TRAM,TRAMCO DAN KERETAPI
TRAM
Selain daripada bas dan teksi, kami juga akan naik tram dan van tramco. Tram ni macam keretapi pendek yang bergerak kat tengah bandar. Biasanya tram hanya ada satu atau dua gerabak. Ada landasan khas untuk tram, bersimpang siur melalui tengah bandar. Ia bergerak perlahan dan menggunakan kuasa elektrik. Ada wayar elektrik kat atas koc. Kalau kita tengok filem hitam putih, kita akan nampak keretapi perlahan kat tengah bandar, itulah tram. Mengikut maklumat lisan, khidmat tram dah bermula di kaherah sejak awal 1900 lagi.
Kami selalu guna tram jika nak ke Hayyu al-Thamin. Tambangnya sama dengan bas iaitu 25sen. Agak perlahan. Kalau sekadar nak menikmati perjalanan terutama pada musim sejuk agak berbaloi. Tapi kalau kita nak kejar masa, nak cepat, memang tak berbaloi nak naik tram.
Ambo pernah naik tram dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Nasr City. Kami berada hampir sejam setengah dalam tram. Ambo dah lupa laluan tram, tapi laluan yang digunakan melalui al-Matoriyya dan Heliopolis. Jikalau kami naik teksi atau bas, masa yang diperlukan hanya setengah jama sahaja. Kawan ambo sampai tertidur dalam tram. Katanya lambat sangat nak sampai ke Nasr City
TRAMCO (Minibus)
Selain tram, ada pengangkutan van yang membawa penumpang. Van tersebut dipanggil tramco (tranco). Entahla camana dan kenapa van sebegitu dipanggil tramco (macam minibus). Perkhdmatan tramco ni akan bergerak membawa penumpang dari segenap ceruk Kaherah ke Ramsis atau Tahrir. Perkhidmatan tramco ni dikendalikan oleh individu atau syarikat persendirian
Ramsis pada awal ambo berada kat sana merupakan perhentian terbesar dalam Kaherah sebelum stesen Aboud beroperasi. Ramsis (kemudian Aboud) boleh diumpamakan dengan Hentian Bas Puduraya atau Hentian Putra kat KL. Dari Ramsis, kita boleh menaiki perkhidmatan darat lain ke muhafazah merata mesir. Ada stesen keretapi, bas, teksi dan tramco kat situ
Penumpang dalam tramco ni sama jer macam bas. Selagi boleh muat, masuk jer. Duduklah kat mana-mana. Apa yang berbeza ialah semua penumpang dapat duduk dan tempoh masa untuk ke Ramsis lebih cepat jika nak bandingkan dengan bas yang akan berhenti di setiap hentian. Kat pintu tramco tu ada seorang pembantu yang melaungkan Ramsisss! Ramsissss! Ramsissss!. Tambang tramco dari Nasr City ke Ramsis 1LE. Walaubagaimanapun tambang tu boleh menjadi 2LE pada waktu awal pagi. Khidmat tramco ni beroperasi 24 jam.
Kadang-kadang masa kita berada dalam tranco, pemandu dan pembantunya selalu pasang lagu atau muzik dengan bunyi yang cukup nyaring. Kita nak bertanya khabar orang sebelah, nak tanya tambang pun tak bergitu dengar. Biasanya lagu jenis rancak akan selalu dikumandangkan sehingga kami selalu sebut lagu trance (merujuk kepada lagu rancak arab)
KERETAPI (Turbin /eltourbiniy)
Ada beberapa jenis keretapi kat Kaherah. Keretapi yang paling canggih ialah keretapi Turbin (elturbiniy) yang bergerak di laluan Kaherah-Iskandariah sejauh lebih 200km. Kelajuan Turbin dapat mencecah sehingga 180km sejam dan kebiasaannya masa yang diambil antara 2 stesen utama Mesir ini ialah 2 jam sahaja (bergantung kepada pelbagai faktor). Turbin diimport dari Peranchis dan beroperasi di Mesir awal 1980an lagi.
Keretapi turbin tidak menggunakan diesel seperti keretapi lain sebaliknya menggunakan kerosin. Kesemua koc Turbin berhawa dingin dan bersih. Cukup berbeza dengan keretapi lain. Ia dicat dengan warna utama bendera Mesir. Bahagian atas gerabak keretapi berwarna merah, bahagian tengah gerabak berwarna putih dan bahagian bawah berwarna hitam. Orang Mesir cukup berbangga dengan Turbin.
Kalau tak silap keretapi turbin akan bergerak 2 kali sehari, pagi dan petang. Kepala keretapi Turbin berbeza dengan keretapi biasa. Masa ambo tinggal di elmarg, shaqqah kami terletak berhampiran landasan keretapi. Apabila Turbin nak lalu, kami akan dengar bunyi hon panjang (landasan keretapi di elmarg dilingkungi pagar tembok). Apabila keretapi tu dah berlalu melepasi kawasan kediaman kami, kami akan dengar bunyi sheww sheww shewww. So kami dapat tahu bahawa keretapi yang melalui tadi ialah keretapi terbaik mesir pada masa tu.
Sayangnya perkhidmatan keretapi turbin terpaksa dihentikan beberapa tahun lepas (rasanya dalam tahun 2013). Mengikut laporan akhbar dalam talian Mesir, hayat Turbin telah mencapai limitnya. Selain itu, kos untuk membeli atau membuat keretapi turbin agak mahal dan tidak berbaloi pada masa itu. Akhbar yang sama juga melaporkan bahawa pada pertengahan tahun 2021, Mesir menerima kepala keretapi baru (Talgo) dari Sepanyol. Khabarnya Talgo akan menggantikan Turbin
Keretapi bawwab
Bawwab secara lateral bermaksud penjaga pintu atau penjaga bangunan. Kami panggil keretapi ni dengan panggilan bawwab kerana ianya murah. Kiranya keretapi paling murah. Kami biasa guna perkataan bawwab merujuk kepada benda atau khidmat paling murah. Kopiah bawwab, jubah bawwab, asalkan murah kami sebut bawwab. Istilah ini orang arab tidak guna, hanya kami yang guna sesama kami.
Ada sesuatu yang aneh dan pelik tentang keretapi bawwab ni. Pelik kerana anda boleh membawa ayam, kambing atau ternakan lain bersama anda. Ternakan tu diletak bersebelahan anda sepanjang perjalanan. Pastinya anda kena bayar tiket bersama dengan tiket ternakan. Cuba bayangkan kita naik keretapi, gerabak atau koc tu penuh dengan penduduk kampung bersama ayam, kambing, biri-biri di sebelah mereka. Bayangkan kalau ternakan tu buang najis. Hmmmm. Ambo tak pernah lalui dan tak pernah dengar pengalaman sebegini di Malaysia
Suasana dalam keretapi pula tak ubah seperti dalam bas. Macam sardin. Anda bayangkan setiap ruangan terdapat manusia. Kalau kita masuk ke dalam koc keretapi, perasan tak ada besi tempat meletak barangan ringan di atas kepala kita. Cuba bayangkan kat besi atas tu, bukannya barang tapi ada orang yang tidur atau duduk kat situ. Orang tu bukannya budak kecil tapi orang lelaki dewasa seperti kita. Dengan kakinya yang kadang tu terjulur ke atas kepala penumpang lain. Begitulah suasana dalam keretapi bawwab ni. Kalau musim panas, bau peluh manusia tu kira biasa
Kat sebelah luar koc tu, ada sebilangan kecil penumpang yang berpaut pada besi. Ada yang duduk di atas atap koc. Ada yang bergantung kat luar bersebelahan koc enjin. Ada ruangan untuk berdiri. Asal ada sahaja ruang, anda akan dapati ada manusia yang berada di situ. Selama ini ambo sangkakan suasana begini hanya wujud dalam filem Hindustan. Rupa-rupanya benda realiti. Ambo tak pasti samada penumpang sebegini tidak mempunyai tiket perjalanan atau ada masalah lain.
Selain daripad keretapi Turbin dan bawwab, ada juga perkhidmatan keretapi lain yang kami guna. Antaranya yang selalu menjadi pilihan pelajar Malaysia ialah keretapi mumayyizah. Keretapi ni lengkap ada penghawa dingin koc dan keadaan dalamannya sama seperti keretapi ekspres wau atau timuran yang beroperasi di pantai timur semenanjung Malaysia. Ia lebih mahal daripada keretapi bawwab namun lebih murah jika dibandingkan dengan Turbin. Boleh dikatakan perkhidmatan keretapi menjadi pilihan kami jika nak keluar ke muhafazah. Selain itu, perkhidmatan keretapi juga agak selamat terutama untuk pelajar akhawat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan