2.6 HUBUNGKAIT TEORI MENTALIS DENGAN
BAHASA ARAB
2.6.1 Sistematik
Dalam
pengajaran bahasa arab, guru akan melakukan perancangan yang sistematik diikuti
dengan pemeringkatan kemahiran secara terancang. Kemahiran membaca melibatkan
suku kata akan diajar di peringkat awal. Kemahiran ini akan dipertingkatkan
sehingga murid dapat membaca ayat lengkap. Ringkasnya aplikasi kognitif dalam
pengajaran memerlukan guru melakukan perancangan rapi dan sistematik
2.6.2
Kendiri
Guru
perlu memberi penekanan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak
mengikut tahap kendiri mereka. Justeru itu, guru perlu memeringkatkan isi dan
kemahiran mengikut kadar kematangan murid-murid. Selain itu, guru juga dapat
mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid dan memberi penekanan kepada
pembelajaran kendiri di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau
kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.
2.6.3
Berpusatkan Murid
Guru perlu melaksanakan proses pengajaran berpusatkan murid. Ianya
bermaksud murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan
penggunaan bahan-bahan pembelajaran. Setiap murid seharusnya dapat menguasai
bahasa dengan baik kerana mereka sudah pun dikurniakan dengan LAD. Selain itu,
guru juga perlu memberi perangsang dan motivasi kepada murid untuk membetulkan
kesilapan yang dilakukan berdasarkan pengetahuan yang dipelajarinya. Teknik ini
amat sesuai untuk pembelajaran bahasa dan mengembangkan tahap pemikiran murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan