Isnin, 22 April 2013

hujah & dalil resm uthamani



BAB III
HUJAH DAN DALIL

3.1 Dalil Jumhur
Jumhur mengemukan hujah dari segi perbuatan Rasulullah, perbuatan sahabat, ijmak dan juga dalil akal
3.1.1 Perbuatan Rasulullah SAW
Mereka berdalilkan kepada perbuatan Rasulullah SAW yang begitu bersungguh-sungguh dalam menjaga nas al-Quran dari 2 sudut iaitu:[1]
1)      Hafazan
Rasulullah SAW menghafaz setiap wahyu yang diturunkan kemudian baginda akan membacakan kepada para sahabat dan memerintahkan mereka menghafaznya
2)      Penulisan
Sesungguhnya Rasulullah SAW mempunyai beberapa individu yang bertugas sebagai penulis wahyu. Jurutulis baginda sentiasa merujuk kepada baginda tentang apa yang ditulis. Jika terdapat sebarang kesalahan atau kesilapan maka Baginda SAW akan memerintahkan agar mereka membetulkannya[2]

Dari Ibn Abbas katanya: bahawa Rasulullah SAW setiap kali diturunkan kepadanya wahyu baginda akan menyuruh penulis wahyu menulisnya dan baginda memerintahkan supaya meletakkan ayat ini di dalam seurah tertentu. Apabila turun ayat lain pula baginda akan memerintahkan penulisnya supaya meletakkannya (menyusunnya) di dalam surah tertentu. (tirmizi)
Rasulullah SAW juga telah meletakkan garis panduan kepada Muawiyah bin Abu Sufyan dalam penulisan al-Quran dengan sabdanya,”Letakkan dakwat dengan sebaiknya, tajamkan kalam, tegakkan huruf ba’, ceraikan sin, jelaskan huruf mim, perelokkan tulisan  الله, panjangkan الرحمن, cantikkan الرحيم  dan letakkan kalam kamu di telingamu sesungguhnya ia mengingatkan kami.[3]
Beginilah keadaan al-Quran sehingga kewafatan Rasulullah SAW. Walaupun tidak terkumpul di dalam satu mushaf namun susunan ayat dan surahnya sudah pun sempurna[4]
Tegasnya al-Quran telah ditulis pada zaman nabi dengan pemantauan daripada baginda sendiri. Baginda SAW akan memperbetulkan sebarang kesilapan jika ada. Kemudian para sahabat juga telah bersetuju dengan teknik penulisan yang telah digunakan. Sememangnya persetujuan ini merupakan suatu perkara yang menjadi hujjah samada di sisi ahli hadis mahupun usul. Jikalau terdapat sebarang kesilapan pastinya mereka tidak akan bersetuju kerana ia bersalahan dengan nas yang jelas.

3.1.2 Perbuatan Sahabat
Jumhur juga berhujah dengan perbuatan sahabat di antaranya Khalifah Abu Bakar ketika menjadi khalifah memerintahkan agar al-Quran disalin semula ke dalam suhuf dengan menggunakan kaedah penulisan yang sama ketika Rasulullah SAW masih hidup Kemudian apabila Saidina Uthman menjadi khalifah, beliau juga memerintahkan agar al-Quran ditulis dan disalin semula ke dalam beberapa buah mashaf berpandukan kepada suhuf Abu Bakar. Perbuatan ini mendapat restu daripada semua sahabat dan tiada seorang pun daripada kalangan mereka yang membantah atau mempertikaikannya.[5]

3.1.3 Ijmak
Sebagaimana telah diterangkan, perbuatan Khalifah Abu Bakar dan Uthman menyalin semula al-Quran dengan menggunakan Resm Uthmani merupakan suatu perbuatan yang tidak mendapat sebarang bantahan daripada sahabat yang pada masa itu diceritakan berjumlah hampir 12000 orang. Kesemua mereka bersepakat menyatakan bahawa Resm Uthmani itu wajb diikuti dan haram bagi sesiapa yang menyalahinya. Tidak kedengaran seorang pun sahabat yang menyalahi teknik penulisan al-Quran menggunakan Resm Uthmani. Bahkan lebih dari itu, perbuatan ini telah menjadi ikutan para tabiin dan pengikutnya. Justeru itu ia merupakan suatu ijmak yang mesti dipatuhi.[6]

Imam Malik pernah ditanya apakah pandangan tuan dalam masalah menulis al-Quran pada masa kini, apakah perlu menulisnya dengan hijaiyyah? Lalu jawabnya tidak, tetapi tulislah dengan penulisan yang mula-mula (Resm Uthmani)[7]

Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata bahawa haram hukumnya bagi sesiapa yang menyalahi(meminda) kaedah penulisan Resm Uthmani samada pasa huruf waw, alif, ya’ atau sebagainya[8]

al-Qadhi cIyadh menyebut bahawa sesiapa yang mengurangkan hurufnya (huruf al-Quran) dengan sengaja, atau menukarnya dengan huruf yang lain, atau menambah padanya satu huruf yang tidak meliputi mushaf yang telah disepakati ijmak sedangkan seluruh ummah telah bersepakat bahawa ia bukanlah al-Quran, maka sesungguhnya beliau telah kufur[9]

3.1.4 Dalil Akal
Kaedah penulisan sentiasa terdedah kepada perubahan dari satu generasi ke satu generasi. Jika mushaf ditulis mengikut kaedah penulisan, pastinya ia akan menyebabkan wujudnya mushaf yang berbeza dari segi penulisan disebabkan perubahan masa. Ini akan meletakkan manusia di dalam kesusahan. Mungkin orang di Syam tidak dapat membaca mushaf Mesir dan sebaliknya. Ini akan menyebabkan timbulnya kembali perselisihan seperti mana di zaman saidin uthman dahulu[10]
Sesungguhnya membaca al-Quran mempunyai hukum yang khusus yang tidak mungkin diketahui melainkan dengan cara talaqqi dan mushafahah dan mempunyaiu sanad bacaan yang bersambung dengan Rasulullah SAW. Sememangnya inilah keistimewaan al-Quran. Jika Resm Uthmani dikekalkan, ini akan mendorong umat islam untuk bertalaqqi dan memastikan sanadnya bersambung

3.2 Dalil Mazhab Kedua
 Ulama mazhab kedua berhujah bahawa tidak terdapat satu pun dalil daripada al-Quran mahupun sunnah yang memerintahkan supaya al-Quran ditulis berdasarkan kepada kaedah-kaedah tertentu. Rasulullah SAW juga tidak pernah memerintahkan jurutulis baginda supaya menulis al-Quran menurut satu kaedah yang khusus[11]. Oleh itu, tidak menjadi suatu kesalahan untuk menulis al-Quran selain Resm Uthmani.
Al-Qadi Abu Bakar al-Baqilaniy mengatakan bahawa Allah SWT tidak mewajibkan ke atas umat untuk menulis al-Quran dengan menggunakan kaedah penulisan yang tertentu dan meninggalkan yang lainnya. Begitu juga tidak terdapat sebarang nas yang menunjukkan bahawa penulisan al-Quran itu hendaklah menggunakan wajah-wajah atau kaedah-kaedah yang tertentu[12]
Selain itu, Resm Uthmani menyalahi kaedah penulisan yang umum. Ini akan menimbulkan kekeliruan dan kesusahan kepada umat Islam untuk membacanya. Sebaliknya jika al-Quran ditulis dengan kaedah Imla’I, umat Islam akan dapat membaca dengan baik[13]
Sesungguhnya tulisan arab belum lagi sempurna pada zaman kemunculan islam khasnya zaman penulisan mushaf. Sementara para penulis pula menulis berdasarkan kemampuan mereka. Mazhab ini menjelaskan bahawa kaedah-kaedah penulisan itu hanyalah tanda-tanda atau alamat-alamat sahaja. Simbol-simbol dan alamat-alamat berkenaan memaparkan perkataan dan cara bacaan bagi perkataan tersebut. Setiap kaedah yang tepat dengan cara bacaan, maka tulisan itulah yang tepat dan betul. Tiada halangan untuk menulis mushaf dengan penulisan yang sesuai pada zaman kini untuk memudahkan umat membacanya.[14]
Ibn Khaldun, di dalam menjelaskan lagi pendirian mazhabnya telah menjelaskan bahawa kaedah penulisan arab yang digunapakai pada permulaan islam masih belum cukup rapi dan sempurna sehingga banyak kaedah yang digunakan menyalahi kaedah yang sepatutnya. Contohnya seperti kaedah tulisan yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis mashaf-mashaf. Sebenarnya orang-orang yang terkemudian beramal dengan kaedah tulisan tersebut hanyalah semata-mata untuk mendapatkan keberkatan. Tegasnya lagi janganlah kita terkeliru dengan anggapan bahawa para sahabat merupakan orang yang bijak dalam penulisan kerana setiap orang ada hala tujunya. Sebagai contohnya perkataan (لأاذبحنه) yang sepatutnya ditulis (لأذبحنه)  yang bermaksud aku benar-benar akan menyembelihnya. Huruf alif itu ditambah kononya untuk menunjukkan itu tidak jadi dilakukan. Semua ini tidak mempunyai asal sama sekali selain boleh mengongkong fikiran orang semata-mata. Mereka melakukan demikian adalah semata-mata bertujuan membersihkan para sahabat daripada tuduhan kurang bijak daripada tuduhan kurang bijak dalam ilmu tulisan, di samping ingin mempertahankan bahawa para sahabat itu sudah cukup mahir dalam ilmu tulisan. Oleh itu mereka cuba mengadakan pelbagai alasan untuk mempertahankan kaedah tulisan mereka yang menyalahi kaedah yang sepatutnya.[15]


















[1] Shacban Muhammad Ismail, Rasm al-Mushaf Wa Dabtuhu Bayna al-Tawqif Wa al-Istilahat al-Hadithat, Dar al-Salam Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tauzic, t.tmpt., hlm.64, Muhammad Muhammad Abu Syuhbah, al-Madkhal Li Dirasat al-Quran al-Karim, Dar al-Liwa’ Li al-Nashr Wa al-Tawzic, Riyad, hlm.346-348

[2] Al-Zarqaniy, Muhammad Abd al-cAzim, Manahil al-cIrfan Fi cUlum al-Quran, Dar al-Kitab al-cArabiy, Beirut, hlm.310

[3] Muhammad Muhammad Abu Syuhbah, al-Madkhal Li Dirasat al-Quran al-Karim, Dar al-Liwa’ Li al-Nashr Wa al-Tawzic, Riyad, hlm.347

[4] Shacban Muhammad Ismail, Rasm al-Mushaf Wa Dabtuhu Bayna al-Tawqif Wa al-Istilahat al-Hadithat, Dar al-Salam Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tauzic, t.tmpt., hlm.64

[5] Ghanim Qarruriy al-Hamad, Rasm al-Mushaf Dirasat Lughawiyyat Tarikhiyyat, al-Lajnah al-Wataniyyah Li al-Ihtifal Bi Matlac al-Qarn al-Khamis cAshar al-Hijr, al-Jumhuriyyah al-cIraqiyyah, hlm.197, Shacban Muhammad Ismail, Rasm al-Mushaf Wa Dabtuhu Bayna al-Tawqif Wa al-Istilahat al-Hadithat, Dar al-Salam Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tauzic, t.tmpt., hlm.66, Abd Rahman Abd Ghani, Pelengkap Pembacaan al-Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, hlm80
[6] Shacban Muhammad Ismail, Rasm al-Mushaf Wa Dabtuhu Bayna al-Tawqif Wa al-Istilahat al-Hadithat, Dar al-Salam Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tauzic, t.tmpt., hlm.67, Abd Rahman Abd Ghani, Pelengkap Pembacaan al-Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, hlm80

[7] Muhammad Muhammad Abu Syuhbah, al-Madkhal Li Dirasat al-Quran al-Karim, Dar al-Liwa’ Li al-Nashr Wa al-Tawzic, Riyad, hlm.348

[8] Shacban Muhammad Ismail, Rasm al-Mushaf Wa Dabtuhu Bayna al-Tawqif Wa al-Istilahat al-Hadithat, Dar al-Salam Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tauzic, t.tmpt., hlm.67

[9] Shacban Muhammad Ismail, Rasm al-Mushaf Wa Dabtuhu Bayna al-Tawqif Wa al-Istilahat al-Hadithat, Dar al-Salam Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tauzic, t.tmpt., hlm.67

[10] Shacban Muhammad Ismail, Rasm al-Mushaf Wa Dabtuhu Bayna al-Tawqif Wa al-Istilahat al-Hadithat, Dar al-Salam Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tauzic, t.tmpt., hlm.68

[11]  Abd Rahman Abd Ghani, Pelengkap Pembacaan al-Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, hlm84, http://www.manhal.pmram.org/2010/06/rasm-mauqif-ulama-terhadap-penulisan.html

[12] Abd Rahman Abd Ghani, Pelengkap Pembacaan al-Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, hlm85, Shacban Muhammad Ismail, Rasm al-Mushaf Wa Dabtuhu Bayna al-Tawqif Wa al-Istilahat al-Hadithat, Dar al-Salam Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tauzic, t.tmpt., hlm.74

[13] Shacban Muhammad Ismail, Rasm al-Mushaf Wa Dabtuhu Bayna al-Tawqif Wa al-Istilahat al-Hadithat, Dar al-Salam Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tauzic, t.tmpt., hlm.76,
http://www.manhal.pmram.org/2010/06/rasm-mauqif-ulama-terhadap-penulisan.html
[14] Abd Rahman Abd Ghani, Pelengkap Pembacaan al-Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, hlm83

[15] Abd Rahman Abd Ghani, Pelengkap Pembacaan al-Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, hlm82

Resm uthmani tauqifi? (mazhab ke2 dan ke3)




3.2 Mazhab Kedua
Mazhab kedua pula berpendapat bahawa Resm Uthmani bukanlah tauqifi. Justeru itu tidak menjadi suatu kesalahan jika kita mengubah teknik penulisan al-Quran berdasarkan teknik penulisan terkini. Pendapat ini didokong oleh Abu Bakar al-Baqilaniy, Ibn Khaldun dan selainnya

3.3 Mazhab Ketiga
Mazhab ketiga pula berpendapat bahawa harus kita menulis al-Quran menggunakan teknik penulisan terkini untuk orang awam. Walau bagaimanapun untuk para ulama dan ahli ilmu mestilah mengikut Resm Uthmani untuk menjaga dan mengekalkannya. Ia merupakan suatu khazanah peninggalan ilmu yang mesti dipelihara dan dijaga oleh generasi mendatang. Pendapat ini merupakan pendapat Izz al-Din Abdul Salam dan al-Zarkashiy.[1]

Kesimpulannya ulama berbeza pendapat dalam masalah Resm Uthmani adakah ianya tawqifi atau pun tidak kepada 2 mazhab yang utama. Jumhur mengatakan bahawa ianya bersifat tawqifi dan sebilangan ulama mengatakan sebaliknya. Apa yang berbeza di antara mazhab kedua dan ketiga ialah untuk ulama dan ahli ilmu, hendaklah mengikut Resm Uthmani sementara untuk orang awam, bolehlah digunakan resm selain Uthmani untuk memudahkan mereka membaca al-Quran. Walau bagaimanapun penulisan ini akan menggabungkan mazhab kedua dan ketiga di atas persamaan bahawa Resm Uthmani bukanlah tauqifi




[1] Shacban Muhammad Ismail, Rasm al-Mushaf Wa Dabtuhu, Dar al-Salam Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tauzic, t.tmpt., hlm.63


Resm Uthmani Tauqifi? (jumhur)



BAB II

RESM UTHMANI TAUQIFI?

Ulama berbeza pendapat dalam masalah adakah Resm Uthmani bersifat tauqifi atau pun tidak kepada 3 golongan.[1]

2.1 Mazhab Jumhur
Resm Uthmani merupakan suatu yang bersifat tauqifi. Justeru itu kita tidak boleh mengubahnya bahkan jika menyalahinya hukumnya haram. Hal ini samalah dengan keadaan susunan al-Quran dan ayat-ayatnya yang bersifat tauqifi. Haram untuk kita mengubah kedudukan ayat mahupun surah di dalam al-Quran. Mazhab ini merupakan mazhab jumhur salaf dan khalaf bahkan sesetengah ulama mengatakan bahawa ini adalah ijmak.[2]
Antara ulama yang berpegang dengan pendapat ini ialah dengan pendapat ini ialah Yahya bin Yacmar(89H), Mujahid bin Jabar(104H), Abd al-Rahman bin Hurmuz(117H), Shihab al-Zuhri(124H), al-khalil bin Ahmad al-Farahidi(170H), Imam Abu cAmru al-Dani(444H), Imam Ali bin muhammad al-Sakhawi(643H) dan ramai lagi.[3]


[1] Al-Zarqaniy, Muhammad Abd al-cAzim, Manahil al-cIrfan Fi cUlum al-Quran, Dar al-Kitab al-cArabiy, Beirut, hlm.310, Muhammad Muhammad Abu Syuhbah, al-Madkhal Li Dirasat al-Quran al-Karim, Dar al-Liwa’ Li al-Nashr Wa al-Tawzic, Riyad, hlm.348-350,

[2] Muhammad Muhammad Abu Syuhbah, al-Madkhal Li Dirasat al-Quran al-Karim, Dar al-Liwa’ Li al-Nashr Wa al-Tawzic, Riyad, hlm.348-350, Ghanim Qarruriy al-Hamad, Rasm al-Mushaf Dirasat Lughawiyyat Tarikhiyyat, al-Lajnah al-Wataniyyah Li al-Ihtifal Bi Matlac al-Qarn al-Khamis cAshar al-Hijr, al-Jumhuriyyah al-cIraqiyyah, hlm.197, Shacban Muhammad Ismail, Rasm al-Mushaf Wa Dabtuhu Bayna al-Tawqif Wa al-Istilahat al-Hadithat, Dar al-Salam Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tauzic, t.tmpt., hlm.63
[3] , Abd Rahman Abd Ghani, Pelengkap Pembacaan al-Quran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, hlm79