BAB 1
PENGENALAN
Al-Quran merupakan sumber rujukan yang tertinggi dalam
Islam. Bermula dengan turunnya surah al-Alaq sehinggalah ayat yang terakhir,
al-Quran sentiasa dipelajari, dihafal dan dipelihara oleh umat Islam.
Tulisan ini akan membicarakan persoalan adakah tulisan Resm
Uthmani merupakan sesuatu yang tauqifi
atau tidak. Selain itu penulis akan mengemukakan dalil dan hujah para ulama
dalam masalah berkenaan.
Ilmu berkenaan resm al-Quran boleh dibahagikan kepada 2
iaitu resm al-Qiyasi dan Resm Istilahiy.
1.1 Tauqifi
Dari segi bahasa, tauqifi bermaksud berhenti di atas sesuatu tajuk.[1]
Sementara dari segi istilah Tauqifi
ialah segala yang diterima oleh Rasulullah SAW berupa wahyu dan baginda
menjelaskan kepada sahabat dengan kata-katanya sendiri[2]
1.2
Resm al-Qiyasiy / Imla’iy
Resm al-Qiyasi ialah membentuk atau menggambarkan
satu perkataan dengan huruf ejaannya, dengan mengambil kira cara untuk
memulakan dan berhenti pada perkataan tersebut. Ia juga ditakrifkan sebagai
membentuk atau menggambarkan satu perktaan berpandukan huruf-huruf ejaannya
supaya ada kesesuaian di antara tulisan perkataan tersebut dengan sebutannya.
Resm ini juga dinamakan sebagai Resm
Imla’i iaitu penulisan yang berpandukan kepada huruf-huruf ejaannya.
Justeru itu, cara penulisannya tidak dikaitkan dengan ziyadah, hadhaf,
ibdal dan sebagainya.[3]
Kaedah penulisan Qiyasi
atau Imla’I tidak pernah diajarkan
oleh Rasulullah SAW untuk menulis al-Quran dan ia tidak pernah digunakan oleh
sahabat untuk menulis al-Quran pada zaman tersebut. Ia hanya digunakan untuk
menulis perkataan-perkataan arab sahaja. Ringkasnya penulisan al-Quran dengan
menggunakan kaedah Qiyasi hanya
berlaku selepas zaman sahabat untuk memberi kemudahan kepada orang ramai
membaca al-Quran.
1.3
Resm Uthmani / Istilahiy / Tawqifiy
Resm
Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui
oleh Saidina Uthman untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya.[4] Ia
juga dinamakan Resm Istilahiy kerana
dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis
mashaf-mashaf dengan menggunakan resm tersebut.[5] Selain
itu, resm ini juga dinamanakan Resm
Tauqifi kerana kebanyakan ulama berpendapat bahawa resm tersebut merupakan
kaedah yang diajar oleh rasulullah SAW dan bagindalah yang memerintahkan supaya
ia digunakan untuk menulis al-Quran pada ketika itu.[6]
1.4 Perbezaan Resm Uthmani & Resm Qiyasi
Terdapat banyak perbezaan di antara Resm Utmani dan
selainnya. Walaubagaimanapun kertas ini hanya akan mengutarakan 2 perbezaan
yang besar iaitu dari segi bertepatan dengan pembentangan terakhir dan
masalah tujuh huruf
1.4.1
Bertepatan Dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir
Terdapat
banyak perbezaan di antara Resm Uthmani dan Qiyasi. Di antaranya ialah Resm
uthmani bertepatan dengan pembentangan bacaan al-Quran terakhir Rasulullah SAW
bersama Jibril. Zaid bin Thabit, seorang sahabat yang sangat rapat
dengannya turut berada bersamanya. Zaid bin Thabit diberi tanggungjawab untuk
menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua khalifah iaitu Saidina Abu Bakar dan
Saidina Uthman berdasarkan kepada pembentangan tersebut[7]
1.4.2
Meliputi Tujuh Huruf
Perbezaan
seterusnya ialah faktor tujuh huruf.
Resm Uthmani ditulis dengan tujuh huruf
yang menjadikannya bertepatan dengan wajah qiraat yang telah diajar oleh
Rasulullah SAW kepada para sahabatnya. Terdapat banyak hadis yang menerangkan
bahawa al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf.
Di antaranya sabda Rasulullah SAW:
حدثنا سعيد بن عفير قال حدثني عقيل عن
ابن شهاب حدثني عبيدالله بن عبدالله أن ابن عباس رضي الله عنهما حدثه أن رسول الله
صلى الله عليه وسلم قال: أقرأني جبريل على حرف فراجعته فلم أزل أستزيده ويزيدني
حتى انتهى عبدالله أن ابن عباس رضي الله عنهما حدثه أن رسول الله صلى الله عليه
وسلم قال: أقرأني جبريل على حرف فراجعته فلم أزل أستزيده ويزيدني حتى انتهى
عبدالله أن ابن عباس رضي الله عنهما حدثه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
أقرأني جبريل على حرف فراجعته فلم أزل أستزيده ويزيدني حتى انتهى إلى سبعة أحرف
(Telah
menceritakan kepada kami Said bin cUfayr, dia telah berkata, telah menceritakan
kepadaku cUqayl bin Ibn Shihab, telah menceritakan kepadaku cUbayd
Allah bin Abd Allah, bahawa Ibn Abbas r.a telah menceritakan bahawa Rasulullah
SAW telah bersabda: Jibril as telah mengajarkan kepadaku satu huruf, maka aku sentiasa mengulanginya
dan aku juga sentiasa memintanya supaya ditambahkan, dan akhirnya dia
menambahkan kepadaku sehingga selesai tujuh huruf)[8]
Dalam hadis lain yang diceritakan oleh Ubay bin Kaab
katanya:
لقي رسول الله صلى الله عليه وسلم
جبريل فقال: يا جبريل إني بعثت إلى أمة أميين منهم العجوز والشيخ الكبير والغلام
والجارية والرجل الذي لم يقرأ كتابا قط قال يا محمد إن القران أنزل على سبعة أحرف
(Rasulullah
SAW telah bertemu dengan Jibril dan baginda berkata: Sesungguhnya aku telah
diutuskan kepada satu umat yang buta huruf dan dikalangan mereka ada orang tua
yang lemah, uzur, kanak-kanak, hamba dan orang-orang yang tidak boleh membaca satu cara bacaan semata-mata”, Jawab
Jibril”Wahai Muhammad, sesungguhnya al-Quran diturunkan dengan tujuh huruf”.
Para ulama berbeza pendapat dalam menjelaskan maksud tujuh
huruf. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama’ adalah
sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Fakh al-Din al-Razi bahawa tujuh huruf
itu adalah merangkumi perselisihan nama-nama samada ia
1) mufrad, muthanna atau jamak dan
samada mudhakkar atau muannath,
2) perselisihan pada cara icrab,
3) perselisihan pada cara tasrif,
4) perselisihan samada mendahulukan
atau mengakhirkan suatu kalimah,
5) perselisihan dari segi ibdal (tukar) samada pada huruf atau
kalimah,
6) perselishan dari segi menambah atau
mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan
7) perselisihan pada lahjah samada tebal atau nipis, imalah, tashil, ishmam dan sebagainya.
Pendapat ini dipersetujui oleh kebanyakan ulama seperti Ibn
Qutaybah, al-Qadi Abu al-Tayyib dan lain-lain.[9]
Sekiranya resm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan
Al-Quran pasti mushaf yang dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad dan sesuai digunakan
untuk membaca qiraat mutawatirah tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat-qiraat
mutawatirah yang lain.[10]
[2] Mannac Qattan, Mabahith
Fi cUlum al-Quran, Maktabat al-Macarif Li al-Nashr Wa
al-Tawzic, Riyad, hlm.27
[3]
Abd Rahman Abd Ghani, Pelengkap Pembacaan al-Quran, Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, hlm63
[4]
Al-Zarqaniy, Muhammad Abd al-cAzim, Manahil al-cIrfan
Fi cUlum al-Quran, Dar al-Kitab al-cArabiy,
Jil.1, Beirut, hlm.369
[5]
Abd Rahman Abd Ghani, Pelengkap Pembacaan al-Quran, Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, hlm63-64
[6] Al-Zarqaniy, Muhammad Abd al-cAzim,
Manahil al-cIrfan Fi cUlum al-Quran, Dar al-Kitab
al-cArabiy, Jil.1, Beirut,
hlm.377 Ghanim Qarruriy al-Hamad, Rasm al-Mushaf Dirasat Lughawiyyat Tarikhiyyat,
al-Lajnah al-Wataniyyah Li al-Ihtifal Bi Matlac al-Qarn al-Khamis cAshar
al-Hijr, al-Jumhuriyyah al-cIraqiyyah, hlm.
[8]Abd
al-Fattah Ismail Shalabiy, Rasm al-Mushaf al-cUthmaniy Wa Awham
al-Mustashriqin Fi Qiraat al-Quran al-Karim Dawaficuha Wa Dafcuha,
Maktabat Wahbah, Kaherah, hlm67, Abd Rahman Abd Ghani, Pelengkap Pembacaan
al-Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, hlm72
[9]Mannac Qattan, Mabahith
Fi cUlum al-Quran, Maktabat al-Macarif Li al-Nashr Wa
al-Tawzic, Riyad, hlm. Abd
Rahman Abd Ghani, Pelengkap Pembacaan al-Quran, Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia, Kuala Lumpur, hlm73
[10] http://www.scribd.com/doc/17516972/Rasm-Uthmani, http://www.scribd.com/doc/19207054/Penulisan-Rasm-Uthmani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan