3.2
PERBEZAAN PEMEROLEHAN DAN PEMBELAJARAN
Proses
pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa dari segi istilah yang digunakan.
Bagi kanak-kanak yang mempelajari bahasa pertama, istilah pemerolehan
digunakan. Manakala bagi bahasa kedua pula istilah yang digunapakai ialah
pemerolehan. Perbezaan tersebut ialah dari segi:
3.2.1 Tahap Kecepatan
Proses
pemerolehan bahasa pertama berlaku secara beransur-ansur. Kanak-kanak akan
beransur-ansur mengeluarkan bunyi. Seterusnya unit-unit bunyi tersebut akan
dicantumkan untuk membentuk perkataan. Perkataan tersebut kemudiannya akan
dicantumkan untuk menjadi ungkapan atau ayat. Proses ini berlaku secara
perlahan dan lama kelamaan kanak-kanak akan mahir dengan sendiri.
Proses pembelajaran pula tidak berlaku secara
beransur-ansur. Ia merupakan suatu proses mekanis yang menghasilkan lakuan
bahasa yang baru. Lakuan ini akan diperkasakan dengan pelbagai teknik peneguhan
bagi menatijahkan tabiat bahasa yang baru[1]
3.2.2 Kemahiran Bahasa
Dalam
proses pemerolehan, beberapa aspek bahasa dapat dilatih dan dikuasai sekaligus.
Peraturan dan rumus bahasa yang pelbagai itu dapat dikuasai dengan serentak
seperti menguasai bunyi, perkataan, imbuhan, makna dan penggunaannya dalam ayat
secara sekaligus.
Ini berbeza dengan pengajaran bahasa kedua yang bermula
dengan kemahiran lisan. Proses pengajaran bermula dengan kemahiran mendengar,
kemudian bertutus, membaca dan menulis. Proses ini menuntut kanak-kanak
menyebut sesuatu kata terlebih dahulu sebelum mereka diajar dan didedahkan
dengan tulisan. Cara ini akan menatijahkan pengajaran bahasa kedua yang mantap
dan berkesan[2]
3.2.3 Belajar Penggunaan Bahasa
Kanak-kanak
berlajar bahasa untuk mengunakannya. Mereka tidak belajar tatabahasa dan
pelbagai rumus bahasa. Ringkasnya mereka tidak diberitahu kesalahan sesuatu
ayat sebaliknya mereka hanya diberitahu samada ayat itu betul atau salah
Dalam pembelajaran bahasa kedua, pelajar akan belajar secara
analogi dan ini membolehkan mereka menerima pelajaran dengan cara melihat
persamaan dan kaitan di antara bentuk-bentuk yang diajar. Mereka akan belajar
pola-pola bahasa secara latih tubi. Sementara analogi pula digunapakai untuk
menguasai struktur bahasa tanpa diber penekanan dan penjelasan tentang konsep
tatabahasa.[3]
3.2.4 Penggunaan Bahasa
Dalam
proses pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak belajar menggunakan bahasa
melalui pemerhatian atau pendengaran dan kemudiannya menggunakan unsur yang
sama dalam keadaan yang serupa bagi memberikan maknanya. Walaupun tidak
memahami sistem tatabahasa, tetapi mereka amat mengetahui hubungan antara perkataan
dalam ayat dan hubungan antara satu ayat dengan ayat lain. Mereka menggunakan
sesuatu perkataan dalam konteks makna, bukannya dalam konteks tatabahasa.
Manakala dalam proses pembelajaran, makna dipelajari dalam
konteks yang dapat menerangkan makna itu sendiri. Makna perkataan diajar dalam
konteks agama, adat dan adab, dan budaya.
3.2.5 Tabiat Kebiasaan Mempelajari
Bahasa
Dalam
proses pemerolehan, kanak-kanak akan belajar bertutur menurut kebiasaan
individu atau kelompok penutur tertentu. Biasanya penutur individu atau
kelompok penutur ini mempunyai tabiat bertutur yang tersendiri dan kanak-kanak
yang berada dalam keadaan ini tidak perlu dihalang untuk mengembangkan
kebolehan berbahasa mereka dengan cara yang tersendiri.
Keadaan ini cukup berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua
kerana ianya dilangsungkan secara formal dan secara berguru.[4]
3.2.6 Prosedur Pembelajaran
Pemerolehan
bahasa berlaku secara tidak formal. Kanak-kanak tidak perlu berguru dan
menjejakkan kaki ke institusi pengajian semata-mata untuk bertutur dalam bahasa
pertama mereka.
Sementara dalam proses pembelajaran, seseorang perlu berguru
secara formal dan belajar di institusi atau pusat-pusat bahasa untuk
mempelajari bahasa kedua[5]
3.2.7 Kebebasan Memilih
Dalam
proses pemerolehan, kanak-kanak tidak mempunyai pilihan. Jika mereka berbangsa
melayu dan dibesarkan dalam kalangan penutur bahasa melayu, semestinya bahasa
melayulah yang akan diperolehi mereka. Kebolehan ini berlaku secara tidak
formal dan semulajadi dan tiada kanak-kanak yang terkecuali daripada menguasai
bahasa pertama mereka.
Berbeza dengan proses pembelajaran, seseorang pelajar
mempunyai pilihan untuk mempelajari bahasa kedua. Mereka boleh memilih bahasa
mana yang ingin dipelajari mengikut minat dan sebagainya.[6]
3.2.8
Motivasi
Motivasi
kanak-kanak dalam pemerolehan bahasa agak tinggi kerana mereka perlu berbahasa
untuk hidup dalam masyarakat mereka.
Sementara dalam proses pembelajaran biasanya semangat dan
keinginan mereka tidak sekuat kanak-kanak dalam proses pemerolehan.[7]
3.2.9
Matlamat
Kanak-kanak
dalam proses pemerolehan belajar untuk berinteraksi dalam masyarakat sementara
pembelajaran bahasa kedua biasanya ditentukan oleh manfaat yang bakal diperoleh
seperti kerjaya, ekonomi, ilmu pengetahuan dan sebagainya[8]
[1] http://robonazainol.blogspot.com/, http://retibasa.blogspot.com/2010/08/cara-pemerolehan-bahasa-kedua_11.html
[2] Ahmad Syeikh Abdul Salam, Muqaddimah
Fi Ilm al-Lughah al-Tatbiqiy, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala
Lumpur, hlm.46
[3] http://robonazainol.blogspot.com/, http://retibasa.blogspot.com/2010/08/cara-pemerolehan-bahasa-kedua_11.html
[5] Ahmad Syeikh Abdul Salam, Muqaddimah
Fi Ilm al-Lughah al-Tatbiqiy, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala
Lumpur, hlm.45
[7] Ahmad Syeikh Abdul Salam, Muqaddimah
Fi Ilm al-Lughah al-Tatbiqiy, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala
Lumpur, hlm.45
[8] Ahmad Syeikh Abdul Salam, Muqaddimah
Fi Ilm al-Lughah al-Tatbiqiy, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala
Lumpur, hlm.44-45, http://retibasa.blogspot.com/2010/08/cara-pemerolehan-bahasa-kedua_11.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan