Isnin, 22 April 2013

kaitan kognitif dengan BA



2.4 HUBUNGKAIT TEORI KOGNITIF DENGAN BAHASA ARAB

2.4.1 Pengalaman Lepas
Guru mestilah merancang dan menyusun isi pelajaran dengan mengambil kira pengalaman lepas murid seperti pengetahuan dan pengalaman sedia ada, kaitan dengan pelajaran lepas dan sebagainya. Contohnya murid-murid yang pernah belajar di prasekolah dan murid yang tidak pernah berada di kelas prasekolah pastinya mempunyai tahap pengalaman yang berbeza untuk melalui zaman sekolah rendah. Justeru pendekatan guru untuk menghadapi 2 golongan ini pastinya berbeza

2.4.2 Try and error
Guru mestilah bersabar dan memberi peluang kepada murid untuk cuba menjawab soalan sehingga berjaya. Galakan dan perangsang mestilah berterusan di samping bimbingan supaya murid dapat membina tahap kecekapan mereka.

2.4.3 Tahap Kemampuan Mental Berubah
Guru mestilah merancang dan menyusun isi pelajaran mengikut perubahan peringkat perkembangan mental kanak-kanak. Contohnya isi dan teknik pengajaran bagi kanak-yang yang berada di peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) mestilah berbeza dengan murid-murid yang berada di peringkat operasi formal (11 tahun ke atas).

Tiada ulasan: