PELAJAR KITA MENINGGAL
Sepanjang ambo dok kaherah, ada 3 kes kematian. 2 kes kematian berlaku di pesisir pantai mediteranean melibatkan 2 pelajar dari Selangor. Khabarnya mereka buat rehlah (picnic) ke pesisir pantai. Then mandi laut dan 2 daripadanya lemas. Seorang dimakamkan di kaherah dan seorang lagi pelajar di bawa pulang ke tanahair
Khabarnya ibu bapa jenazah pelajar berkenaan minta juga supaya anaknya dibawa pulang dan dikebumikan di Malaysia. Ambo tak tahu sangat pasal prosedur, tapi senior ada sebut bahawa jenazah biasanya akan dibuang cecair daripada badan seperti darah dan sebagainya. Kemudian organ dalaman juga akan dikeluarkan. Entah betul ker tak, ambo tak pasti. Seorang lagi pelajar dikebumikan di tanah perkuburan Malaysia di kaherah. Rasanya di Hayyu Asyir (sekarang khabarnya dah ada tapak kubur baru untuk kedutaan Malaysia).
Satu lagi kejadian yang mengejutkan kami ialah kematian seorang pelajar muslimah Kelantan pada Februari 2001. Pelajar berkenaan dah berada di tahun 4 (tahun akhir), sebaya dengan kami. Arwah masa tu ada jawatan dalam persatuan anak Kelantan kat sini (KPKM). Entah entah sekapalterbang. Kalau tak silap arwah berasal dari Bachok. Khabarnya arwah ni masuk ke tandas, dan ada kebocoran paip gas. So bila lama sangat dalam tandas, teman serumah arwah rasa pelik. Selepas beberapa kali ketukan, teman serumah arwah berkejar ke restoran Malaysia kat bangunan sebelah. Teman serumah kepada arwah ni ada abang kandung yang berkerja di situ. So abang beliaulah yang datang dan terpaksa menendang pintu bilik air. Ambo dah lupa cerita yang tepat tapi begitulah seingat ambo. Ambo juga tak pasti samada arwah meninggal di tempat kejadian atau meninggal di hospital kat elDemerdash
Ada juga cerita mulut bahawa masa nak pulang dari bangunan kuliah ke shaqqah, ada urusan yang memerlukan arwah menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Beliau pada mulanya enggan menaiki tangga ke tingkat atas, namun akhirnya beliau naik juga sambil menyebut bahawa beliau naik juga untuk kali terakhir.
Petang tu suasana kesedihan cukup terasa. Kami semuanya terkejut dengan pemergian arwah. Ambo ingat lagi masa berjalan kaki untuk pulang dari RKB Baramica street ke Bikar2000 tu terlintas juga dalam hati camana agaknya kalau ambo yang berada di tempat arwah. Dah la keseorangan tanpa keluarga hampir 4 tahun dan dipanggil mengadapNYA.
Malam tu kami dok tunggu juga kalau pihak persatuan (KPKM atau PMRAM) ada buat pengumuman untuk solat jenazah. Tunggu punya tunggu ambo tertidur. Ringkasnya ambo terlepas solat jenazah. Kalau ikutkan hati nak ke kubur, nak tengok kubur mesir camana namun tak kesampaian.
Kematian arwah mendapat liputan meluas dalam akhbar Malaysia. Kalau tak silap, berita harian online ada memuatkan berita bersekali dengan gambar arwah. Itulah kali pertama dan terakhir ambo kenal arwah. Teman2 kami di tanahair juga bertanya melalui emel atau MIRC kenal ke tak arwah tu. Kami jawab kami tak kenal, mmg dok sini tak kenal akhawat, tapi kematiannya cukup dirasai. Menter Besar Kelantan masa itu, TGNA juga melawat keluarga arwah di Kelantan. Ada beberapa gambar lawatan TGNA yang dimuatkan dalam akhbar dalam talian.
Kalau kat Malaysia, kita ada kubur dengan liang lahad di tengah atau sebelah tepi kubur. Liang sebelah tepi kemudiannya akan ditutup dengan papan dan dikambus dengan tanah. Sementara ada sesetengah tempat membuat lliang lahad kat tengah kubur, mereka akan menutup liang lahad tu dengan papan long atau keranda kat tengah tu. Begitulah keadaan kubur di Malaysia.
Selama ini ambo ingatkan kubur kat mesir sama seperti Malaysia. Ternyata sangkaan ambo cukup meleset. Kat sini ada lot kubur untuk dijual oleh pemaju. Ambo tak pasti nilai sebuah lot kubur pada masa tu dan saiz keluasannya. Warga mesir akan membeli tanah lot kubur tu untuk dijadikan kompleks makam keluarga atau kabilah mereka.
Tapak atau kompleks makam itu akan dilingkungi oleh tembok dinding yang tinggi. Ketinggian tembok tu dah macam dinding rumah kita kat Malaysia. Agaknya dalam 15-20 kaki. Ada satu pintu lengkap dengan jeriji besi. Apabila kita melangkah masuk ke dalam kubur tu, kita akan dapati kawasan rata berkonkrit dan ada ruangan untuk turun ke bawah. Ruang tu sentiasa ditutup dan ianya dibuka hanya apabila ada kematian. Kadang tu siap disimen konkrit. Apabila ada kematian, barulah penutup konkrit tu akan dipecahkan.
Apabila kita melangkah ke ruang bawah tu, kita akan dapati ada ruangan (macam bilik) untuk jenazah perempuan dan lelaki. Ruangan (atau bilik) tersebut berlantaikan pasir. Apabila ada jenazah, mereka akan bawa turun jenazah perempuan ke ruangan perempuan dan meletakkannya di atas pasir. Mereka akan menyendal jenazah tu dalam keadaan mengadap kiblat. Begitu juga dengan jenazah lelaki, ada ruang khas untuk jenazah lelaki. Mereka akan meletakan di atas pasir dalam ruangan tu.
Apabila berlalu masa dan ada pertambahan jenazah baru, mereka akan meletakkan jenazah baru di sebelah jenazah lama tu. Mereka akan menyendalnya dengan batu dan sebagainya dalam keadaan mengadap kiblat.
Jika ruangan tu dah penuh, mereka akan menyisihkan mayat lama dan meletakkannya setempat untuk membuat ruangan baru. Kat ruangan baru tu mereka akan letakkan jenazah baru.
Begitulah cerita yang ambo dengar daripada sahabat yang pernah masuk ke kubur warga Malaysia di Kaherah. Mungkin bentuk, saiz atau ruangan kubur tu berbeza antara Mesir dan negara arab yang lain. Apa yang pasti, kubur mesir dan cara simpan jenazah kat sana memang cukup berbeza dengan kita kat Malaysia. Tak sangka kan
Note:
1) Ambo sengaja tak sebut nama jenazah tu. Moga mereka semua dalam ampunan dan rahmat ALLAH
2) Ambo tak sempat masuk ke kubur mesir. Ambo menulis berdasarkan cerita senior tentang kubur mesir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan