN TAWUS, IKRIMAH, IBN ABBAS DAN LAIN-LAIN
Mereka berpendapat bahawa talak tiga yang dilafazkan sekaligus atau diulang berturut-turut dalam satu majlis dikira satu talak sahaja. Mereka berpadangan demikian kerana menurut mereka talak hanya boleh berlaku satu demi satu, tidak boleh berlaku banyak sekaligus.[6]
Selain itu, nas al-Quran juga menyebut bahawa talak disebut berlaku 2 kali. Justeru itu, talak tidak mungkin berlaku secara sekaligus. Jika ianya dilafazkan secara sekaligus, maka sesungguhnya talak itu tetap dikira satu.[7]
Mereka berdalilkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Ibn Abbas r.a
كَانَ الطَّلاَقُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِي بَكْرٍ وَسَنَتَيْنِ مِنْ خِلاَفَةِ عُمَرَ طَلاَقُ الثَّلاَثِ وَاحِدَةً. فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ: إِنَّ النَّاسَ قَدْ اسْتَعْجَلُوا فِي أَمْرٍ قَدْ كَانَتْ لَهُمْ فِيهِ أَنَاةٌ فَلَوْ أَمْضَيْنَاهُ عَلَيْهِمْ فَأَمْضَاهُ عَلَيْهِمْ.
(bahawa talak yang berlaku pada masa Rasulullah SAW, Abu Bakar, 2 tahun pertama daripada pemerintahan Umar adalah dikira 1. Umar al-Khaattab berkara.”sesunguhnya orang ramai tergesa-gesa dalam urusan talak sedangkan mereka sepatutnya berhati-hati, kalau kami tetapkan ketentuan hokum ke atas mereka, nescaya kami tetapkan ke atas mereka-Muslim).[8]
Hadis ini menjadi bukti bahawa hukum ini bukanlah suatu ijmak. Ia merupakan masalah khilaf. Di antara kaedah usul yang diterima umum adalah bertaklid kepada seseorang mujtahid bukanlah suatu kewajipan. Justeru itu, harus bagi sesiapa pun untuk mengambil mana-mana pendapat seorang mujtahid. Apabila sah bahawa pendapat ini sememangnya dari Ibn Abbas , maka bolehlah kita bertaklid mengikut pendapatnya sebagaimana kita selama ini mengikut atau bertaklid kepada mujtahid yang lain. Inilah keadaan yang berlaku pada zaman Baginda SAW. Sumber riwayat ini juga agak kuat dan ianya tidak mendapat cercaan dan kritikan.[9]

Mereka juga mengatakan bahawa Umar adalah seorang sahabat, mujtahid yang mungkin betul dan mungkin salah. Jika Umar tersalah dalam ijtihadnya, beliau tetap mendapat ganjaran pahala. Namun lebih utama bagi kita mengikuti apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.[10]

Justeru itu pendapat yang mengatakan bahawa talak tiga sekaligus dikira satu merupakan suatu pendapat yang diterima. Inilah keadaan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, Abu Bakar dan 2 tahun pertama pemerintahan Umar.[11]




3.4 PANDANGAN GOLONGAN SYIAH
Pendapat ini dinisbahkan kepada golongan syiah Imamiah. Mereka berpendapat bahawa talak yang dilafazkan tiga sekaligus tidak menjadi apa-apa. Secara mudahnya talak tersebut tidak dikira dan ianya sia-sia sahaja. Mereka berhujah bahawa cara tersebut bukanlah cara yang diajar oleh Rasulullah SAW yang telah menentukan dan mengajar kepada kita tentang talak. Justeru itu, apa-apa sahaja yang dilakukan bukan dengan cara yang diajar oleh Rasulullah dikira terbatal[12]





[1] http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/06/lafaz-talak-tanpa-niat-talak-3.html, Ahmad Muhammad Shakir, Nizam al-Islam fi al-Talaq, Maktabah al-Sunnah, Kaherah, hlm.26-29


[3] cAli al-Sharbaji, Mustafa al-Bugha, Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-Imam al-Shaficiyy, Dar al-Qalam, Damshik, Jil.3, hlm.11

[4] cAli al-Sharbaji, Mustafa al-Bugha, Mustafa al-Khin, al-Fiqh al-manhaji cala madhhab al-Imam al-Shaficiyy, Dar al-Qalam, Damshik, Jil.3, hlm.11

[5] Muhammad Abu Zuhrah, al-Ahwal al-Shaksiyyah, Dar al-Fikr al-Arabiy, t.tmpt, hlm305

[7] Muhammad Abu Zuhrah, al-Ahwal al-Shaksiyyah, Dar al-Fikr al-Arabiy, t.tmpt, hlm304

[8] al-jaziriy, Abdul Rahman, Kitab al-Fiqh cAla al-Mazahib al-cArbacah, Kaherah, jil.4, hlm.303; http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Menjawab_fitnah/15.htm

[9] al-jaziriy, Abdul Rahman, Kitab al-Fiqh cAla al-Mazahib al-cArbacah, Kaherah, jil.4, hlm.303

[10] Muhammad Abu Zuhrah, al-Ahwal al-Shaksiyyah, Dar al-Fikr al-Arabiy, t.tmpt, hlm304

[11] al-jaziriy, Abdul Rahman, Kitab al-Fiqh cAla al-Mazahib al-cArbacah, Kaherah, jil.4, hlm.303-304

[12] Muhammad Abu Zuhrah, al-Ahwal al-Shaksiyyah, Dar al-Fikr al-Arabiy, t.tmpt, hlm305

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah akhirnya bertemu dengan blog yang dapat menambah ilmu!

Tanpa Nama berkata...

Suami sya tlh melafazkn kita cerailah sbyk 4 kali...adakh ni dikira talak 3

Tanpa Nama berkata...

Suami sya tlh lafazkan cerailh kita sebyk 4 kali..adakh ini dikira talak 3

abu muhammad walid ilias berkata...

first...minta maaf banyak banyak kepada yg bertanya. saya tak sempat menyelusuri elmargi akhir akhir ini.

second....berkenaan dengan soalan anonymous bahawa si suami telah melafazkan cerai sebanyak 4 kali (kita cerailah)..adakah ini talak 3 atau tidak....

sebenarnya saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat khasnya masalah yg melibatkan rumahtanggan. ini kerana kebiasaannya isu ini memerlukan kelulusan n pengesahan mahkamah syariah. bila ke mahkamah, banyak lagi penjelasan n penerangan atau soalan yg mahkamah akan tanya supaya benda tu betul betul jelas..
mahkamah juga akanmemsatikan tidak wujud keraguan dalam isu sebegini. justeru itu, saya mohon kemaafan kerana tidak dapat menjawab soalan ini selengkapnya. saya minta supaya kes sebegini dirujuk kepada pihak berautoriti kerana isunikah cerai ni merupakan isu yang besar
wallahu aklam

Unknown berkata...

Salam.saya ingin bertanya.adakah talak itu jatuh pada situasi ini.Saya bergurau dengan isteri.apa yg akan saya cakap kalau saya dipihaknya sekiranya membawa saya pulang membawa wanita lain.saya pun menyebut bg pihaknya dengan tanpa niat.sy ceraikan awak dengan 34 kali.adakah talak itu jatuh?

abu muhammad walid ilias berkata...

tq aceput jbell...
berkenaan dengan soalan anda, saya minta maaf. saua tidak dapat menjawabnya di atas beberapa faktor
pertamanya disebabkan kejahilan dan kekurangan diri hamba sendiri
keduanya kerana isu talak, cerai dan nikah merupakan isu munakaht yang besar.banyak lagi soalan yg perlu di tanya ttg persoalan saudara.ia juga memerlukan pengesahan dan sebagainya.
justeru itu, saya meminta saudara merujuk kepada pejabat qadhi atau imam tempat anda tinggal. x manis rasanya saya hanya menjawab berdasarkan 2 atau 3 baris di sini
apa yang saya paparkan di margi, hanyalah sebagai panduan umum dan himpunan kertas kerja.
apa pun satu jer, bab talak, nikah cerai ni jangan sekali kali bergurau..

Unknown berkata...

assalamualaikum..
saya ingin bertanya, kakak ipar saya bergaduh dengan abang saya dan meminta abang saya untuk menceraikannya dengan talak 10,
dalam keadaan marah abang saya telah melafazkan akan menceraikan kakak ipar saya dengan talak 3jika dia keluar rumah, kemudian abang saya menyesal dan menarik balik kata2nya tanpa pengetahuan kakak ipar saya..selepas setengah jam kakak ipar saya keluar ke rumah ibu bapanya..adakah jatuh talak 3 antara mereka..abang saya sekarang akan merujuk perkara ni di pejabat agama..saya risau terkenangkan anak sedara saya seramai 3 orang akan menjadi mangsa.....

abu muhammad walid ilias berkata...

waalaikumussalam...
tq sheela she atas kunjungan. ingin saya katakan sekali lagi bahawa bab nikah,cerai dan rujuk merupakan suatu perkara besar.melibatkan rumahtangga dan zuriat keturunan. so oleh kerana ianya perkara besar, saya tak berani nak menjawabnya di blog. tambah pula isu sebegini memerlukan perincian dan pengesahan..kalau ke pejabat qadhi atau mahkamah, pihak mahkamahh akan memanggil kedua-dua belah pihak dan akan ditanya persoalan yang bersangkutan. so kalau setakat di blog ni, saya rasa saya tak mampu jawabnya
cuma harus difahami bahawa lafaz talak dan cerai bukanlah lafaz yang dibuat gurauan atau lakonan. sebab dikhuatiri ianya betul betul berlaku, kesannya pada anak anak cukup besar.
minta shela she rujuk pada pihak yang berautoriti

Unknown berkata...

Apakah jatuh nye talak sekira nya suami melafaz kn cerai di dpn mak suami hanya satu kali sahaja...tp sbenar nye tiada niat pun utk buat demikian...dan masa tu sy tidak sedar ape yg sy lafaz kn...adakah jatuh talak tu dan mcm mane sy nk rujuk blk sbb msh syg kn bekas isteri sy itu...

abu muhammad walid ilias berkata...

Buat mr farid
apa yg ambi faham daripada soalan mr farid ada 4 titik penting
1) suami lafaz talak depan ibunya sekali lafaz
2) dalam keadaan tanpa niat berbuat demikian
3) tidak sedar apa yg dilafazkan
4) camana nak rujuk..

ingin ambo ulang bahawa perkara talak dan cerai merupakan perkara yang cukup besar. kesannya melibatkan banyak pihak iaitu suami, ister, dan anak atau keturunan. justeru itu, ambo tidak mahu menjawab soalan sebegini secara direct. seeloknya pergilah ke mahkamah syariah atau pejabat qadhi utk kepastian lebih lanjut.

namun secara umumnya untuk no 1 dan 2, ingin ambo katakan bahawa lafaz cerai secara jelas. contohnya suami melafazkan perkataan SAYA CERAIKAN AWAK, SAYA CERAIKAN ISTERI SAYA,lafaz2 sebegini tidak memerlukan niat si suami. kenapa? kerana lafaz cerai ada dua bahagian. pertama lafaz secara jelas dan kedua lafaz secara kiasan. so kalau lafaz cerai secara jelas, zahirnya jatuh talak.cuma perlu ke mahkamah syariah atau pejabat qadi utk kepastian sebab qadhi atau hakim akan tanya macam2 lagi. secara zahirnya gitulah, lafaz cerai secara jelas oleh suami menyebabkan jatuh talak.

3...suami tidak sedar apa yang dilafazkan. tak sedar di sini boleh membawa pelbagai maksud. mabuk, gila, dalam keadaan mamai baru bangun tidur atau apa sahaja keadaan tak sedar. so benda sebegini kalau ke mahkamah syariah akan ditanya, disoalsiasat macam2 utk kepastian.

4. soal rujuk. kalau confirm jatuh talak dan nak rujuk balik. semuanya dilakukan di pejabat qadi atau mahkamah.

secara umumnya, jangan sesekali bergurau dengan lafaz talak. benda sebegini bukan boleh dibuat gurauan atau main2. cuma dalam dunia sekarang, kesemuanya memerlukan kepastian, pembuktian etc. kesemua prosedur ini hanya dapat dilakukan secara khususnya oleh pihak berautoriti.

Rozaiman berkata...

Assalamualaikum saya nak bertanya sya telah melafazkan isteri sya dengan lafaz "ceraikan talak 3" tanpa niat sbb tgh mara dan tiada saksi masa tu adakah jatuh talak itu?

Rozaiman berkata...

Suami saya telah melafazkan "ceraikan talak 3" adakah jatuh talak dengan tanpa niat

abu muhammad walid ilias berkata...

Seeloknya sila rujuk ke pejabat qadhi atau mahkamah syariah utk kepastian.
Talak bukan benda gurauan atau main2

abu muhammad walid ilias berkata...

Seeloknya kena rujuk ke mahkamah syariah atau pejabat qadhi utk kepastian.
Yg pasti talak bukan mainan atau gurauan

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin bertanya sekira cerai talak 1 dengan lafaz aku cerai kau talak 1 dan kembali dalam masa iddah dan bercerai pulak dengan lafaz aku cerai kau dengan talak 2...ADAKAH IA DIKIRA JATUH TALAK 3..?

Tanpa Nama berkata...

cerai talak 3 ade tempoh eddah ke?

Unknown berkata...

Salam. Sy nk bertny, perkara ini berlaku pada anak beranak sy . Si A ni bercerai dgn bini dia dgn talak 3. Kemudian bekas bini dia kawin ngan laki B dan ke esokkn bercerai. Kemudian bekas bini ni berkawin blk dgn si A ni di siam n bl blk di malaysia tak maklumkn pd pjbt agama. Minggu lps si A dan bekas isteri dia bercerai blk. Dan hari dgr berita yg si A dan bekas isteri dia berkhawin blk. Adakah sah perkhawinan tersebut. Maaf klu tak fhm. Dlm erti lain selepas talak 3 tu, 2 kali plk si A ni kawin

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum saya nak bertanya

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum saya nak bertanya sya telah melafazkan talak3

Aziz berkata...

Sy ceraikan isteri sy talak 1 dengan terang dan jelas...kemudian saya memberitahu bapa mentua sy,sy dah ceraikan isteri sy..sy ulang sebanyak 2 kali...soalan sy,adakah pemberitahuan kepada bapa mentua sy itu dikira juga sebagai talak

Aziz berkata...

Sy ceraikan isteri sy talak 1 dengan terang dan jelas...kemudian saya memberitahu bapa mentua sy,sy dah ceraikan isteri sy..sy ulang sebanyak 2 kali...soalan sy,adakah pemberitahuan kepada bapa mentua sy itu dikira juga sebagai talak

Aziz berkata...

Sy ceraikan isteri sy talak 1 dengan terang dan jelas...kemudian saya memberitahu bapa mentua sy,sy dah ceraikan isteri sy..sy ulang sebanyak 2 kali...soalan sy,adakah pemberitahuan kepada bapa mentua sy itu dikira juga sebagai talak

Aziz berkata...

Sy ceraikan isteri sy talak 1 dengan terang dan jelas...kemudian saya memberitahu bapa mentua sy,sy dah ceraikan isteri sy..sy ulang sebanyak 2 kali...soalan sy,adakah pemberitahuan kepada bapa mentua sy itu dikira juga sebagai talak

Aziz berkata...

Sy ceraikan isteri sy talak 1 dengan terang dan jelas...kemudian saya memberitahu bapa mentua sy,sy dah ceraikan isteri sy..sy ulang sebanyak 2 kali...soalan sy,adakah pemberitahuan kepada bapa mentua sy itu dikira juga sebagai talak

Unknown berkata...

Sy telah cerai kan isteri sy 2 kali,dan mentua sy cakap perlu nikah balik kalau mahu rujuk

abu muhammad walid ilias berkata...


tq semua atas kunjungan. ingin saya katakan sekali lagi bahawa bab nikah,cerai dan rujuk merupakan suatu perkara besar.melibatkan rumahtangga dan zuriat keturunan. so oleh kerana ianya perkara besar, saya tak berani nak menjawabnya di blog. tambahan pula isu sebegini memerlukan perincian dan pengesahan..kalau ke pejabat qadhi atau mahkamah, pihak mahkamahh akan memanggil kedua-dua belah pihak dan akan ditanya persoalan yang bersangkutan. so kalau setakat di blog ni, saya rasa saya tak mampu jawabnya

cuma harus difahami bahawa lafaz talak dan cerai bukanlah lafaz yang dibuat gurauan atau lakonan. sebab dikhuatiri ianya betul betul berlaku, kesannya pada anak anak cukup besar.

minta rujuk kepada pihak yang berautoriti