Rabu, 15 Disember 2021

Kenangan Kaherah (30)

SOALAN BODOH

Kekadang pada waktu petang, kami akan berbual dengan kanak2 kat sini. Umur mereka agaknya dalam 5-10 tahun. Kalau berbual dengan orang tua, ada benda2 yang kami kena beringat. Jangan sebut sangat atau sentuh pasal politik Mesir. Jangan sebut nama2 yang sensitive macam Presiden Mubarak atau Ikhwan al-Muslimin. Justeru itu kami lebih suka sembang santai dengan budak2 sambil mengasah kemahiran berbahasa kami.

 

Ada ketika soalan mereka terlalu mudah. Ada ketika soalan mereka langsung kita tak terfikir mereka akan tanya. Ada ketika soalan sedemikian, sesetengah remaja atau orang tua pun tanya, kita pula yang terkejut. Soalan mereka ni kadang tu masuk dalam kategori kena jawab dengan pelempang. Antara soalan mereka ialah

1)      Kat negara kamu ada ker lembu, kambing, ayam macam kat tempat kami?

2)      Masa kamu solat, kamu baca surah fatihah dalam Bahasa Arab macam kami jugak ker?

3)      Al-Quran kat tempat kamu Bahasa arab ker?

4)      Camana bentuk rumah kat negara kamu, atas pokok ker? Atau dalam pondok kecil atas tanah?

5)      Kat negara kamu ada ker keretapi laju macam kat tempat kami?

6)      Negara kami ada Cairo Tower, negara kamu ada ker bangunan tinggi macam tu?

7)      Negara kamu ada ker sungai Nil seperti kami?

8)      Ada juga sesetengah orang tua bertanya kami tentang umur. Mereka hairan kerana sesetengah daripada kami dok kendong bayi kecil kerana menyangka geng pelajar kita masih darjah 6.

Macam2 lagi soalan yang ditanya oleh mereka. Soalan sebegini membayangkan tahap pengetahuan am mereka. Kalau kanak2 tu biasalah. Mereka belum terdedah dengan dunia luar. Lagi pun pada masa tu google, yahoo, chrome belum meluas. Cuma kadang2 bila soalan sebegitu dilontarkan oleh mereka yang dah berusia, kami terfikir juga apakah mereka sekadar nak memprovokasi kami atau mempersenda kami.

 

Ada kalangan kami yang menjawab dengan cara mengiyakan semua yang ditanya. Layan jer, jangan difikir sangat. Apa yang penting jawab, jangan tak jawab walau pun merapu dan ada unsur kambing terbang. Ha ha ha

 

Kalau ditanya ada ker lembu, kambing semua tu kami jawab takder. Kami hanya makan nasi dan kacang dengan sedikit sayur jer. Kalau nasib tak baik, dapat makan rumput pun dah dikira bagus. Mereka dengan muka kesian akan bersimpati dengan kita dan seterusnya memuji pemimpin mereka, mengucapkan syukur sambil mendoakan semoga kita anak Malaysia dapat menjadi seperti negara mereka. Kononnya begitulah.

 

Kalau ditanya tentang bentuk rumah2 kami, atas pokok ker, kami jawab ya. Kalau ditanya dalam lubang ker, semuanya kami jawab ya.  Lalu mereka berbangga menjadi rakyat mesir. Macamlah takder tempat lain yang best selain Mesir bagi mereka. Ha ha ha

 

Kalau soalah tentang umur kami. Kami jawab umur kami dengan betul. Mereka agak pelik melihat sesetengah pelajar perempuan kita yang bertubuh kecil sedang menggendong atau mendukung bayi. Pada awalnya mereka menyangka pelajar kita masih berumur awal belasan tahun dan sudah pun berkahwin. Kami selalu sebut, kalau kamu nak tunggu tubuh kami sebesar kamu baru beranak, sampai bila takkan beranak la.

 

Kalau soalan tentang bacaan al-Quran (fatihah) dalam Bahasa arab atau tidak, soalan sebegini kami jawab serius. Yang ni tak boleh nak main2. Kami jawab itulah tujuan utama kami datang ke sini. Kami nak belajar Bahasa arab, Bahasa al-Quran supaya kami dapat faham, seterusnya beramal dengan perintah Allah dan Rasul kami. Bila sebut sebegini, biasanya mereka akan bertakbir dan sebut “ Sollu alannabiy”. Kemudian kami sama2 akan berselawat kepada Nabi kita SAW. Orang arab ni bila sebut nabi, mulut mereka tak lekang dengan salawat walau pun mereka masih kanak2. Mereka memang diajar dan diasuh cintakan nabi. Inilah antara yang kami cukup respect di sebalik sikap gila-gila mereka

 

Ada juga yang jawab cara provoke. Kalau ditanya pasal lembu kambing, kami sembang besar mengatakan bahawa Malaysia adalah pusat penternakan kambing, lembu, ikan paus, ayam yang terbesar dan terbaik di dunia. Hampir kesemua produk tenusu berasal dari Malaysia. Cuma sesetengah negara telah mengubah label dengan mengatakan produk tenusu tersebut mereka punya.

 

Kalau soalan tentang sungai, kami jawab sungai kat Malaysia banyak. Airnya jernih sehingga nampak jarum yang dibuang ke dasar sungai. Kami dapat kira ikan yang berenang hanya dengan berada di tebing sungai sahaja. Mereka mendengar sambil terlopong. Ada sebahagian mereka tak percaya.

 

Ambo teringat semasa lawatan bekas pemimpin Malaysia ketika itu ke Kaherah. Pada masa itu banyak akhbar menyiarkan berita tentang Malaysia. Siap dengan gambar. Ada gambar bangunan tinggi di Malaysia (rasanya KLCC atau menara berkembar), jambatan Pulau Pinang, KLIA dan macam2 lagi. Kami dengan bangga bercerita kepada penduduk tempatan tentang kemajuan Malaysia. Pada mulanya mereka tak percaya. Mereka cakap itu adalah gambar yang telah diedit (sebahagiannya masih tidak boleh menerima kenyataan). Tak berapa lama kemudian, harga sewa shaqqah meningkat. Mereka mungkin tidak percaya atau buat-buat tidak percaya, namun harga sewa shaqqah dinaikkan. Kami juga yang kena. Kami belajar suatu perkara, kadang2 kita tidak perlu terbang terlalu tinggi. Cukuplah sekadar mengepak sayap dan membelah angin terbang di bawah radar. Apa yang penting, sampai ke destinasi dengan tenang dan gembira

 

Tiada ulasan: