Isnin, 22 April 2013

hubungan bahasa pertama dan kedua



BAB III
HUBUNGAN BAHASA PERTAMA DAN KEDUA
3.1 Pengaruh Bahasa Pertama Terhadap Bahasa Kedua
Bahasa pertama memainkan peranan besar terhadap pembelajaran bahasa kedua sebagai bahasa perantara. Ia dapat memberikan kesan positif atau negatif dalam proses pembelajaran.
Terdapat pelbagai teknik pembelajaran bahasa kedua. Di antaranya ialah teknik terjemahan, komunikasi, kaedah terus, induktif dan sebagainya. Kesemua teknik ini memerlukan bahasa perantara yang dapat menterjemahkan perkataan bahasa kedua ke dalam bahasa ibunda.[1]
Walaubagaimanapun peranan bahasa ibunda sebagai perantara ini bergantung kepada tujuan seseorang pelajar mempelajari bahasa kedua. Jika seseorang belajar bahasa arab untuk memahami maksud kandungan al-Quran dan Hadis, maka teknik terjemahan  sesuai digunakan. Dalam proses ini, guru akan memberi makna setiap perkataan dan makna umum. Tegasnya bahasa ibunda memainkan peranan yang berkesan kerana tujuan pembelajaran ialah memahami maksud Quran dan hadis.[2]
Namun jika belajar untuk berkomunikasi, teknik terjemahan tidak begitu sesuai. Apabila guru kerap menterjemahkan setiap perkataan, dikhuatiri pelajar akan terikat dengan susunan dan laras bahasa ibunda serta memindahkannya ke dalam bahasa kedua. Ini menyukarkannya untuk menguasai bahasa kedua dengan betul.
Kesimpulannya bahasa pertama memberi kesan yang besar dalam proses pembelajaran bahasa kedua samada kesan positif atau negatif bergantung kepada tujuan pembelajaran dan teknik yang digunakan


[1]Ahmad Syeikh Abdul Salam, Muqaddimah Fi Ilm al-Lughah al-Tatbiqiy, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur, hlm.55, www.ukm.my/uba/sebar2012/.../4.Ali.pdf

[2] Ibid, ehlt.flinders.edu.au/education/iej/articles/v1n1/bhela/bhela.pdf
www.sdkrashen.com/SL_Acquisition_and_Learning/064.html

Tiada ulasan: