Isnin, 22 April 2013

Resm uthmani tauqifi? (mazhab ke2 dan ke3)




3.2 Mazhab Kedua
Mazhab kedua pula berpendapat bahawa Resm Uthmani bukanlah tauqifi. Justeru itu tidak menjadi suatu kesalahan jika kita mengubah teknik penulisan al-Quran berdasarkan teknik penulisan terkini. Pendapat ini didokong oleh Abu Bakar al-Baqilaniy, Ibn Khaldun dan selainnya

3.3 Mazhab Ketiga
Mazhab ketiga pula berpendapat bahawa harus kita menulis al-Quran menggunakan teknik penulisan terkini untuk orang awam. Walau bagaimanapun untuk para ulama dan ahli ilmu mestilah mengikut Resm Uthmani untuk menjaga dan mengekalkannya. Ia merupakan suatu khazanah peninggalan ilmu yang mesti dipelihara dan dijaga oleh generasi mendatang. Pendapat ini merupakan pendapat Izz al-Din Abdul Salam dan al-Zarkashiy.[1]

Kesimpulannya ulama berbeza pendapat dalam masalah Resm Uthmani adakah ianya tawqifi atau pun tidak kepada 2 mazhab yang utama. Jumhur mengatakan bahawa ianya bersifat tawqifi dan sebilangan ulama mengatakan sebaliknya. Apa yang berbeza di antara mazhab kedua dan ketiga ialah untuk ulama dan ahli ilmu, hendaklah mengikut Resm Uthmani sementara untuk orang awam, bolehlah digunakan resm selain Uthmani untuk memudahkan mereka membaca al-Quran. Walau bagaimanapun penulisan ini akan menggabungkan mazhab kedua dan ketiga di atas persamaan bahawa Resm Uthmani bukanlah tauqifi




[1] Shacban Muhammad Ismail, Rasm al-Mushaf Wa Dabtuhu, Dar al-Salam Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tauzic, t.tmpt., hlm.63


Tiada ulasan: