SAKIT
Antara peringatan yang diberikan oleh pihak JPMK sewaktu taklimat awal kepada kami ialah cadangan supaya kami mengambil insuran atau takaful. Pada masa tu kami tak faham sangat pasal insuran atau takaful. Kami juga tak melihat kepentingan insuran atau takaful. Apabila berlaku kemalangan atau sakit, terfikir juga tentang insuran atau takaful. Pada masa tu ambo baru tahu perkataan insuran atau takaful kat Malaysia dipanggil takmin dalam Bahasa arab.
Kebiasaannya apabila berlaku perubahan musim dari musim sejuk ke musim panas atau sebaliknya ambo akan demam. Tak pastilah kenapa. Mungkin kerana perubahan cuaca ditambah dengan antibodi yang lemah. Pada mulanya tekak akan rasa kering, sedikit batuk dan mula demam. Nak menelan makanan seperti nasi pun agak sukar. Kadang tu 2 3 hari dok dalam selimut. So senior atau teman serumah akan beli ubat di farmasi dan bawa balik. Merekalah yang cuba buatkan nasi air, renehkan sup, dan makanan lain yang boleh membuka selera. Kalau takder selera sangat, ambo cuba makan roti eish dengan tourshiy atau madu bersama air coklat
Sepanjang keberadaan ambo di sini, ambo tak pernah ke klinik atau hospital kecuali sekali jer semasa buat pemeriksaan kesihatan kat Hospital al-Azhar Husayn. Itu pun sebab terpaksa. Pelajar baru daftar kat university seperti kami mesti mendapatkan surat pemeriksaan kesihatan bahawa kita ni memang tiada sebarang penyakit. Itulah kali pertama dan terakhir ambo jumpa doktor kat sana. Alhamdulillah, kalau sekadar demam, batuk, pecah bibir kerana cuaca tu biasa.
Apabila demam, kami jarang ke klinik. Kami terus ke farmasi untuk dapatkan ubat. Kami akan beritahu ahli farmasi ada sahabat kami demam, batuk, sakit tekan dan sebagainya. Kat sini klinik dan farmasi berada di premis berlainan. Klinik hanya untuk pemeriksaan oleh doctor. Doktor akan berikan preskripsi dan kami kena beli ubat kat farmasi. Agak berbeza dengan suasana di tempat kita.
Ada juga sahabat kami yang mengalami masalah pecah bibir pada musim sejuk. Bahkan Ada yang sampai berdarah kerana suhu yang terlalu sejuk. Untuk.mengatasi masalah berkenaan kami akan menyapu gincun khas di bibir. Gincu tersebut ada dijual di farmasi kat sini.
Ambo ada beli juga gincu tu masa tahun pertama kat sini tapi tak pernah pakai. Senior pesan banyakkan minum air masak dan makan buah yang ada kat sini. Kebiasaannya bila nak masuk musim sejuk, buah delima banyak dijual dengan harga yg cukup murah. Justeru itu kami beli dan makan delima sepuasnya. Harga sekilo delima kalau tak silap sekitar 2LE sahaja. Selain delima, ada juga buah-buahan lain pada awal musim sejuk seperti strawberi, anggur dan sebagainya. Kebanyakan buah-buahan yang disebut tu berharga kurang 5LE untuk sekilogram. Buah anggur yang kami beli biasanya kami akan rendam air garam. Kadang-kadang kami curahkan air panas kat atas buah anggur. Kononnya perbuatan sebegini akan mengurangkan kesan baja kimia atau ubat-ubatan ke atas buah. Entah lah betul ker tak. Sekali fikir banyak juga benda2 yang kami buat dulu perlu kepada data dan fakta baru. Entah-entah masuk kategori Israiliyyat. Ha ha ha
Ada kisah kawan dari Damanhour. Mereka berdua pada asalnya datang ke Kaherah kerana ada urusan tertentu. Kemudian seorang daripadanya demam. Mereka terpaksa menangguhkan hajat untuk pulang ke Damanhour. Setelah beberapa kali ke klinik berjumpa doctor, demam masih belum kebah. Atas nasihat senior mereka pergi ke klinik pakar dan doktor pakar mengatakan bahawa penyakit sahabat kami agak serius. Ambo dah lupa, rasanya melibatkan hati. Kemudian senior ada sebut kena minum susu kambing. Kami sama-sama mencari dan membeli susu kambing untuk diminum namun sakitnya tak berubah.
Setelah berfikir panjang, beliau membuat keputusan untuk pulang mendapatkan rawatan di tanahair. Berita beliau sakit dan terpaksa pulang segera dah tersebar ke Damanhour. Ramai kawan kami yang satu batch dari Damanhour datang ziarah beliau Di RKL. Siapa yg tak terkejut. Pemergian biasa ke Kaherah kerana ada urusan, namun pulang ke tanahair untuk mendapatkan rawatan.
Ada juga kawan kami yang terlibat dengan kemalangan jalanraya. Ambo dah lupa kisahnya, namun kesudahannya terpaksa pulang ke Malaysia untuk dapatkan rawaran susulan. Beliau juga terpaksa menangguhkan pengajian hampir setahun sebelum kembali meneruskan pengajiannya.
Bila berjauhan dengan keluarga, kawan-kawanlah yang banyak membantu terutama ketika kita sakit. Merekalah yang banyak berkorban masa, tenaga bahkan wang ringgit. Begitulah kami anak-anak Malaysia di luar negara. Satu keluarga. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan