Rabu, 15 Disember 2021

Kenangan kaherah (29)

 

RUQYAH SYARIYYAH

Ambo tak pandai ruqyah ni. Tak pernah belajar secara serius. Apa yang ambo biasa amalkan hanyalah bacaan zikir pagi petang yang diajar oleh Nabi SAW. Itu pun ambo baca masa rajin jer. Ada juga waktu malas dan tak konsisten. Kadang-kadang ambo baca mathurat. Antara zikir pagi petang dan mathurat tu hampir sama. Ada sedikit perbezaan antara 2 tu. Ringkasnya, bacaan sebegitu dianjurkan oleh nabi kita SAW untuk dibaca setiap pagi dan petang.

 

Ada seorang teman kami dari selatan tanahair. Beliau pernah bercerita masa memula nak datang Mesir dulu, beliau pernah belajar amalan kebatinan dari seseorang guru kat Malaysia. Katanya dia ada mengamalkan sejenis ilmu silat batin. Ada bacaan dan amalan tertentu yang dia selalu amalkan. Kesannya dia rasa panas dalam tubuh bila membaca al-Quran terutama surah al-Baqarah. Masa ambo kenal dia, dia dah berada di tahun 3 namun masih ada subjek al-Quran dari tahun 1 yang dia gagal. Setiap kali baca AQ, di akan rasa kepanasan di tubuhnya. Kami selalu berpesan kepada beliau supaya tinggalkan amalan sebegitu. Carilah guru yang mahir untuk membuang amalan sebegitu. Kalau sampai tahap baca AQ tak buleh, seeloknya tinggalkanlah amalan sebegitu

 

Ada juga sahabat dari kalangan kami yang mengamalkan bacaan dari buku2 dengan cara tidak berguru. Belek2 buku jumpa bacaan atau doa tertentu, kononnya baca begini begini akan dapat kelebihan tertentu. Sahabat kami tadi membacanya setiap kali lepas maghrib. Kalau ikut syarat dalam buku tu, kena baca selama 40 malam selepas maghrib. Tak boleh miss walaupun sehari. Kalau miss kena mula dari awal. Sampai malam ke 15 kalau tak silap, beliau nampak kelibat tangan hitam berbulu ingin bersalam dengannya. Hanya nampak setakat lengan. Dia terkejut dan tak teruskan bacaan doa tersebut. Dia dah mula rasa takut, tak tenteram lalu pergi berjumpa dengan senior di kalangan kami yang lebih mahir. Senior tu sebut tinggalkanlah benda sebegitu. Nak belajar apa-apa, carilah guru. Kemudian dahulukanlah mamahami AQ dan hadis Nabi SAW kerana itulah yang mendapat jaminan keselamatan dari Allah.

 

Ada sahabat kami dari KUSZA yang pernah menuntut dengan Syeikh Wahid Abdul Salam Bali. Sahabat berkenaan agak glamour sekarang dan selalu masuk TV bercakap pasal Ruqyah. Sahabat berkenaan pernah menganjurkan seminar rawatan Islam di rumah2 anak negeri kat Mesir ni. Beliau pernah bercerita, kalau dia anjurkan seminar, dia nak pengerusi seminar atau moderator tu seorang hafiz al-Quran. Sebabnya orang hafiz AQ ni selalu mengulang dan membaca AQ. Pernah ada suatu kes, pengerusi seminar tu bukan seorang hafiz AQ. Malam tu masa nak tidur, teman yang jadi pengerusi tu diganggu. Khabarnya katil rasa bergegar, katil berpusing dan macam2 sehingga tak boleh tidur

 

Selain Syeikh Wahid, ada ramai lagi guru yang mahir dalam ruqyah namun kebanyakan mereka tidak mudah menerima murid dari kalangan orang yang bukan penghafal al-quran. Kalau nak mohon belajar pasal ruqyah, syeikh akan menguji tahap bacaan dan hafalan AQ anda. Syeikh juga akan menguji pengetahuan kita tentang tafsir dan sebagainya. Ada juga beberapa orang pelajar kita sempat mengikuti syeikh tu pergi meruqyah pesakit. Pengalaman sebegini amat bermakna bagi sesetengah daripada kami. Apa yang pasti, sihir bukan hanya popular di masyarakat kita.

 

Senior pernah sebut bahawa kat Mesir ni kalau orang yang suka atau pernah beramal dengan ilmu kebatinan biasanya akan diuji. Kononnya nak berjalan jauh ke negara orang, anak lelaki harus ada pendamping dan ilmu di dada. Maka mereka akan menuntut ilmu kebatinan dan silat yang pelbagai jenis. Apabila sampai di sini, mereka akan rasa sakit tubuh, kepanasan, selain nampak kelibat2 seram dan mimpi yang pelbagai. Entah betul atau tidak kata2 itu, namun itulah yang kami nampak pada zahirnya. Justeru berhati2lah dengan amalan2 kebatinan. Seeloknya carilah guru dan belajarlah ilmu untuk memahami AQ dan hadis Nabi. Itualh yang mendapat jaminan keselamatan untuk kita semua

Tiada ulasan: