Sabtu, 18 Disember 2021

Kenangan Kaherah (31)

 

JALANRAYA

Pemanduan di Mesir menggunakan stereng sebelah kiri. Stereng kereta atau bas berada di sebelah kiri kereta. Ini berbeza dengan stereng kenderaan di Malaysia yang terletak di sebelah kanan. Maknanya pemanduan di Kaherah menggunakan laluan kanan jalan, kontra dengan Malaysia yang pemanduan sebelah kiri.

 

Pada mulanya kami agak kekok dengan jalanraya kat sini. Kalau kita naik bas kat Malaysia kita akan tahan dengan tangan kiri. Berbeza dengan situasi kat Mesir, kita akan gunakan tangan kanan untuk tahan bas. Masa peringkat awal, ada adik baru macam kami nak tahan bas tapi berada di jalan yang terbalik. Senior selalu tersenyum melihat kami yang berada di laluan yang salah. Ibarat nak naik bas ke KL dari Bangi tapi berada di laluan yang menghala ke Selatan.

 

Jalanraya kat kaherah ni meriah dengan bunyi hon. Senior selalu cakap, hon ni seolah olah lebih penting daripada brek. Kereta tiada hon seolah-olah lebih berbahaya daripada tiada brek. Kadang tu bunyi hon yang berlawan antara kereta dan tram, berebut laluan.

 

Ada satu kisah seorang Datuk Seri dari Malaysia datang ke Kaherah. Beliau pada masa itu merupakan pengerusi sebuah bank dan berada hampir 1 minggu di sana untuk menyampaikan sumbangan kepada pelajar. Datuk Seri berkenaan pernah belajar dan mendapat phD di Peranchis. Semasa majlis menyampaikan sumbangan kepada pelajar Malaysia, beliau bercerita bahawa beliau agak terkejut dengan suasana jalanraya kat sini. Beliau menaiki teksi limosin bersama pembantunya. Ketika teksi limosin berkenaan sedang membuat pusingan U, tiba-tiba pemandu teksi buka tingkap pemandu dan menegur seorang lagi pemandu teksi yang berada di tepi jalan. Bahkan lebih daripada itu. Mereka sempat berbual sambil ketawa. Kereta yang berada di belakang membunyikan hon dan mengambil jalan di sebelah tepi. Cuba anda bayangkan, teksi limosin ni dah dikira teksi mahal. Kelas kayangan namun mentality pemandunya masih di permukaan. Beliau beberapa kali menyebut aga serabut kepala berada di Kaherah. Cukup berbeza dengan pengalaman semasa beliau belajar di Paris

 

Lampu isyarat seolah-olah aksesori jer. Jalanraya dari Nasr City ke Husayn banyak lampu isyarat namun hampir kesemuanya tak menyala. Pada mulanya ambo sangka lampu tersebut rosak atau tak sempat nak diperbaiki. Rupanya masyarakat di sini tak begitu menghiraukan lampu isyarat. Di mana ada ruang kosong, main redah jer. Masuk jer. Justeru itu, setiap cabang terdapat polis trafik yang memberi arahan.

 

Ada polis trafik yang hanya memakai topi polis biasa. mereka kelihatan agak muda. Khabarnya polis sebegini berpangkat rendah dan tiada kuasa untuk mengeluarkan saman. Ada satu lagi polis trafik yang memakai topi keledar atau topi besbol. Nampak macam pegawai. Mereka ada kuasa untuk menyaman pesalah lalulintas. Entahla, ambo jarang tengok polis menyaman pengguna jalanraya kat sini. 

 

Polis trafik akan memakai seragam hitam pada musim sejuk dan baju seragam putih pada musim panas. Kami akan perasan perubahan musim apabila melihat perubahan pada pakaian seragam polis kat Mesir. Senior selalu sebut apabila ditanya waktu yang sesuai untuk menukar pakaian kita untuk menghadapi perubahan musim.

 

Sebut tentang saman, ambo teringat kisah seorang sahabat merokok dalam bas awam. Peristiwa ini berlaku tak sampai 2 bulan kami kat Kaherah. Kami berdua hendak pulang dari Abbasiah ke Nasr City. Sambil menunggu bas, sahabat ambo menyalakan api rokok. Beliau berada sedikit jauh daripada penumpang lain yang menunggu bas di bawah perhentian. Apabila bas tiba, kami berdua terus kejar dan naik bas berkenaan. Kami dah mula perasan warga tempatan menunjukkan riak wajah tak suka dengan sahabat kami (merokok). Sahabat ambo terus merokok cepat2 di dalam bas. Nak habiskan rokok berkenaan. Rasanya tak sampai seminit, dua orang polis berpakaian biasa yang berada dalam bas datang dan menunjukkan kad kuasa mereka. Pada mulanya kami bimbang kalau2 kami tak cukup duit nak bayar saman. Maklumlah kami ni pelajar. Polis tu cakap nilai saman ialah 10LE.

 

 Kami bayar saman serta merta kepada polis berkenaan. Ada resit yang kami bayar. Sayangnya resit tu dah hilang. Seingat ambo kat resit tu ada lambang kepala helang Salahudin yang jadi emblem kerajaan Mesir (macam jata negara kalau kat Malaysia)

Tiada ulasan: