2.2
HUBUNGKAIT TEORI DENGAN CARA PENGUASAAN BAHASA ARAB
2.2.1
Pengulangan
Untuk
memperoleh kemahiran bahasa, pengulangan dan latih-tubi perlu dijalankan secara
kerap sehingga kemahiran bahasa menjadi sebagai satu kebiasaan.[1]
Guru boleh memperkenalkan perkataan tertentu dan meminta murid-murid
mengulanginya sehinga hadam contohnya ucapan selamat pagi, selamat malam dan
sebagainya di dalam bahasa arab. Kemudian perkataan atau frasa ini boleh
digunakan setiap kali guru bersua dengan murid. Lama-kelamaan proses ini akan
menjadi suatu kebiasaan.
2.2.2
Mewujudkan Persekitaran
Aliran
behaviourisme menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa
daripada fenomena mental.[2]Justeru
itu guru boleh membentuk persekitaran yang dapat membantu murid-murid menguasai
bahasa arab. Ini boleh dilaksanakan dengan penggunaan bahasa arab yang optimum
semasa proses P&P berjalan. Guru juga boleh menjadi model kepada
murid-murid. Selain itu, guru juga boleh mewujudkan sudut bahasa arab atau pun
membawa murid-murid belajar di dalam bilik khas seperti bilik j-QAF yang mana
bilik ini dipenuhi dengan poster, gambar, kamus dinding dan sebagainya.
Tuntasnya, guru mestilah menyediakan persekitaran yang menarik minat
murid-murid untuk belajar bahasa arab
2.2.3
Penekanan Kemahiran Lisan
Teori
ini amat mementingkan aspek lisan seperti percakapan atau pertuturan kerana
bagi mereka bahasa ialah alat untuk berkomunikasi. Justeru itu, guru hendaklah
memulakan pengajaran dengan penumpuan kepada kemahiran mendengar dan bertutur.
Selepas 2 atau 3 kali sesi pengajaran, barulah kemahiran menulis dan membaca
akan diajar.
2.2.4
Peneguhan
Guru
juga mestilah memberi peneguhan atau hukuman kepada murid-muridnya. Peneguhan
ini dapat dilakukan dengan memberi ganjaran kepada seseorang pelajar apabila
mereka memberikan gerak balas yang betul seperti pujian, keistimewaan,
pengiktirafan dan sebagainya. Ia dapat membentuk tindak balas yang dikehendaki
dan yang lebih penting dapat mewujudkan pengulangan. Apabila pengulangan dapat
diwujudkan, proses pembelajaran akan berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan