Ahad, 12 Disember 2021

Kenangan Kaherah (26)

MENEMBAK BURUNG

Ada antara kami yang suka menembak burung yang tidur di atas pokok2 di sekitar kaherah. Ada beberapa lokasi yang menjadi tumpuan. Antaranya ialah area Salah Salem, Stadium Kaherah dan sebagainya. Area ni agak sibuk dengan jalanraya 6 lorong, memanjang dan melalui tempat2 strategik di kaherah. Kalau nak melintas kat jalan ni agak sukar. Biasanya burung yang tidur kat atas pokok ialah jenis burung kecil. Ada burung merpati. Ada juga burung macam buruk ciak kat msia. Ambo tak kenal sangat.

 

Kat mesir ni kami buleh membeli, memiliki senapang atau pistol angin. Senapang tu harga dalam 100 pound lebih. Harga pistol ambo tak pasti sebab jarang pelajar kita memiliki pistol. Biasanya lebih kepada senapang. Senapang angin tu kami akan masukkan dalam beg atau kami bungkus elok2 dan naik bas atau teksi. Kalau naik bas ni rasa susah sikit, kena berebut dan berhimpit dengan senapang kat belakang. Kemudian nak sampai ke destinasi pun agak lambat jika nak banding dengan teksi. Kalua naik teksi untuk 4 orang, biasanya kami boleh dapat harga tambang sekitar 10-15LE, bergantung kepada persetujuan dengan pemandu teksi

 

Harga sekotak peluru ialah 1 pound untuk 100 biji. Biasanya kami beli sekotak atau dua kotak. Sebiji peluru tu macam timah kecil, rasanya lebih kecil dari saiz biji besi basikal (steel ball) yang paling kecil. Kira kalau kena burung tu insya allah buleh jatuh daripada dahan yang dia dok bertenggek tu. Ambo tak pasti sejauh mana kekuatan senapang angin. Nampak macam kuat juga. Sesekali terasa bimbang takut tertembak geng kita sendiri. So kami tak berpecah. Kalau bertiga, bertigalah kami ke setiap pohon yang rendang di sekitar stadium ni. ambo juga tak pasti sejauh mana power atau kekuatan senapang ni.

 

Sampai kat Salah Salem kami cari area yang kami dah survey petang tadi. Antaranya lokasi sekitar Stadium Kaherah. Kat luar ada tempat parking yang luas dengan pokok2 yang rendang. Kami akan berjalan dalam kumpulan, biasanya bertiga atau berempat mencari sasaran yang tidur dan bertenggek di dahan pokok. Biasanya kami akan dapat burung ciak, merpati dan lain2. Ambo tak ingat nama burung2 tu sebab ambo tak minat sangat berburu. Sekadar ikut kawan dan menimba pengalaman.

 

Kalau kat muhafazah, burung yang ditembak ada banyak jenis dan pilihan. Pelajar kita biasanya menembak burung kat petak2 tanaman jagung dan gandum. Ada sejenis burung berwarna putih. Ambo tak tahu spesis burung tu tapi petani mesir selalu pesan jangan tembak burung tu sebab burung tu akan makan ulat perosak tanaman. Biasa kalau ada pelajar kita yang tembak burung putih tu, esoknya petani tempatan akan bising dan tak bagi kami masuk lagi menembak burung dalam kawasan tanaman mereka.

 

Burung-burung yang ditembak biasanya kami akan makan. Kalua banyak, kami akan bahagikan sesama pelajar Malaysia. Ada yang buat gulai, sup, bakar dan sebagainya. Bila bertukar juadah, dah terasa macam suasana hari raya pula.

 

Ada satu kisah yang menarik semasa kawan kami sedang menmbak burung di Kaherah. Kawan kami bercerita bahawa semasa mereka sedang mencari burung atas pokok untuk ditembak, mereka beralih dari satu pokok ke satu pokok. Sampai kat satu kawasan gelap berdekatan dengan Stadium Kaherah, mereka perasan ada seorang pakcik tua sedang duduk di bawah pokok. Kelihatannya beliau seperti seorang gelandangan. Pakcik tu berpakaian jubah kampong (baladiy). Macam bawwab jer. Jadi mereka tidak memberi perhatian kepada pakcik tu. Pada mulanya mereka menyangka pakcik tu seorang gelandangan biasa yang sekadar melihat kami pelajar Malaysia sedang memburu burung yang bertenggek di dahan.

 

Kemudian dalam masa yang singkat, tak sampai 5 minit, ada sebuah land rover tentera datang. Kemudian keluar seorang pegawai tentera menuju ke arah kami. Pegawai berkenaan meminta kami segera meninggalkan tempat berkenaan. Kami tanya kenapa namun pegawai berkenaan tetap bertegas kamu kena balik. Tak boleh menembak kat sini. So kami pun balik. Pegawai berkenaan agak tegas dan cakapnya laju namun jelas. Pulang segera. Tak dibenarkan menembak kat sini. Ringkas, tu jer perkataan mereka.

 

Apabila kenderaan tentera pergi, kami dah bersiap nak balik. Kemudian pakcik yang tadi macam endah tak endah jer dengan kami datang dan berbicara dengan kami. Pakcik tadi menunjukkan sekeping kad yang memang ditakuti kat sini (kad polis rahsia/SB). Pakcik tu bercakap dengan baik meminta kami segera meninggalkan kawasan tersebut. Kami sempat bertanya kenapa, pakcik tu cakap Presiden Mubarak akan guna laluan ini dalam beberapa hari lagi. Rupanya jalan Salah Salem dah mula dikawal dan dijaga rapi sebab ada majlis besar yang melibatkan Presiden Mesir. Beberapa hari kemudian, Presiden Mesir merasmikan bangunan pejarab Syaikh al-Azhar yang baru.

Tiada ulasan: