Selasa, 14 Disember 2021

Kenangan Kaherah (28)


 

HANTU (JIN)

Banyak juga cerita pasal hantu (jin) kat sini. Maklumlah bumi Firaun. Bumi yang pernah menyaksikan Firaun bersama ahli-ahli sihir menentang Nabi Musa a.s. Walau pun mungkin kita tidak dapat mengetahui secara tepat lokasi perlawanan antara Nabi Musa dan ahli sihir tersebut, namun bumi inilah yang sinonim dengan Firaun vs Musa. Justeru itu tak peliklah kalau kami selalu jer dengar cerita2 ala Nang Nak atau Hantu Kak Limah kat sini. Cuma kebanyakannya lebih kepada hearsay. Entah benar entah tidak.

 

Ambo secara peribadi pernah 2 kali berdepan dengan pengalaman seram. Kedua-duanya berlaku dalam mimpi. Tak pernah lagi melihat jelmaan, atau mendengar bunyi macam garu dinding ker apa. Hanya dalam mimpi.

 

Pengalaman pertama masa tahun 1998 (ambo tahun 2). Masa tu ambo tinggal di shaqqah Rumah Kelantan Lama (RKL). RKL ni ada 5 bilik, satu dapur besar dengan 2 pintu masuk, 2 tandas dan satu balkoni. Setiap bilik akan dihuni oleh 2 atau 3 orang. Bilik ambo bersebelahan dengan tandas dan pintu masuk ke dapur.

 

Biasa geng2 yang dok RKL ni jenis aktif dalam persatuan. So tiap malam lepas maghrib RKL akan sunyi sepi. Sesetengah daripada kami akan ke Rumah Kelantan Baru (RKB). Biasanya ada aktiviti persatuan macam kuliah maghrib, atau apa apa yang bersangkutan dengan persatuan. Ada juga yang keluar makan atau menghirup udara malam selepas penat membaca seharian. Selalunya waktu lepas maghrib, ambo akan keseorangan kat RKL. Ambo pula kalau musim sejuk ambo akan tidur lepas maghrib. Maghrib jam sekitar 5 petang. Kebiasaannya ambo akan bangun jam 12 tengah malam. Masa ru teman serumah dah mula nak tidur, ambo pula yang bangun.

 

Ada sekali ambo tidur, tak ingat waktunya. Ambo bermimpi bangun dari katil ambo. Ambo berjalan ke luar bilik dan terus ke dapur. Ambo masuk dari pintu dapur bersebelahan tandas dan tiba-tiba ambo bertembung (berdepan) dengan sejenis makhluk. Makhluk tu rendah separas pinggang ambo, kelihatan tua dan mempunyai sepasang mata bersinar berwarna hijau. Dalam mimpi tu ambo dapat lihat makhluk tu dengan jelas lantas terjaga daripada tidur. Terasa meremang bulu roma masa terjaga tu. Ambo terus bangun buka lampu dan terus ke bilik teman yang tidur. Dapat lihat teman serumah yang tidur pun dah rasa sedikit kekuatan. Masa tu kalau tak silap dah hampir jam 1 atau 2 pagi. Rasa macam real jer mimpi sebegitu.

 

Pengalaman kedua ialah ambo tidur di rumah yang sama di bilik yang bersebelahan dengan tandas utama. Ambo tidur keseorangan kat bilik tu, then masa memula nak lena, antara tidur dan jaga, terasa ketakutan yang amat. Rasa meremang bulu tengkok. Ambo terus bangkit bangun dan buka lampu lalu keluar dari bilik tu.

 

Ada cerita sahabat kami diganggu di shaqqah kat Maktabah Nasr. Beliau (sekarang penceramah yang dikenali ramai di youtube) pergi ke Imarah di Maktabah Nasr. Hajat awal beliau nak bermalam di sana. Awal pagi apabila azan subuh dikumandangkan, beliau terus solat dan ingin tidur. Beliau tak tidur semalaman. Jenis burung hantu. Masa tu teman serumah dah mula keluar untuk solat subuh berjemaah di masjid. Biasanya jarak atau selang masa antara azan dan iqamah untuk subuh sekitar 20 atau 30 minit.

 

Apabila kesemua teman serumah beliau keluar ke masjid. Beliau baru jer menarik selimut untuk tidur, beliau nampak seorang lelaki berjubah putih, menutup muka dengan rambut terjuntai hingga ke dagu. Tubuhnya agak lebar hampir sebesar pemeluk manusia biasa. Makhluk ini kelihatan jelas di hujung katilnya. Lalu beliau pejam mata, terus memaksa diri pejam mata. Tak buka mata langsung. Beliau buat demikian hinggalah terdengar tapak kaki teman yang ke masjid tadi pulang. Barulah beliau membuka mata dan melihat makhluk tu dah takder. Lalu beliau terus ambil kasut dan tinggalkan syaqah tu ke syaqah kami

 

Ada satu Imarah kat Hayyu zohor tu khabarnya selalu ternampak kelibat. Kadang tu tetiba jer rasa meremang bulu roma. Kebetulannya ada 3 atau 4 pintu kat situ disewa oleh geng kita pelajar Malaysia. So mereka berpakat nak baca bacaan al-Quran beramai-ramai memohon pada Allah semoga dilindungi daripada perkata yang tak diingini. Ambo tak ingat, samada mereka baca surah Yasin atau al-Baqarah. Ketika mereka sedang membaca al-Quran, tuan rumah yang merupakan pemilik Imarah tu datang mengetuk pintu tanya kamu buat apa? Setelah mereka memberitahu sedang membaca al-Quran, tuan rumah tu beritahu kami bahawa tak perlu baca al-Quran. Penungggu bangunan tu tak suka. Entah la apa yang berlaku selepas tu. Khabarnya pelajar Malaysia satu demi satu tinggalkan Imarah berkenaan (tak menyewa lagi di situ)

 

Teman kami di Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) pernah bercerita, mereka selalu mendengar bunyi tapak kaki macam anak kecil sedang berlari dan berkejaran di tingkat atas. Bila mereka naik ke tingkat atas, takder kelihatan apa pun. ARMA ada 9 atau 10 tingkat. Pada peringkat awal pembukaan semula ARMA selepas bertahun direnovate, barulah ada penghuni. Agaknya apabila sesuatu bilik atau bangunan tu lama tak berpenghuni, ada yang menghuni di situ

 

Cerita di atas hanyalah sebahagian yang kami lalui. Kebanyakannya adalah cerita mulut melainkan pengalaman peribadi ambo sendiri. Apa pun, kita mohon pada Allah moga dilindungi daripada segala bahaya samada daripada gangguan makhluk yang kita nampak atau sebaliknya

 

 

 

Tiada ulasan: