Jumaat, 26 Mac 2010

al-Quran....rukun bacaan al-Quran yang sah

1.6 Rukun-Rukun Bacaan Yang Sah

Dari segi syarak, bacaan al-Quran yang sah ialah yang memenuhi 3 rukun tilawah iaitu:
Kesinambungan sanad dengan bacaan Rasulullah SAW (secara mushafahah). Sanad secara mudah bermakna sandaran, sijil tauliah atau syahadah. Secara mudahnya ialah seseorang membaca al-Quran sehinggalah khatam daripada bimbingan guru-guru yang bertakwa lagi bijaksana dan bersambung sanad-sanad bacaannya sehingga kepada bacaan Rasulullah SAW. Pemeliharaan rukun ini sangat penting kerana bacaan al-Quran merupakan sebahagian daripada sunnah Rasulullah SAW. Definisi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan tersebut adalah datangnya daripada Rasulullah SAW ialah dengan membaca al-Quran di hadapan gurunya yang dipercayai (thiqah), serta keilmuan guru tersebut dalam bidang al-Quran di dalam masyarakat. Inilah yang dimaskudkan dengan sanad atau sijil ketika menuntut ilmu bacaan al-Quran. Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil atau tauliah merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya berpunca daripada terhakisnya ilmu daripada hati manusia dan pembohongan seta penipuan berleluasa. Jika diimbas daripada sirah Rasulullah SAW kita dapati orang yang menanggung al-Quran ketika itu adalah mereka yang sangat amanah (para sahabat). Penerimaan mereka terhadap ilmu yang dipelajari daripada Rasulullah SAW tidak diragui kesahihannya walau pun ketika itu tidak terdapat sijil dan bentuk-bentuk peraukan bertulis yang lain. Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individu muslim hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajrannya dan penerimaan di dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang.

Selain itu, bacaan juga hendaklah bertepatan dengan salah satu wajah (bentuk) kaedah nahu bahasa Arab samada ia fasih atau lebih fasih, yang disepakati atau tidak disepakati selama mana sanad bacaan tetap sahih. Banyak bacaan al-Quran yang diingkari oleh ahli-ahli nahu bahasa arab tetapi keingkaran mereka tidak diterima kerana ulama salaf berijmak menerimanya. Ini kerana jika sesuatu riwayat diakui keesahannya ahli-ahli nahu tidak boleh menolaknya dan dikira sebagai satu kesalahan bahasa kerana bacaan al-Quran adalah sunnah yang wajib diikuti dan mesti diterima

Ketiga, bertepatan dengan resm uthmani (mushaf al-imam)atau salah satu daripada mushaf yang enam. Contohnya mushaf Kufi adalah salah satu mushaf resm uthmani dan digunakan secara meluas di Malaysia dan di dunia. Penggunaan ini selari dengan riwayat bacaan yang tersebar luas di Malaysia dan di dunia iaitu bacaan Imam cAsim, Riwayat Hafis Tarik (aliran bacaan) Syatibiy. Penulisan resm uthmani merupakan sesuatu yang tauqifiy ( ketentuan Allah SAW) dan bukannya ijtihad mana-mana pihak.

* entri ini asalnya assingmnet aku buat untuk seorang ustazah yang sambung blaja. setelah hampir setahun aku serah kat dia, aku layarkan artikel ni di sini slowly.
* rujukan utama artikel ini dari buku keluaran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Panduan Resm Uthmani, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2005, hlm.9-10, dan juga modul keluaran Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, Pendidikan al-Quran Minor Modul 1/3, 2005, hlm 27-28

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tuan, kalau baca al quran, suci daripada hadas tu sebahagian daripada rukun ke?

abu muhammad walid ilias berkata...

saya hanyalah seorang hamba...

berkenaan dengan apa yang tertulis, rukun bacaan quran maknanya rukun-rukun dalam al-quran melibatkan bacaan sahaja.dari segi quran tu sahaja. iaitu resm uthmani, sanad bersambung dan berteptana dgn nahu ...

berkenaan dengan suci daripada hadas, tidak termasuk dalam rukun baca quran. kalau setakat hadas kecil boleh jer baca quran setakat apa yang dihafal. kalau hadas besar tu, panjang citer skit.

Tanpa Nama berkata...

sambung dpd komen 4 mac 2012.

apa yg saya faham dpd penulisan tuan, tuan menceritakan tentang rukun MEMPELAJARI quran. mesti kena berguru dan ada rangkaian ilmu.

keduanya, mempelejari quran mesti dibaca dalam arab. maksud yang encik nak cerita tu, adakah macam contoh ada satu perkataan dalam quran yang boleh ditukar maknanya. Contoh saya ada KERETA, boleh digantikan dengan saya ada MOTOKAR padahal dalam buku tulis saya ada KERETA tapi saja2 je kita bacakan kita gantikan KERETA tu ke MOTOKAR.

tu ke yg dimaksudkan arab dalam satu wajah???

abu muhammad walid ilias berkata...


Tq atas soalan anda.
Rukun tilawah tu perkataan arab. Terjemah mudahnya ialah rukun bacaan quran. Sebenarnya tak sama rukun bacaan dan rukun mempelajari quran. Rukun mempelajari quran tu nisbah kepada kita. Rukun bacaan quran atau rukun tilawah tu nisbah kepada bacaan itu sendiri.
Ada hadis sebut bahawa quran diturunkan tujuh huruf. Bacalah apa yang mudah bagi kamu berdasarkan 7 huruf tu. Ulama berbeza pendapat dalam masalah 7 huruf ni.


Namun apa yang pasti terdapat pelbagai cara baca quran yang kesemuanya datang dari Nabi SAW. Pada masa itu, di mekah ada gurunya, di kufah ada gurunya. Di syam ada gurunya. Kesemua guru ini mengajar mengaji mengikut qiraat yang mereka belajar dari guru sebelum mereka. So pada masa ini tidak ada suatu kaedah atau formula untuk memastikan cara bacaan yang betul2 datang dari Nabi SAW. So para ulama meletakkan 3 syarat berkenaan untuk memastikan qiraat itu betul2 datang dari Nabi SAW. So 3 syarat itu ialah sebagaimana soalan saudara tadi. Syarat ini juga disebut rukun. Rukun bacaan maknanya untuk mengetahui sesuatu jenis bacaan ini betul2 datang dari Nabi kena ada 3 rukun ini iaitu……1 …2..3
Mana-mana qiraaat atau cara bacaan ini tidak mnenepati mana-mana rukun tadi maka ia tidak lagi menjadi qiraat yang datang dari nabi.
Begitulah lebih kurangnya maksud rukun tilawah atau rukun bacaan. Maknanya untuk menentukan cara bacaan itu betul2 dari nabi kena lepas 3 kriteria utama tadi. Dan orang yang menilai kriteria utama tadi bukanlah kita tapi para ulama. Merekalah yang mengkaji sanad, cara bacaan dan sebagainya. Rasanya kat dalam internet ni sendiri banyak pasal sejarah quran khasnya bab 7 huruf. Saya minta maaf kepada saudara jika artikel tu tak jelas kerana kekadang2 bila kita terjemahkan sesuatu dari bahasa lain ke bahasa kita, kita terjemahkan dengan perktaan yang kita rasa biasa dan dah ok sedangkan masih x ok bagi orang lain. Apapun tahniah kerana pencarian saudara



Berbalik kepada soalan saudara, Katakan ayat ini ialah ayat quran: SAYA ADA KERETA. Bolehkah kita baca (dengan andaian itu ayat quran supaya mudah faham jer) SAYA ADA MOTOKAR. Dari segi pengertiannya motokar dan kereta sama jer. So maksudnya tidak berubah di antara ayat SAYA ADA KERETA dan SAYA ADA MOTOKAR.
Kenapa nak baca berbeza?
1) Kalaulah jawapannya sajer2, atau sekadar suka2, benda ni tak boleh kerana quran diterima dari mulut ke mulut yang mewujudkan sanad ilmu. Kita belajar baca quran dari guru A (lahir tahun 1900 dan mati tahun 2000 contohnya). Guru A belajar ngaji dari guru B (lahir tahun 1850 dan mati tahun 1950). Guru B pula belajar dari guru C sehinggalah sampai kepada Rasulullah SAW. Benda ni dipanggil sanad pengajian. So kalau diterima cara bacaannya ialah SAYA ADA KERETA maka tak boleh ubah2 lagi kepada SAYA ADA MOTOKAR. Sebarang pengubahan terhadap quran tak boleh

2) kalaulah jawapannya baca berbeza kerana diajar guru cara yang berbeza. Maka benda ini masuk dalam ilmu qiraat. Contohnya kg sebelah ajar ayat SAYA ADA KERETA dan guru kat kg kita ajar ayat SAYA ADA MOTOKAR maka tengoklah pada sanad dan 3 rukun tadi. Kalau sanad bersambung sampai nabi(benda ni kena rujuk guru quran juga) dan cukup syarat atau 3 rukun tadi maka itu qiraat yang mutawatir. Kalau tak bersambung atau tak lepas 3 rukun tadi tak bolehla. Dan benda ni dah masuk tugas para ulama secara khususnya. Kita setakat amik tau n belajar boleh la tapi untuk menilai sesuatu qiraat tu ok ker tak bukan calang2 orang la, mesti ulama.

Secara mudahnya, bab qiraat ni ilmu yang agak payah untuk diterangkan melalui keyboard khasnya yang melibatkan contoh2 bunyi dan sebagainya.
Tentang soalan saudara berkenaan wajah tu rasanya saya tak mampu terangkan via keyboard ni. Benda tu dah masuk kat perincian ilmu qiraat dah.