Selasa, 30 Mac 2010

al-Quran.....ANALISA KAJIAN SEJARAH PENGUMPULAN AL-QURAN

BAB IV

ANALISA KAJIAN SEJARAH PENGUMPULAN AL-QURAN
Sepanjang pemerhatian dan kajian yang telah dilakukan, penulis dapat melihat sikap serta kesungguhan para sahabat di dalam mengumpul dan seterusnya menulis al-Quran ke dalam satu naskhah. Selain itu, sikap berhati-hati para sahabat di dalam menerima khabar atau riwayat (ayat al-Quran) juga cukup mengagumkan.

Kesungguhan para sahabat dalam memelihara dan menjaga kesucian al-Quran dapat diperhatikan tiap kali turunnya Jibril membawa wahyu kepada Rasulullah SAW. Para sahabat setiap kali turunnya ayat al-Quran cuba menghafal sedaya upaya ayat tersebut. Bagi mereka yang tahu menulis, mereka akan menulisnya dengan menggunakan alat tulis pada waktu itu. Ada yang menulis kerana arahan Rasulullah SAW seperti yang telah dilakukan oleh penulis wahyu. Ada yang menulisnya di atas inisiatif sendiri. Kemudian mereka akan merujuk tulisan atau hafazan mereka kepada Rasulullah SAW. Kesemua perkara ini menunjukkan kesungguhan para sahabat di dalam menjaga dan memelihara kemuliaan al-Quran supaya tidak hilang

Kita juga dapat saksikan betapa telitinya Zaid bin Thabid dalam menerima ayat-ayat al-Quran yang berada dalam hafazan para sahabat. Zaid telah menggunakan 2 teknik utama dalam pengumpulan al-Quran pada peringkat pertama (zaman Khalifah Abu Bakar) iaitu hafazan dan tulisan. Mana-mana sahabat yang menghafaz ayat-ayat al-Quran dikehendaki datang ke masjid dan memperdengarkan bacaan mereka kepada Zaid dan Umar al-Khattab. Walaupun ayat-ayat tersebut telah pun dihafaz oleh Zaid, Umar al-Khattab dan para sahabat lain namun Zaid tetap inginkan kepastian dengan meminta mereka memperdengarkan bacaan mereka. Kemudian mereka diminta menunjukkan tulisan ayat tersebut. Bahkan lebih dari itu, sebagai langkah berhati-hati Zaid meminta mereka membawakan 2 orang saksi. Semua ini menunjukkan betapa telitinya Zaid bin Thabit dan para sahabat di dalam menerima dan meriwayatkan al-Quran.

Sementara pada zaman Khalifah Uthman bin Affan pula, perbalahan yang timbul di kalangan umat Islam tentang cara bacaan al-Quran merupakan sebab utama al-Quran disalin ke dalam satu naskhah. Al-Quran pada zaman Khalifah Abu Bakar masih dibaca dengan tujuh cara bacaan(tujuh ahruf). Pada zaman Uthman bin Affan, bacaan al-Quran diseragamkan dengan menggunakan bahasa Quraisy. Mushaf ini yang dikenali dengan nama Mushaf Imam kemudiannya menjadi asas kepada percetakan al-Quran pada hari ini. Mushaf ini kemudiannya ditulis dalam Resm Uthmani dan ditambah dengan titik, baris dan sebagainya untuk memudahkan lagi pembacaan. Usaha-usaha ini kesemuanya menunjukkan kegigihan, kesungguhan dan ketelitian para sahabat di dalam memelihara kesucian al-Quran. Selain itu, kita juga dapat melihat betapa dominannya bahasa Quraisy sebagai dialek yang menjadi asas penulisan al-Quran.

al-Quran.....Tahap penulisan al-Quran

3.7 Tahap penulisan al-Quran

Pada asalnya mushaf Uthmani ditulis tanpa baris dan titik. Pada masa itu orang arab mempunyai kemampuan berbahasa secara semulajadi. Mereka mampu menguasai bahasa pertuturan, syair dan nahu mereka dengan tidak perlu kepada baris dan titik. Ini disebabkan mereka masih belum lagi terdedah kepada pergaulan dengan bangsa-bangsa lain. Walau bagaimanapun apabila wilayah Islam semakin luas, mereka bergaul dan berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain seperti Parsi, Rom dan sebagainya yang menyebabkan penguasaan bahasa arab mereka semakin lemah. Justeru itu, titik dan baris kemudiannya digunakan untuk memudahkan lagi bacaan al-Quran. Orang yang pertama meletakkan tanda baris dan titik ialah Abu al-Aswad al-Dualiy dengan perintah daripada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Ada juga riwayat lain mengatakan bahawa Hasan Basri, Yahya Yacmar, dan ramai lagi sebagai orang yang pertama meletakkan tanda-tanda berkenaan. Secara ringkasnya tahap penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap berikut:
i. Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda.
ii. Tahap Kedua: Ditandakan titik ( نقطة العرب ) yang dipelopori oleh/Abu al-Aswad al-Duali (meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin al-Hakam).
iii. Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik ( نقطة العجام ) yang dipelopori oleh Yahya bin Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi,
iv. Tahap Keempat: Mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
v. Tahap Kelima: Ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan lain-lain tanda lagi

RUJUKAN
* Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Panduan Resm Uthmani, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2005, hlm.19-20
* Mannac Qattan, Mabahith Fi Ulum al-Quran, Maktabat al-Macarif Li al-Tauzic Wa al-Nashr, Riyad, hlm. 151
* http://www.saifulbahri.net/index.php/Umum/Sejarah-Pembukuan-Al-Quran/Page-5.html

al-Quran.....Kaedah-Kaedah Penulisan Resm Uthmani

3.6 Kaedah-Kaedah Penulisan Resm Uthmani

Ringkasan kaedah-kaedah tersebut ialah
3.6.1 al-hazf (buang)
huruf yang dibuang ialah huruf alif ( رجلن , مسلمات ) waw ( الغاوون, لا يستوون ) ya’ ( فارهبون , واطيعون) dan lam ( الدى )

3.6. 2 al-ziyadah (tambah)
huruf yang ditambah kadang-kadang ialah huruf mad yang tiga (alif, waw dan ya’). Contohnya ( ثفثؤا ) ( اولئك ) ( نبإى )

3.6.3 huruf hamzah
kadang-kadang ditulis dengan alif, ( انزل , الباساء ), kadang-kadang dengan waw ( لؤلؤ ), kadang-kadang dengan ya’ ( ائدن لي ) dan di hujung ( دفء )

3.6.4 al-Badal (ganti)
Contohnya ditulis huruf alif dengan waw الصلوة dan الزكوة dengan ya’ ( حتى ) dan ta’ ta’nith (feminine) dengan ta’ maftuhah (terbuka) (شجرت , قرة عين , ابنت )

3.6.5 al-Wasl (sambung) dan al-fasl (cerai)
Contohnya ( اما اشتملت , الا تزر وزرة ) dan contoh al-fasl (cerai) ialah ( عن ما نهوا عنه)

3.6.6) kaedah terdapat padanya 2 wajah qiraat
kalimah-kalimah yang terdapat padanya lebih daripada satu qiraat akan ditulis tanpa titik dan baris agar ianya dimungkinkan/dibolehkan untuk bacaan semua wajah qiraat. Maka dalam semua mushaf ditulis dengan satu resm sahaja. Contohnya (فتببنوا , ننشزها ). Manakala kalimah yang ada 2 wajah qiraat atau lebih ianya tidak ditulis dengan satu resm bahkan ditulis dalam sesetengah mushaf dengan resm yang menunjukkan kepada satu wajah qiraat dan dalam sesetengah mushaf lain dengan resm yang lain yang menunjukkan wajah qiraat lain pula. Contohnya ( ووصى بها ) manakala dalam mushaf yang lain ditulis dengan (واوصى بها )

RUJUKAN
* Sabri Mohamad. Salah Faham Terhadap Resm Uthamni: Satu Penjelasan. Seminar al-Quran Resm Uthmani.hlm.4

al-Quran.....Keistimewaan resm Uthmani

3.5 Keistimewaan resm Uthmani

Resm uthmani mempunyai keistimewaanya yang tersendiri. Di antaranya ialah untuk menjaga pena penulis daripada melakukan kesalahan penulisan dan kepincangannya,

Ia juga untuk membezakan antara mana-mana wajh qiraat yang bertepatan dengan resm uthmani yang diterima dan yang bersalahan dengannya yang tertolak. Sehubungan itu, Imam Ahmad berpendapat bahawa diharamkan melanggar kaedah penulisan resm uthmani walau pun pada huruf waw dan ya’ atau pun alif. Sementara mengikut pendapat Imam al-Tabariy, semua 4 imam mazhab memfatwakan bahawa mana-mana qiraat yang menyalahi resm uthmani, tertolak dan tidak dibaca, sekalipun dari sudut bahasa ianya dikira betul.

Resm Uthmani dapat menunjukkan kepada kepelbagaian wajah bacaan qiraat al-quran. Contohnya إن هدن لسحران . Perkataan هدن ditulis tanpa alif dan ya’ dalam semua mushaf yang boleh dibaca dengan هدان dan هدين manakala perkataan إن dibaca dengan إن dan أن

Untuk memberi makna yang berlainan. Contohnya dipisahkan di antara ( ام ) dan ( من ) pada ayat ( ام من يكون ) untuk menunjukkan bahawa ام pada ayat ini bermaksud بل bukan bermakna او(atau)

Untuk menunjukkan asal baris, seperti إيتاءى yang ditulis dengan huruf ya’ selepas hamzah untuk menunjukkan bahawa huruf sebelumnya hamzah berbaris bawah. Selain itu ia juga menunjukkan asal huruf seperti perkataan الصلوة dan الزكوة

Untuk menunjukkan kepada makna tersembunyi dan amat mendalam. Sebagai contoh lihat rahsia pada ayat يوم يدع الداع yang mana perkataan bergaris tidak ditulis dengan huruf waw di hujungnya mengisyaratkan kerana cepatnya power doa dan Allah SAW amat menyegerakan doa orang yang berdoa

Memberi kesedaran tentang pentingnya talaqqi al-quran daripada mulut-mulut guru yang berkebolehan yang dipercayainya. Al-quran tidak mungkin dikuasai tanpa cara sesemikian kerana tajwidnya qiraatnya dan segala bentuk praktikalnya memerlukan anak murid berhadap dengan gurunya. Ini kerana kadang-kadang resm al-quran berbeza dengan sebutannya yang asal. Bahagian ini terdapat dua faedahnya yang tersendiri:
a) seuatu cara penjagaan kepada lafaz-lafaz al-quran dan cara bacaan yang betul dan sebenar mengikut kaedah tajwid yang tepat. Maka atas dasar tersebut ulama menetapkan bahawa bacaan tidak boleh berpandukan kepada mushaf semata-mata, bahkan mesti ada praktikal bacaan dengan mengambilnya daripada guru yang dipercayai
b) adanya penyambungan sanad dengan rasulullah SAW yang merupakan suatu keistimewaan yang tidak ada selain pada umat Islam sahaja. Sebagai contoh, seorang tidak boleh membaca huruf-huruf permulaan surah seperti الم dengan sendirinya tanpa berguru.

RUJUKAN
* Sabri Mohamad. Salah Faham Terhadap Resm Uthamni: Satu Penjelasan. Seminar al-Quran Resm Uthmani.hlm.5,
* Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Panduan Resm Uthmani, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2005, hlm.19
* al-Zuhailiy, Wahbah, Tafsir al-Munir Fi al-cAqidah Wa al-Syaricah Wa al-Manhaj, Edisi Melayu, Jilid 1, Persatuan Ulama Malaysia & Intel Multimedia And Publication, Kuala Lumpur, hlm.11-14

seputar ayat surah ali Imran (161:3)

Dan tiadalah patut bagi seseorang nabi itu(disangkakan) berkhianat(menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat(menggelapkan sesuatu), ia akan membawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu, kemudian tiap2 seseorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikit pun (balasannya).
Maksud ayat 161 surah Ali Imran (161:3)

Suatu ketika bani israil berperang di bawah kepimpinan nabi Musa as. Mereka mendapat harta rampasan perang. Ada yang menyembunyikan harta tersebut ke dalam ikat pinggangnya, takut2 bila pembahagian dilakukan oleh nabi musa, harta tersebut diperoleh oleh orang lain. Kemudian nabi Musa as bertanya tentang barang2 rampasan perang. Lalu nabi Musa as menyeru barang2 rampasan perang, lalu meloncatlah keluar segala jenis harta rampasan perang yang disembunyikan itu.

Ayat ini menegaskan bahawa nabi sekali-kali tidak akan melakukan perbuatan hina dengan menyembunyikan harta rampasan perang. Apabila pasukan Islam telah memenangi mana2 peperangan, harta rampasan perang akan dikumpulkan setempat. Kemudiannya harta tersebut akan dibahagikan kepada pejuang2 sebanyak 4/5 bahagian. 1/5 bahagian lagi (bahagian ini dinamakan UNTUK ALLAH SWT DAN RASULNYA) akan dipecahkan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil, untuk keluarga terdekat, anak2 yatim, orang2 yang terlantar dalam perjalanan dan sebagainya. Bahagian yang nabi Muhammad SAW ada hak ini, nabi mengambilnya dengan cara yang jelas, bukan dengan cara di bawah carpet. Tuntasnya, ayat ini sebagai penegasan bahawa perbuatan curang dengan menyembunyikan harta rampasan perang, tidak membahagikannya dengan adil, perbuatan ini bukanlah perbuatan para nabi khasnya nabi Muhammad SAW.

Menurut satu riwayat, ayat ini diturunkan ketika peperangan badar. Apabila harta rampasan perang dikumpulkan, sehelai khatifah(selendang bulu yang biasanya digunakan sebagai penutup kepala ketika musim sejuk)berwarna merah telah hilang. Justeru itu ada yang berkata, mungkin rasulullah SAW mengambilnya untuk beliau. Orang yang berkata demikian tidaklah bermaksud hendak menuduh nabi Muhammad SAW mengambilnya tanpa hak, tetapi bermaksud jika nabi Muhammad SAW yang mengambilnya, itu adalah hak baginda SAW. Riwayat ini bagaimanapun telah dilemahkan(didhaifkan) oleh sesetengahj ahli tafsir.

Ada riwayat lain menyebut bahawa ayat ini diturunkan ketika perang uhud. Dalam peperangan berkenaan pasukan Muslimin telah mengalami kekalahan apabila pasukan pemanah yang ditugaskan menjaga bukit uhud meninggalkan posisi mereka. Justeru itu, mereka merasa bersalah dan merasakan bahawa harta rampasan perang tidak ajan dibahagikan kepada mereka. Apabila nabi Muhammad SAW mengetahui perkara itu, nabi menyangkalnya dengan mengatakan adakah kamu menyangka kami akan berlaku curang dan tidak akan membahagikan harta rampasan perang ini kepada kamu? Lalu turunlah ayat ini

Ada riwayat lain lagi menyebut bahawa rasulullah SAW telah menghantar beberapa orang perisik ke suatu daerah musuh. Daerah tersebut kemudiannya diserang dan pasukan Muslimin mendapat kemenangan serta harta rampasan perang. Semasa pembahagian harta tersebut dilakukan, para perisik tersebut tidak berada di tempat tersebut. Lalu mereka menyangka bahawa mereka tidak akan mendapat bahagian daripada pembahagian harta rampasan perang tersebut. Setelah mereka datang, ternyata bahagian untuk mereka tetap ada. Seterusnya turunlah ayat ini menegur sangka buruk mereka itu.

Ayat ini memberitahu kita, kalaulah kita menjadi pemimpin, janganlah berlaku khianat terhadap harta negara. Janganlah mengambil rasuah terhadap harta negara. Jagalah amanah tersebut sebaik mungkin. Mungkin dalam konteks kita yang lebih kecil, contohnya wakil rakyat, bendahari koperasi, guru besar yang menguruskan projek2 sekolah, jagalah wang rakyat yang diamanahkan kepada kita. Kalaulah kita melakukan perbuatan khianat, suatu hari nanti akan terbuka rahsia itu. Tiba hari kiamat, semuanya akan dibongkarkan. Tidak ada yang tersembunyi lagi

RUJUKAN
* tafsir pimpinan rahman kepada pengertian al-Quran
* tafsir al-azhar
* tafsir ibn kathir, cetakan al-maktabah al-taufiqiyyah

al-Quran.....Hukum beramal dengan resm Uthmani

3.4 Hukum beramal dengan resm Uthmani

Ulama mempunyai 3 pendapat yang berbeza mengenai cara penulisan al-Quran. Ada sesetengah kitab menyebutnya di bawah tajuk sebagai hukum beramal dengan resm uthmani. Bagi Jumhur Ulama termasuklah Imam Malik dan Ahmad, mereka mengatakan bahawa Resm Uthmani wajib digunakan dalam penulisan al-Quran sebagaimana yang terdapat di dalam Mushaf al-Imam, iaitu mushaf asal yang disimpan di Madinah. Penulisan mushaf yang bertentangan dengan Resm Uthmani dalam semua bentuk adalah haram. Justeru Resm Uthmani menjadi asas kepada semua bentuk Qira’at yang lain dalam satu-satu perkataan. Mereka berhujah bahawa penulisan al-Quran pada zaman Rasulullah SAW dikawal selia oleh baginda sendiri dan mendapat perakuannya. Penulis wahyu juga akan menulis menurut apa yang diajar oleh baginda. Apabila rasulullah SAW wafat, kaedah ini diikuti oleh para khalifah selepasnya dengan cara, metod dan teknik yang telah ditetapkan. Oleh itu, ia merupakan suatu ketetapan yang wajib kita ikut.

Sementara sebahagian ulama yang lain seperti Abu Bakar al-Baqilaniy, cIzz al-Din Abdul Salam dan Ibn Khaldun berpendapat bahawa penulisan mushaf dengan menggunakan cara-cara yang lain atau menggunakan resm imla’iy (tulisan biasa) yang dikenali oleh masyarakat adalah harus. Ini kerana para sahabat menulis mushaf peribadi dengan kaedah mereka sendiri sedangkan mereka tidaklah berkemahiran. Jika sedemikian rupa kesalahan akan berlaku dan kita tidak diwajibkan mengikutinya, bahkan boleh menyalahinya. Selain itu, mereka berhujah lagi bahawa tidak terdapat dalil yang mewajibkan bentuk penulisan tertentu. Sebarang penambahan atau pembuangan pada bentuk tulisan bukanlah suatu ketetapan wahyu dari Allah SWT.

Sebahagian ulama zaman mutakhir mengatakan wajib menulis dengan resm imla’iy bagi orang awam manakala selain mereka dimestikan dengan resm uthmani. Walau bagaimanapun kita wajib menjaga resm uthmani sebagai salah satu ilmu yang diwarisi. Pendapat ini menurut Syeikh Zarqaniy memberi kelebihan kepada orang awam kerana ia agak praktikal dan mengelakkan kekeliruan.

Menurut Lajnah Fatwa al-Azhar dan sebahagian ulama pada masa kini, penulisan al-Quran perlu berdasarkan sumber yang ma’thur bagi memelihara keaslian al-Quran dari segi huruf dan tulisan. Ia juga bertujuan menjaga ciri warisan penulisannya yang telah dibuat pada zaman awal Islam. Fatwa ini selaras dengan pendirian para ulama mujtahid yang tidak seorang pun mahu mengubah huruf mushaf daripada bentuk penulisan di peringkat awal. Selain itu, dengan cara ini juga dapat diketahui qira’at yang betul dan salah. Justeru itu, tidaklah bijak memberi ruang yang boleh mendedahkan al-Quran kepada sebarang perubahan, penyelewengan dan pengubahsuaian. Walau bagaimanapun, para Jumhur juga berpendapat bahawa tidak menjadi halangan bagi seseorang menulis ayat-ayat al-Quran dengan menggunakan bentuk tulisan moden dalam konteks pengajaran dan pendidikan.

RUJUKAN
* al-Zuhailiy, Wahbah, Tafsir al-Munir Fi al-cAqidah Wa al-Syaricah Wa al-Manhaj, Edisi Melayu, Jilid 1, Persatuan Ulama Malaysia & Intel Multimedia And Publication, Kuala Lumpur, hlm.11-14
* Sabri Mohamad. Salah Faham Terhadap Resm Uthamni: Satu Penjelasan. Seminar al-Quran Resm Uthmani.hlm.7

al-Quran.....Pembahagian ilmu resm al-Quran

3.3 Pembahagian ilmu resm al-Quran

Ilmu Resm al-Quran boleh dibahagikan kepada al-Resm al-Qiyasiy dan al-Resm al-Istilahiy. Al-Resm al-Qiyasiy ialah penulisan sesuatu kalimah bertepatan dengan sebutannya/gambaran lafaz dengan huruf-huruf hijaiyyah. Sementara al-Resm al-Istilahiy pula merupakan suatu penulisan kalimah yang tidak sama dengan sebutannya, samada ditambah atau buang, ganti atau sambung, cerai dan sebagainya. Bahagian ini ada kaedah dan sistem penulisannya yang tersendiri. Kebanyakan mushaf, sistem penulisannya bertepatan dengan kaedah-kaedah tersebut. Walau bagaimanapun ia dimestikan mengikutinya dan tidak boleh sama sekali menyalahinya. Tentang hikmat kenapa terjadi demikian, ada yang diketahui manakala sesetengah yang lain masih misteri

RUJUKAN
* Sabri Mohamad. Salah Faham Terhadap Resm Uthamni: Satu Penjelasan. Seminar al-Quran Resm Uthmani.hlm.3

Isnin, 29 Mac 2010

al-Quran....Hukum menuntut ilmu tentang resm dan skop perbincangannya

3.2 Hukum menuntut ilmu tentang resm dan skop perbincangannya

Hukum menuntut ilmu tentang resm ialah fardu kifayah. Ilmu ini bersumberkan kepada ijmak para sahabat dan permuafakatan mereka di dalam mengikuti kaedah resm tersebut. Justeru itu, di atas dasar inilah para sahabat, tabiin dan atbac tabiin sentiasa mengikuti resm mushaf yang betul dalam penulisan al-Quran mereka. Ketetapan ini sentiasa dipatuhi samada ketika menulis al-Quran atau hadis. Ilmu resm juga dikenali sebagai ilmu kitabah dan al-hija’, resm al-mushaf / resm al-uthmaniy Semua isu atau topik yang berkaitan dengan kaedah penulisan seperti perbincangan tentang huruf ta’ yang kadang-kadang ditulis dengan ta’ marbutah (ta’ simpul) dan kadang-kadang ta’ maftuhah ( ta’ terbuka). Apa pun harus diingat bahawa resm al-Quran adalah sunnah yang wajub dikuti menurut ijmak para ahli ijtihad kerana ianya suatu ketetapan yang ditulis semasa hayat baginda Rasulullah SAW.

RUJUKAN
* Sabri Mohamad. Salah Faham Terhadap Resm Uthamni: Satu Penjelasan. Seminar al-Quran Resm Uthmani.hlm.3

al-Quran....Maksud resm Uthmani

3.1 Maksud resm Uthmani

Al-Resm bermaksud cara penulisan sesuatu perkataan dengan huruf hijaiyyah yang bermula dengan kaedah tertentu dan berakhir dengan kaedah sama. Sementara al-resm al-uthmani atau Resm Uthmani bermaksud enam buah mushaf yang ditulis pada zaman Uthman bin Affan. Ringkasnya ia merupakan suatu kaedah penulisan kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya yang disepakati oleh Khalifah Uthman Affan dengan semua sahabat r.a. yang kemudiannya diagihkan ke merata wilayah Islam yang ada ketika itu. Ia merupakan resm (tulisan) yang digunakan secara meluas setelah al-Quran mula dicetak di Venice(al-Bunduqiyyah) tahun 1530 Masihi. Cetakan berikutnya dibuat di St. Petersburg, Rusia tahun 1787 Masihi, kemudian di al-Astanah, Turki pada tahun 1877 Masihi.

RUJUKAN
* al-Zuhailiy, Wahbah, Tafsir al-Munir Fi al-cAqidah Wa al-Syariah Wa al-Manhaj, Edisi Melayu, Jilid 1, Persatuan Ulama Malaysia & Intel Multimedia And Publication, Kuala Lumpur, hlm.11-14
* Sabri Mohamad. Salah Faham Terhadap Resm Uthamni: Satu Penjelasan. Seminar al-Quran Resm Uthmani.hlm.3

Sabtu, 27 Mac 2010

soalan fiqh

soalan ni aku dapat dari seorang sahabat melalui telefon. aku sms beberapa orang kawan, ada yang jawab melalui sms, ada yang melalui emel. yang paling menarik perhatian aku daripada us adlan melalui emel. so emel dia aku siarkan terus tanpa sebarang edit seperti di bawah. yang aku bold kat bawah tu soalan aku, bahasa aku
-----------------------

As-salamu `alaykum warahmatu Llahi wabarakatuh,

SOALAN 1
ada seorang cikgu yang mengajar di sekolah orang asli di #$$%^%$$#@*&^ menjadi SU duit kumpulan wang amanah pelajar miskin(KWAMP). so, ramai budak orang asli. mereka jarang datang ke sekolah dan tidak amik duit kwamp. alasan tidak diketahui namun orang asli mempunyai banyak sumber bantuan yang lain, mungkin ianya menjadi sebab mereka tak nak amik duit kwamp. so bila duit banyak tak dituntut, GB mengeluarkan(claim) duit tu. duit tu dibahagikan kepada guru2 termasuklah yang jadi SU KWAMP.
soalan:
a) apakah hukum duit tu? bolehkan guru yang jadi SU tu amik duit tu?
b) guru tu asalnya serba salah. so dia amik juga kononnya nak jaga hati GB, so apa yang harus dibuat dengan duit tu? boleh ke derma kat masjid ker atau camana?


1- Allah berkata dalam Al-Qur'an:
{وَآتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلاَ تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا} (26) سورة الإسراء
[Al-Isra': 26]
2- Dalam ayat di atas, Allah menyuruh agar haq orang miskin diberikan kepada mereka.
3- Wang yang anda nyatakan adalah peruntukan untuk orang-orang miskin, maka adalah wajib wang itu disampaikan kepada mereka, atau untuk manfa`at mereka.
4- Wang tersebut, tidak boleh diambil atau digunakan untuk selain daripada menunaikan haq orang-orang miskin tersebut.
5- Hukum anda menggunakan wang tersebut adalah haram, dan ia adalah mengambil haq orang miskin. Anda telah berlaku zalim kerana mengambil haq mereka.
6- Jika anda diberikan satu bahagian daripada haq orang miskin, ia masih haq mereka, dan anda wajib menyampaikannya kepada mereka, bukan kepada pihak lain. Justeru, anda hendaklah mencari pihak yang terlibat (orang miskin tersebut) dan menyerahkannya kepada mereka.

SOALAN 2
ada seorang sahabat dilantik sebagai pengurus pilihanraya bagi sebuah parti. tugasnya ialah membahagikan duit tambang kepada pengundi yang balik dari jauh. duit tu duit parti. so, selesai jer pilihanraya duit yang sepatutnya dibahagikan tu ada lebihan. sahabat berkenaan amik duit tu untuk dirinya sendiri.
soalan
a) apakah hukum duit yang sahabat berkenaan amik/makan?
b) apakah yang sepatutnya dilakukan terhadap duit tu? hantar balik ker atau derma ke mana2 ker?


1- Wang yang diamanahkan kepadanya adalah satu amanah yang perlu ditunaikan kepada penerimanya, dalam kes ini ialah pengundi tersebut.
2- Amanah adalah wajib ditunaikan dan sebarang lebihan wang tersebut hendaklah dikembalikan kepada orang yang memberi amanah, dalam kes ini, kepada parti semula.
3- Nabi berkata:
" آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ ، إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ "
[Al-Bukhariy/ 33]
4- Orang tersebut hendaklah menjaga amanah tersebut dan mengembalikan amanah tersebut setelah selesai tugasnya.
5- Wang tersebut adalah haram untuk diambil, kerana ia bukan haqnya. Mengambil wang tersebut dikira sebagai mengkhianati amanah, dan itu adalah antara tanda-tanda orang munafiq sebagaimana yang disebutkan dalam hadis.
6- Wang itu sepatutnya dikembalikan kepada yang memberi amanah, dalam kes ini parti tersebut.

WaLlahu a`lam.
Mohd `Adlan B Mohd Shariffuddin
Guru | Professeur | Professor | Insegnante
SMK Desa Kencana, Felda Bandar Sahabat, Peti Surat 61546, 91123 Lahad Datu, Sabah.
MALAYSIA | MALAISIE | MALÁSIA | MALESIA

Tel: 089-811149 Faks: 089-811839
Tel. Bimbit: 017-6192624
http://ad-diyari.com
----------------------------------------------------------

ada juga sahabat yang lain yang anta sms. dia tulis (aku salin balik dengan huruf besar).ni untuk soalan number satu.

PADA PANDANGAN ANA, GURU TAK BOLEH AMBIL KECUALI SEKADAR AMBIL UPAH MENGURUS SAHAJA. SEMOLEKNYA TAK PAYAH AMBIL LANGSUNG SEPERTI ORANG DIAMANAH JAGA HARTA ANAK YATIM. SOAL PELAJAR MISKIN TAK TUNTUT TU BUKAN PERSOALAN SEBAB SETIAUSAHA WAJIB BAYAR KEPADA PELAJAR MISKIN WALAUPUN MEREKA TIDAK MENUNTUTNYA KERANA ITU SUIR MEREKA. LAINLAH JIKA PELAJAR MISKIN SETUJU SEDEKAH KEPADA SETIAUSAHA. JIKA PELAJAR MISKIN TERSEBUT TERTENTU DAN TIDAK DAPAT DIHUBUNGI, BERIKAN KEPADA PELAJAR MISKIN LAIN. DAN NIATKAN PAHALA UNTUKNYA. JIKA WANG TERSEBUT UMUM KEPADA MANA MANA PELAJAR MISKIN MAKA WANG TERSEBUT BOLEH DIBAHAGI KEPADA MANA-MANA PELAJAR YANG MISKIN. GURU BESAR TIADA HAK BAGI KEPADA SETIAUSAHA SEBAB DUIT ITU BUKAN DUIT GB PUNYA

dijawab oleh sahabatku, ustaz munif khairul anuar(tq bebanyak)

-------------------------------------------
ada juga yang jawab ringkas melalui sms:
XLEH SEBAB DUIT TU KHUSUS UNTUK PELAJAR MISKIN DAN DUIT TU KENA BERI KEPADA PELAJAR MISKIN PULA

dijawab oleh sahabat dan guruku us kamarulzaman (us man lipat)
------------------------------------------

secara peribadinya, itulah yang dapat aku jawab. tentang soalan pertama menguruskan harta orang miskin dan soalan kedua menguruskan wang yang diamanahkan kepada kita. aku macam dah nampak jawapan ni tapi aku tak berani nak jawab awal2, bukannya apa nanti tersalah jawab kan panjang cerita. apa pun buat sahabat yang bertanya aku rasa dah cukup dengan jawapan mereka. yang aku tambah ni sajer je, benda tu dah jelas

dalam soalan pertama tadi aku nampak gitula. maybe GB nak keluarkan duit tu untuk projek pembangunan sekolah atau apa2 projek lain(dia tak guna untuk mulut n perut dia sendiri). tapi soalnya dia takder hak nak uruskan duit yang telah ditentukan untuk pelajar2 tertentu. dalam kes duit KWAMP, duit tu telah ditentukan untuk pelajar2 tertentu. so GB takleh nak pandai2 nak adjust ke mana2 sahaja. GB hanya sebagai pemegang amanah. kalau nak guna duit tu untuk projek sekolah yang lain, walaupun manfaatnya kepada pelajar2 lain, dia kena minta izin daripada tuan asal duit tu juga. ertinya duit tu duit kerajaan, GB kena minta izin kerajaan ker, perbendaharaan ke, atau sesapa untuk gunakan di projek lain.wallahu aklam.

begitu juga pasal soalan kedua. orang yang memegang amanah takleh memandai nak amik, nak salur, nak bagi kat sesapa. kena tunaikan sebagaimana diamanahkan. dia kena bagi duit tu kepada pengundi yang balik dari jauh, dari KL misalnya. dia kena bagi. tu jer kerja dia. bila ada lebihan mestilah dikembalikan. kalau ada apa2 ongkos untuk dibelanjakan sebagai pengurusan, contohnya masa nak bagi duit tu kepada pengundi kena naik teksi, duit minyak dan sebagainya, benda ni kena diberitahu n dengan keizinan tuan duit tu terlebih dahulu(dalam kes ni tuan duit ialah parti berkenaan). tegasnya pemegang amanah hendaklah menguruskan sebagaimana diamanahkan.

buat akhirnya, aku nak citer sebuah kisah kalau tak silap aku ada dalam al-ahkam al-sultaniyah karangan al-mawardiy, kitab ni glamer sangat kalau orang nak blajar atau nak rujuk pasal politik dan nizam siaysi. ada seorang pegawai kerajaan(x pasti pegawai biasa atau amil zakat)dia ni orang kaya, berharta dan secara mudahnya tidak begitu berhajat kepada gaji, bonus atau imbuhan daripada kerajaan. kerana kekayaannya, beliau x nak amik gaji/imbuhan/bonus untuk satu bulan/satu tahun berkenaan(x pasti bulan ker tahun) kerana beliau orang berada. lalu saidina umar ra memanggil pegawai berkenaan dan berlakulah dialog antara mereka. ringkasnya pegawai berkenaan beritahu bahawa duit gajinya didermakan kepada kerajaan supaya kerajaan dapat menggunakannya untuk projek2 lain. saidina umar ra cakap tak boleh, kamu kena amik dulu, keluarkan dulu duit kamu dari bank( kalau zaman sekarang kira macam bank la), amik semuanya dulu, pastu kalau kamu rasa nak sedekahkan atau dermakan balik kepada kerajaan, bolehlah kamu berbuat demikian. tapi kena keluarkan dulu kesemuanya.
so, moral of the story gitula. pegawai berkenaan kena keluarkan dulu duit gajinya supaya hak pengurusan duit tu berada dalam tangannya. dia boleh uruskan nak bagi ke mana pun. pastu dia boleh derma balik kepada kerajaan. satu lagi, benda ni boleh elak fitnah, nanti kalau pegawai berkenaan tak nak amik, mungkin duit tu akan dikeluarkan oleh orang lain khasnya pegawai yang jaga akaun/ duit gaji lalu tak merekodkan dan sebagainya. pegawai yang kaya berkenaan juga tak boleh nak pantau/ tak tahu ke mana duit tu akan digunakan. itu pentingnya ketelusan dalam bab duit ni. soal bab kontrak ,resit ni semuanya tu seeloknya bertulis dan mesti jelas.

al-Quran....Al-Ahruf al-Sabcah (tujuh ahruf)

2.6 Al-Ahruf al-Sabcah (tujuh ahruf)

Al-Ahruf al-Sabcah atau tujuh ahruf ialah cara bacaan. Maksudnya 7 jenis dialek dan gaya pengungkapan yang digunakan dalam bahasa Arab. Harus dibaca dengan setiap dialek tersebut. Ia bukanlah bermaksud bahawa setiap kalimah boleh dibaca dalam tujuh bentuk, akan tetapi ia hanya melibatkan perkataan tertentu sahaja. Bacaan yang dimaksudkan ialah sama ada menurut dialek Quraisy yang digunakan secara meluas kerana ia lebih fasih dituturkan atau mengikut dialek qabilah lain. Cara bacaan atau pengungkapan tersebut yang masyhur dan telah tersebar luas ialah pengungkapan Quraisy, Huzail, Tamim, al-Azd, Rabicah, Hawazin dan Said bin Bakr. Inilah pendapat yang masyhur dan paling kuat di kalangan ulama. Mengikut pendapat sebahagian ulama lain, maksud tujuh di sini ialah bentuk-bentuk pembacaan al-Quran. Walau pun lafaz al-Quran boleh dibaca dengan pelbagai cara, namun perbezaan tersebut tidak boleh terkeluar daripada tujuh bentuk berikut.

Dari segi realiti, perbincangan mengenai ahruf sabcah kini telah menjadi sejarah. Pembacaan al-Quran dengan tujuh ahruf diharuskan pada waktu tertentu sahaja kepada keperluan yang mendesak pada waktu itu. Ia bertujuan untuk meringankan orang ramai yang tidak mampu menerima al-Quran dengan dialek bahasa lain. Kebanyakan mereka buta huruf, hanya segelintir yang mampu menulis dan membaca. Setelah keadaan yang mendesak ini luput, maka dengan sendirinya keperluan itu telah luput. Justeru itu al-Quran mula ditulis dengan satu huruf(satu cara bacaan) sahaja


RUJUKAN
* al-Zuhailiy, Wahbah, Tafsir al-Munir Fi al-cAqidah Wa al-Syariah Wa al-Manhaj, Edisi Melayu, Jilid 1, Persatuan Ulama Malaysia & Intel Multimedia And Publication, Kuala Lumpur, hlm.11-14

al-Quran....Perbezaan di antara mushaf pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Uthman Affan

2.5 Perbezaan di antara mushaf pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Uthman Affan

Perbezaan utama di antara 2 mushaf ini ialah dari segi sebab dan cara pengumpulan. Sebab pengumpulan pada zaman Khalifah Abu Bakar ialah kebimbangan hilangnya al-Quran dengan sebab kematian ramai penghafaz al-Quran dalam peperangan. Sementara sebab pengumpulan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan ialah berlakunya perbezaan cara bacaan yang membawa kepada saling menyalahkan bacaan orang lain, bahkan ada yang lebih melampau sanggup mengkafirkan orang lain kerana berbeza cara bacaan.

Dari segi cara atau teknik pengumpulan, Khalifah Abu Bakar telah mengumpulkan ayat-ayat al-Quran yang tertulis di merata-rata tempat seperti pelepah kurma, tulang dan sebagainya ke dalam satu mushaf yang tersusun dari segi susunan surah atau ayat. Khalifah Abu Bakar juga tidak memasukkan ayat-ayat al-Quran yang telah dibatalkan hukumnya. Selain itu, mushaf pada zaman Khalifah Abu Bakar mengandungi al-ahruf al-sabcah(tujuh cara bacaan). Sementara Khalifah Uthman bin Affan telah menyalin semula mushaf pada zaman Khalifah Abu Bakar ke dalam satu naskhah dengan satu cara bacaan sahaja iaitu dengan bahasa Quraisy. Khalifah Uthman telah menyeragamkan cara bacaan al-Quran kepada satu cara sahaja.

RUJUKAN
* Mannac Qattan, Mabahith Fi Ulum al-Quran, Maktabat al-Macarif Li al-Tauzic Wa al-Nashr, Riyad, hlm. 126-128,
* Muhammad Syarci Abu Zaid, Jamc al-Quran Fi Marahilihi al-Tarikhiyyah Min al-Asr al-Nabawiy Ila al-Asr al-Hadith,versi internet: http://www.almeshkat.net/books/open.php?cat=7&book=76

al-Quran......Pengumpulan dan penulisan al-Quran pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan r.a dengan satu kaedah

2.4 Pengumpulan dan penulisan al-Quran pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan r.a dengan satu kaedah

Peranan Uthman bin Affan berkisar kepada pengumpulan enam naskhah mushaf (al-Ahruf al-Sabcah) al-Quran kepada satu bentuk atau kaedah penulisan. Kemudian beliau mengedarkannya ke wilayah-wilayah Islam yang lain. 3 naskhah dihantar ke Mekah, Bahrain atau ke Mesir dan Semenanjung Arab. Beliau menyimpan satu naskhah di Madinah. Khalifah juga mengeluarkan arahan supaya membakar semua naskhah lain yang berbeza dengan mushaf yang telah dihantar ke Iraq dan Syam. Namun begitu, mushaf al-Syami terus tersimpan di Masjid Damsyiq iaitu Jamic al-Umawiy di penjuru timur masjid berkenaan yang sentiasa padat dengan orang yang berzikir. Ia pernah dilihat oleh Ibn Kathir seperti yang tercatat dalam kitabnya Fadail al-Quran. Namun mushaf tersebut musnah dalam kebakaran yang berlaku pada tahun 1310H. Sebelum terbakar ia juga pernah dilihat oleh ulama-ulama besar Damsyiq yang hidup pada masa itu.

Para ulama telah berselisih pendapat tentang bilangan mushaf yang telah dihantar ke wilayah-wilayah Islam. Ada yang berkata bahawa jumlah mushaf tersebut sebanyak 7 buah. Sementara wilayah berkenaan ialah Mekah, Syam, Basrah, Kufah, Yaman, Bahrain dan Madinah. Ada juga yang berkata jumlah tersebut ialah 4 buah dan wilayah berkenaan ialah Iraq, Syam, Mesir dan satu untuk simpanan di Madinah.

Sebab pengumpulan tersebut ialah sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Anas bin Malik: sesungguhnya Huzaifah al-Yamani telah mengadap Khalifah Uthman, beliau turut terlibat bersama penduduk Syam dan Iraq berperang untuk membuka Armenia dan Azerbaijan. Pada suatu ketika, Huzaifah terkejut setelah mendapati mereka berselisih pendapat tentang bacaan al-Quran bahkan sampai ke suatu peringkat ada yang menyalahkan serta mengkafirkan orang lain kerana berbeza bacaan dengan mereka. Sebenarnya perasaan kurang senang Huzaifah tentang perselisihan itu turut dirasakan oleh sahabat yang lain. Justeru itu, Huzaifah menyarankan kepada Khalifah Uthman dengan kata-katanya yang masyhur, wahai Amir al-Mukminin, selamatkan umat ini sebelum mereka berselisih pendapat tentang al-Quran sebagaimana berlaku perselisihan di kalangan Yahudi dan Nasrani. Kata-kata Huzaifah ini telah mendorong Khalifah Uthman menghantar utusan kepada Hafsah meminta supaya Hafsah meminjamkan kepada beliau mushaf yang berada dalam simpanannya. Khalifah kemudiannya memerintahkan kepada Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubair, Said bin al-cAs dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam agar menyalinnya kepada beberapa naskhah mushaf. Selain itu, khalifah juga berpesan kepada mereka jika mereka berselisih pendapat tentang sesuatu daripada ayat-ayat al-Quran, mereka hendaklah menulisnya berdasarkan kepada bahasa Quraisy kerana al-Quran diturunkan dengan bahasa Quraisy

Arahan tersebut diikuti sepenuhnya sehingga mereka selesai menyalinnya kepada beberapa naskhah. Selepas itu khalifah mengembalikan naskhah asal mushaf berkenaan kepada Hafsah. Seterusnya beliau mengirimkan mushaf yang telah disalin ke setiap wilayah dan mengarahkan orang ramai agar membakar mushaf-mushaf yang lain.

Mushaf inilah yang seterusnya menjadi asas kepada percetakan dan penyebaran mushaf yang kini berada di merata dunia. Khalifah Uthman telah berjaya menyatukan umat Islam kepada satu mushaf, satu bacaan dan menjadikannya sebagai naskhah contoh. Oleh itu, naskhah tersebut dinisbahkan kepada beliau dan dinamakan sebagai Mushaf Uthmani. Saidina Uthman juga digelar sebagai pengumpul al-Quran. Perbuatan Khalifah Uthman ini mendapat persetujuan para sahabat dan kaum muslimin

RUJUKAN
* Mannac Qattan, Mabahith Fi Ulum al-Quran, Maktabat al-Macarif Li al-Tauzic Wa al-Nashr, Riyad, hlm. 126-128
* al-Zuhailiy, Wahbah, Tafsir al-Munir Fi al-cAqidah Wa al-Syariah Wa al-Manhaj, Edisi Melayu, Jilid 1, Persatuan Ulama Malaysia & Intel Multimedia And Publication, Kuala Lumpur, hlm.11-14,
* Muhammad Abdullah Darraz, Madkhal Ila al-Quran al-Karim, Dar al-Qalam, Kuwait, hlm.32-51
* Ahmad Sonhadji Mohamad, cAbr al-Athir Tafsir al-Quran Di Radio, Pustaka Salam Sdn. Bhd.,1997, Kuala Lumpur, hlm.17-18

al-Quran....Pengumpulan & Penulisan al-Quran Di Zaman Abu Bakar al-Siddiq ra

2.3 Pengumpulan & Penulisan al-Quran Di Zaman Abu Bakar al-Siddiq ra

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar ra telah dilantik menjadi khalifah. Pada zaman pemerintahan beliau, telah berlaku beberapa peperangan, di antaranya peperangan al-Yamamah pada tahun 11 hijrah. Dalam peperangan tersebut ramai tentera Islam yang merupakan penghafaz al-Quran telah syahid. Mengikut catatan sejarah, seramai 70 orang qurra’ (ahli penghafaz al-quran) telah gugur syahid. Peristiwa ini telah mendorong Saidina Umar al-Khattab memberi cadangan kepada Khalifah Abu Bakar supaya dilakukan usaha pengumpulan al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus dengan sebab ramainya para penghafaz yang gugur syahid. Pada mulanya khalifah tidak menerima cadangan ini kerana beliau sangat berhati-hati dalam melakukan sesuatu urusan. Lagi pun, perkara tersebut tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Sementara itu, Saidina Umar pula tidak putus-putus mengulangi cadangannya sehinggalah Allah SWT melapangkan dada Abu Bakar untuk menerima cadangan tersebut.

Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Zaid bin Thabit r.a. mengumpul al-Quran yang telah ditulis di atas pelepah tamar, batu-bata termasuklah melalui hafazan para sahabat dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain. Zaid bin Thabit dipilih melakukan pekerjaan tersebut memandangkan wibawanya dalam ilmu tentang al-Quran, amanah dan merupakan sahabat yang terakhir mengkhatamkan al-Quran di hadapan Rasululah SAW. Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf.

Sepanjang melaksanakan tugasan tersebut, Zaid bin Thabit cukup berhati-hati di dalam menerima ayat-ayat al-Quran yang diperdengarkan kepada beliau. Bagi beliau, tidak memadai bacaan al-Quran yang diperdengarkan dengan cara hafazan sahaja, bahkan mesti bertulis dan disaksikan oleh 2 orang saksi. Hal ini dapat dilihat di dalam kes ayat akhir Surah al-Taubah(ayat 128) yang hanya didapati berada pada simpanan Abu Khuzaimah al-Ansari. Ini bukanlah bererti bahawa ayat al-Quran ini tidak bersifat mutawatir. Sebenarnya ramai sahabat termasuklah Zaid sendiri telah menghafaz ayat ini. Apa yang dimaksudkan dengan frasa “hanya didapati berada pada simpanan Abu Khuzaimah al-Ansari” ialah ayat ini tidak terdapat dalam keadaan bertulis kecuali di dalam tulisan yang disimpan oleh Abu Khuzaimah al-Ansari. Ayat ini telah dihafaz oleh ramai sahabat, disaksikan oleh ramai sahabat bahawa ianya ditulis, namun yang terdapat hanyalah tulisan atau rekod yang berada di dalam simpanan Abu Khuzaimah. Hal ini membuktikan bahawa Zaid seorang yang cukup cermat dan berhati-hati di dalam melakukan tugasannya.

Selain itu, dalam satu kisah yang lain Saidina Umar r.a telah mengisytiharkan bahawa sesiapa yang telah mendengar ayat-ayat al-Quran daripada Rasulullah SAW hendaklah memperdengarkan bacaannya kepada Zaid bin Thabit. Ramailah para sahabat yang datang berjumpa dengan Zaid dan memperdengarkan bacaan al-Quran sambil membawa bahan bertulis seperti pepelah tamar sebagai bukti. Namun Zaid bin Thabit tidak menerima bacaan mereka kecuali setelah membawa 2 orang saksi. Saksi ni pula hendaklah pernah menerima atau mendengar ayat al-Quran tersebut daripada Rasulullah SAW semasa hayat baginda dan perkara tersebut berlaku pada tahun kewafatan Rasulullah SAW. Ini kerana tahun kewafatan baginda menjadi suatu penanda aras kepada bacaan al-Quran. Tahun tersebut merupakan kali terakhir Rasulullah SAW membaca al-Quran dengan semakan Jibril a.s. Selain itu, al-Quran juga semasa dalam proses penurunan wahyu boleh menerima nasikh dan mansukh. Justeru itu, tahun kewafatan baginda menjadi penamat kepada penurunan wahyu yang bererti al-Quran telah sempurna. Kesemua perkara di atas menjadi bukti bahawa Zaid tidak hanya berpada dengan apa yang dihafaz dan ditulis bahkan lebih daripada itu mestilah disertakan 2 orang saksi sebagai langkah berhati-hati sedangkan ayat-ayat yang mereka bacakan itu telah pun dihafaz oleh beliau dan sebilangan besar sahabat.

Ada satu lagi kisah yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Dawud daripada Hisyam bin cUrwah daripada ayahnya bahawa Khalifah Abu Bakar pernah memerintahkan kepada Umar al-Khattab dan Zaid bin Thabit supaya duduk di pintu masjid menunggu para sahabat memperdengarkan bacaan ayat al-Quran yang ada pada mereka. Jika mereka membawa 2 orang saksi maka bacaan mereka diterima. Al-Sakhawiy telah berkata bahawa yang dimaksudkan dengan 2 orang saksi di sini ialah mereka bersaksi sesungguhnya apa yang mereka bacakan itu adalah benar dan telah ditulis di hadapan Rasulullah SAW semasa hayat baginda. Tujuan mereka berbuat demikian ialah untuk memastikan bahawa bacaan tersebut benar-benar datang daripada Rasulullah SAW dengan cara hafazan dan tulisan.

Kesimpulannya, al-Quran pada masa ini telah pun dikumpul di dalam satu mushaf berdasarkan al-ahruf al-sabcah . Namun pada masa ini, masih terdapat mushaf peribadi sahabat yang lain seperti mushaf Ali, mushaf Ubay, mushaf Ibn Mascud. Bezanya mushaf sahabat-sahabat lain lebih merupakan koleksi peribadi mereka

Keistimewaan mushaf yang dikumpul oleh Khalifah Abu Bakar berbanding sahabat-sahabat lain pada masa itu ialah mushaf ini merupakan mushaf yang cukup teliti, dikutip dan disemak oleh sebuah jawatankuasa yang berkelayakan dan dipercayai sehingga ke tahap mutawatir. Selain itu, ia juga mendapat pengiktirafan seluruh sahabat dan kaum muslimin.

RUJUKAN
* Muhammad Syarci Abu Zaid, Jamc al-Quran Fi Marahilihi al-Tarikhiyyah Min al-Asr al-Nabawiy Ila al-Asr al-Hadith,versi internet: http://www.almeshkat.net/books/open.php?cat=7&book=76
* Mannac Qattan, Mabahith Fi Ulum al-Quran, Maktabat al-Macarif Li al-Tauzic Wa al-Nashr, Riyad, hlm. 126-128
* http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Ushul%20Tafsir/quran7.htm
* http://www.saifulbahri.net/index.php/Umum/Sejarah-Pembukuan-Al-Quran/Page-2.html
* Muhammad Abdullah Darraz, Madkhal Ila al-Quran al-Karim, Dar al-Qalam, Kuwait, hlm.32-51
* http://www.almeshkat.net/books/open.php?cat=7&book=76

al-Quran....Pengumpulan & Penulisan al-Quran Di Zaman Rasulullah SAW

2.2 Pengumpulan & Penulisan al-Quran Di Zaman Rasulullah SAW

Pengumpulan dan Penulisan al-Quran bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Setiap kali baginda didatangi malaikat Jibril, baginda akan mengarahkan para sahabatnya supaya menghafaz dan mencatat ayat-ayat al-quran yang diterimanya. Para sahabat yang terpilih sebagai penulis wahyu ialah Muawiyah, Ali, Ubay bin Kaab, Zaid bin Thabit, Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan sebagainya. Rasulullah SAW juga akan menunjukkan kepada mereka cara-cara menyusun ayat, surah dan sebagainya. Selain itu, ada juga para sahabat yang merekodkan al-Quran melalui inisiatif mereka sendiri dengan menghafaznya, menulisnya di atas pelepah tamar, tulang, kulit kayu dan sebagainya tanpa arahan Rasulullah SAW. Catatan tersebut kemudiannya disalin semula oleh para sahabat yang lain. Selepas itu, mereka akan menunjukkanya kepada Rasulullah SAW untuk dibuat semakan. Walau bagaimanapun para sahabat pada zaman ini lebih mengutamakan hafazan berbanding tulisan disebabkan para sahabat pada masa itu kuat hafalan dan ingatan. Selain itu, jumlah sahabat yang mempunyai kepandaian menulis juga amat sedikit ditambah pula dengan kemudahan alat tulis yang sukar.

Pengumpulan al-Quran pada zaman ini tidaklah berada di dalam satu tempat yang teratur seperti mushaf al-Quran yang ada sekarang. Ada tulisan yang berada di dalam simpanan sahabat tertentu dan tidak berada di dalam simpanan sahabat yang lain. Begitulah sebaliknya apa yang ada pada seseorang sahabat tidak terdapat pada orang lain

Para ulama juga telah menjelaskan bahawa segolongan daripada sahabat seperti Ali, Muaz bin Jabal, Ubay bin Kaab, Zaid bin Thabit dan Abdullah bin Mascud telah menghafal seluruh isi al-Quran di masa hayat Rasulullah SAW. Sementara Zaid bin Thabit pula merupakan sahabat yang terakhir mengkhatamkan bacaan al-Quran di hadapan Rasulullah SAW

Apabila Rasulullah SAW wafat, al-Quran dipelihara dan direkodkan melalui 2 cara iaitu hafalan para sahabat dan tulisan. Para ulama telah menjelaskan bahawa sebab utama kenapa al-Quran tidak ditulis di dalam satu mushaf sebagaimana yang ada sekarang ialah kerana wahyu masih turun. Ada ayat-ayat al-Quran yang menjadi pembatal (al-nasikh) kepada hukum yang turun sebelumnya(al-mansukh). Oleh itu, jika al-Quran terus ditulis dalam keadaan wahyu masih turun, dibimbangi akan bercampur di antara ayat-ayat yang mansukh dengan nasikh.

RUJUKAN
* Mannac Qattan, Mabahith Fi Ulum al-Quran, Maktabat al-Macarif Li al-Tauzic Wa al-Nashr, Riyad, hlm. 119
* http://www.saifulbahri.net/index.php/Umum/Sejarah-Pembukuan-Al-Quran/Page-2.html
* http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Ushul%20Tafsir/quran7.htm
* Adnan Muhammad Zurzur, Ulum al-Quran Madkhal Ila Tafsir al-Quran Wa Bayan Icjazihi, al-Maktabat al-Islamiy, hlm. 90

al-Quran....Pembelajaran Al-Quran Pada Zaman Rasulullah SAW, Sahabat, Tabiin Dan Masa Kemudian

1.5 Pembelajaran Al-Quran Pada Zaman Rasulullah SAW, Sahabat, Tabicin Dan Masa Kemudian

Pembelajaran al-Quran yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat berteraskan hafazan, penulisan dan kefahaman. Ia tidak terhad kepada orang dewasa sahaja malahan ia juga didedahkan kepada kanak-kanak

Pada zaman tabicin, penekanan pembelajaran di peringkat kanak-kanak diperluaskan. Peringkat pertama ialah al-Quran sebagai bahan bacaan utama diajarkan dengan membaca dan menghafaz semasa kanak-kanak berusia 5 tahun. Disamping itu, kanak-kanak juga diajar pelarajaran tambahan yang lain seperti membaca, menulis, mengira, bahasa arab dan syair.

Pada masa sekarang kanak-kanak diajar membaca dan menghafaz melalui surah yang pendek dan mengulangi mengikut bacaan guru sahaja. Kaedah ini memudahkan kanak-kanak menghafaz al-Quran walaupun tanpa memahami makna dan kandungannya. Walau bagaimanapun pembelajaran yang dilaksanakan dalam masyarakat kita selama ini ialah asas pembelajaran al-Quran yang berdasarkan Muqaddam al-Baghdadiy dan kaedah-kaedah terkini yang lain.

* rujukan daripada buku keluaran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Panduan Resm Uthmani, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2005, hlm.9-10

al-Quran...Hikmat Al-Quran Diturunkan Beransur-Ansur

1.4 Hikmat Al-Quran Diturunkan Beransur-Ansur

Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya. Sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahkan dan memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakar r.a. dan disempurnakan pada masa Sayidina Uthman r.a. Antara hikmat utama Allah SWT merencanakan penurunan al-Quran kepada baginda Rasulullah SAW ini secara beransur-ansur adalah seperti berikut :

1.4.1 Untuk menetapkan jiwa Rasulullah SAW dan menguatkan hatinya. Ini kerana dengan turunnya Jibril a.s. membawa wahyu secara berulang-ulang daripada Allah SWT kepada Rasul-Nya dapat menguatkan jiwa Rasulullah SAW. Baginda dapat merasakan pertolongan serta inayat Ilahi tersebut. Tanggungjawab sebagai Nabi adalah berat dan Rasulullah SAW sebagai seorang manusia yang sudah tentu akan menghadapi pelbagai cabaran getir dalam menyampaikan risalah bukan sahaja menghadapi tekanan, sekatan, cercaan, maki hamun malah ancaman nyawa daripada kaumnya sendiri Quraisy dan juga dari kalangan Yahudi dan orang munafik. Tentulah beliau memerlukan belaian wahyu sebagai penenang kepada semua itu.

1.4.2 Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan.

1.4.3. Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baru berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan roh dan seumpamanya.

1.4.4 Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah SWT semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad SAW atau makhluk lain.

al-Quran....cara wahyu diturunkan & peringkat penurunan

1.2 Cara Al-Quran (Wahyu) Diturunkan

Aishah isteri Rasulullah SAW, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.
Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab : ”Kadang-kadang wahyu datang kepadaku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagiku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepadaku. Kadang-kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepadaku merupai lelaki, bercakap denganku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepadaku.”

1.3 Peringkat Penurunan Al-Quran
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu :
• Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke Lauh Mahfuz
• Kali kedua, dari Lauh Mahfuz ke Bait al-cIzzah di langit dunia
• Kali ketiga, penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam. Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari Lauh Mahfuz ke Bait al-cIzzah dan dari Bait al-cIzzah kepada Rasulullah SAW Melalui Jibril a.s.

1.3.1 Dari Allah SWT ke Lauh Mahfuz
Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Lauh Mahfuzini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,
Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir, bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.”



1.3.2 Dari Lauh Mahfuz ke Bait al-cIzzah di langit dunia.
Penurunan kali kedua secara sekaligus dari Lauh Mahfuz ke Bait al-cIzzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas; Allah SWT berfirman,
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.”
Firman Allah SWT, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).”
Firman Allah SWT,
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said bin Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan Abdullah bin Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-cIzzah di langit dunia.
Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara cAtiyyah bin al-Aswad dan Abdullah bin Abbas yang mana cAtiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Safar dan Rabiul Awal.” Kemudian Ibn Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekaligus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari

1.3.3 Dari Bait al-cIzzah kepada Rasulullah S.A.W. (dalam masa 20 tahun).
Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah SAW sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah S.A.W, dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah. Mengikut pendapat ini, Jibril a.s diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-cIzzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.
Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke Lauh Mahfuz, ke Bait al-cIzzah (langit dunia) dan kepada Rasulullah SAW.

Jumaat, 26 Mac 2010

al-Quran....pengumpulan al-Quran

2.1 Makna Al-Jam Al-Quran (Pengumpulan Atau Penulisan Al-Quran

Apabila disebut pengumpulan al-Quran (al-jamc al-Quran), para ulama telah mendefinisikannya dengan 2 maksud. Maksud yang pertama ialah hafazan. Makna hafazan ini telah disebut di dalam surah al-Qiamah ayat 17 yang bermaksud:

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu dalam dadamu dan menetapkan bacaannya pada lidahmu.

Sementara makna yang kedua pula ialah pengumpulan dan penulisan al-Quran samada menulis kesemua ayatnya, sebahagian surah atau sebahagian ayat-ayatnya samada surah atau ayat tersebut berada di dalam satu tempat (mushaf) atau berada di pelbagai tempat. Kesemua perkara ini dinamakan pengumpulan al-Quran

*Manna Qattan, Mabahith Fi Ulum al-Quran, Maktabat al-Macarif Li al-Tauzic Wa al-Nashr, Riyad, hlm. 119

al-Quran....bentuk bacaan yang dilarang

1.11 Bentuk Bacaan Al-Quran Yang Dilarang

Akibat daripada terdedah dengan pelbagai bentuk irama dan alunan bentuk bacaan al-Quran juga semakin berubah dan untuk mengawal keadaan itu Islam sudah lama menentukan cara-cara bacaan yang ditegah. Berikut ialah beberapa keadaan bacaan tersebut:

Tatrib
Iaitu bacaan dengan merengek-rengek suara dan memanjangkan bukan pada tempatnya

Tamtit
Iaitu bacaan dengan melebih-lebihkan harakah pada hukum mad

Tarkis
Iaitu bacaan dengan melenggokkan nada suara sehingga melebihkan harakat huruf mad bertujuan menyelesaikan rentak

Tahzin
Bacaan dengan nada yang amat sedih yang menjejaskan tajwid dan membaca dengan sifat riya’


Tarid
Bacaan yang menggentarkan suara keterlaluan seperti orang kesejukan atau ditimpa sakit

Tahrif
Bacaan al-quran secara serentak dan berehenti secara serentak

Membaca bersama alat muzik


* rujukan utama entri ini ialah modul keluaran Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, Pendidikan al-Quran Minor Modul 1/3, 2005, hlm. 30-32

al-Quran....maratib al-tilawah(cara bacaan al-Quran)

1.10 Maratib al-Tilawah (cara bacaan al-Quran)

Untuk memuliakan dan menjaga al-Quran yang berstatus mukjizat, Islam menentukan 4 maratib atau kelajuan / cara bacaan al-Quran. Empat bentuk tersebut diharuskan iaitu tahkik, tartil, tadwir dan hadar.

Tahkik
Iaitu kelajuan seperti tartil. Cuma ia lebih lambat dan perlahan. Kelajuan ini biasanya dilaksanakan bagi mereka yang baru belajar tentang al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifatnya dengan tepat dan betul

Tartil
Ialah bacaan perlaha-lahan, tenang ketika melafazkan huruf-huruf daripada makhrajnya dan sifatnya dengan memberikan hak sifat semula jadi huruf dan mustahaknya (sifat-sifat mendatang) serta bertadabbur dengan maknanya. Biasanya dibaca oleh mereka yang sudah mengenal makhraj huruf, sifat-sifatnya dan tahu hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan

Tadwir
Kelajuan bacaan pertengahan di antara kelajuan bacaan tartil dan hadar

Hadar
Bacaan cepat serta tetap dengan menjaga kesemua hukum tajwid dan biasanya diamalkan oleh para penghafaz al-Quran atau orang yang mentasmik hafazan di hadapan gurunya.

* rujukan utama entri ini dari modul keluaran Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, Pendidikan al-Quran Minor Modul 1/3, 2005, hlm. 30-32

al-Quran....rukun bacaan al-Quran yang sah

1.6 Rukun-Rukun Bacaan Yang Sah

Dari segi syarak, bacaan al-Quran yang sah ialah yang memenuhi 3 rukun tilawah iaitu:
Kesinambungan sanad dengan bacaan Rasulullah SAW (secara mushafahah). Sanad secara mudah bermakna sandaran, sijil tauliah atau syahadah. Secara mudahnya ialah seseorang membaca al-Quran sehinggalah khatam daripada bimbingan guru-guru yang bertakwa lagi bijaksana dan bersambung sanad-sanad bacaannya sehingga kepada bacaan Rasulullah SAW. Pemeliharaan rukun ini sangat penting kerana bacaan al-Quran merupakan sebahagian daripada sunnah Rasulullah SAW. Definisi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan tersebut adalah datangnya daripada Rasulullah SAW ialah dengan membaca al-Quran di hadapan gurunya yang dipercayai (thiqah), serta keilmuan guru tersebut dalam bidang al-Quran di dalam masyarakat. Inilah yang dimaskudkan dengan sanad atau sijil ketika menuntut ilmu bacaan al-Quran. Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil atau tauliah merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya berpunca daripada terhakisnya ilmu daripada hati manusia dan pembohongan seta penipuan berleluasa. Jika diimbas daripada sirah Rasulullah SAW kita dapati orang yang menanggung al-Quran ketika itu adalah mereka yang sangat amanah (para sahabat). Penerimaan mereka terhadap ilmu yang dipelajari daripada Rasulullah SAW tidak diragui kesahihannya walau pun ketika itu tidak terdapat sijil dan bentuk-bentuk peraukan bertulis yang lain. Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individu muslim hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajrannya dan penerimaan di dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang.

Selain itu, bacaan juga hendaklah bertepatan dengan salah satu wajah (bentuk) kaedah nahu bahasa Arab samada ia fasih atau lebih fasih, yang disepakati atau tidak disepakati selama mana sanad bacaan tetap sahih. Banyak bacaan al-Quran yang diingkari oleh ahli-ahli nahu bahasa arab tetapi keingkaran mereka tidak diterima kerana ulama salaf berijmak menerimanya. Ini kerana jika sesuatu riwayat diakui keesahannya ahli-ahli nahu tidak boleh menolaknya dan dikira sebagai satu kesalahan bahasa kerana bacaan al-Quran adalah sunnah yang wajib diikuti dan mesti diterima

Ketiga, bertepatan dengan resm uthmani (mushaf al-imam)atau salah satu daripada mushaf yang enam. Contohnya mushaf Kufi adalah salah satu mushaf resm uthmani dan digunakan secara meluas di Malaysia dan di dunia. Penggunaan ini selari dengan riwayat bacaan yang tersebar luas di Malaysia dan di dunia iaitu bacaan Imam cAsim, Riwayat Hafis Tarik (aliran bacaan) Syatibiy. Penulisan resm uthmani merupakan sesuatu yang tauqifiy ( ketentuan Allah SAW) dan bukannya ijtihad mana-mana pihak.

* entri ini asalnya assingmnet aku buat untuk seorang ustazah yang sambung blaja. setelah hampir setahun aku serah kat dia, aku layarkan artikel ni di sini slowly.
* rujukan utama artikel ini dari buku keluaran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Panduan Resm Uthmani, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2005, hlm.9-10, dan juga modul keluaran Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, Pendidikan al-Quran Minor Modul 1/3, 2005, hlm 27-28

al-Quran....Adab Membaca Al-Quran

1.8 Adab Membaca Al-Quran

Wajib bagi kita menghalalkan apa yang dihalalkan al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya. Diwajibkan pula beradab dengannya dan berakhlak terhadapnya. Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya.

Kita hendaklah membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang. Dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci. Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu utama.”

Selain itu, kita juga hendaklah membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati apa yang dibaca. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa saja yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami. (Hadis Riwayat: Ahmad dan penyusun Kitab Sunan). Sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci pengkhataman al-Quran sehari semalam berdasarkan hadis di atas. Rasulullah SAW memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran setiap satu minggu (Muttafaq Alaih). Ini dilakukan Abdullah bin Mascud, Uthman bin Affan, Zaid bin Thabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam masa seminggu.

Membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.”(hadis riwayat al-Bazzar). Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang al-Quran menambahkan mereka khusyuk.”

Membaguskan suara membacanya, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hiasilah al-Quran dengan suaramu.” (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran.” (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim). Maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhraj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah tajwid.

Membaca al-Quran dimulai dengan isticazah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.” Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas isticazah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca isticazah. Khusus untuk surat Al-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah. Cukup dengan membaca isticazah sahaja

Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya. Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?”

Membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu nyaring atau di tempat orang ramai. Bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk. Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad). Dalam hadis lain dijelaskan: “Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur'an).” (Hadis Riwayat: Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan Hakim). Jangan jadikan ibadah yang kita lakukan sia-sia kerana kita tidak mengendahkan sunnah Rasulullah dalam melaksanakan ibadah membaca al-Quran. Misalnya, membaca dengan suara nyaring pada larut malam, yang akhirnya mengganggu orang yang rehat dan solat malam.

Mendengar bacaan al-Quran. Jika ada yang membaca al-Quran, maka dengarlah bacaannya itu dengan tenang. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tatkala dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat.”

Membaca dengan cara bertukar ganti mengikut giliran. Membaca al-Quran, boleh dilakukan secara giliran dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan tenang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), malaikat menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan (malaikat) yang ada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

Melakukan sujud tilawah (sujud sajdah) pada saat selesai membaca ayat sajdah, pada bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam, jika pembacanya belum batal daripada wuduk. Tatacara pelaksanaannya dimulai daripada takbir, lalu sujud, kemudian membaca “Subhana Rabbiyal Aclaa”' (Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud Tilawah. Selepas itu bangkit daripada sujud tanpa takbir dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi s.a.w mengenai hal itu, kecuali jika sujud tilawah itu dilakukan di tengah-tengah pelaksanaan solat, maka ia bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud.

Berdoa selepas membaca al-Quran. Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: “Semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran.” Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a dijelaskan bahawa apabila dia sudah khatam membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya dan berdoa. (Hadis Riwayat: Abu Dawud). Setiap orang Islam wajib mengatur hidupnya sesuai dengan tuntutan al-Quran. Ia harus dipelihara kesucian dan kemuliaannya, serta dipelajari dan difahami ayat-ayatnya. Pelaksanaan ini adalah sebagai tanda kita beriman kepada al-Quran.



Wajib bagi kita menghalalkan apa yang dihalalkan al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya. Diwajibkan pula beradab dengannya dan berakhlak terhadapnya. Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya.

Kita hendaklah membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang. Dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci. Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu utama.”

Selain itu, kita juga hendaklah membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati apa yang dibaca. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa saja yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami. (Hadis Riwayat: Ahmad dan penyusun Kitab Sunan). Sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci pengkhataman al-Quran sehari semalam berdasarkan hadis di atas. Rasulullah SAW memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran setiap satu minggu (Muttafaq Alaih). Ini dilakukan Abdullah bin Mascud, Uthman bin Affan, Zaid bin Thabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam masa seminggu.

Membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.”(hadis riwayat al-Bazzar). Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang al-Quran menambahkan mereka khusyuk.”

Membaguskan suara membacanya, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hiasilah al-Quran dengan suaramu.” (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran.” (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim). Maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhraj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah tajwid.

Membaca al-Quran dimulai dengan isticazah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.” Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas isticazah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca isticazah. Khusus untuk surat Al-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah. Cukup dengan membaca isticazah sahaja

Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya. Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?”

Membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu nyaring atau di tempat orang ramai. Bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk. Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad). Dalam hadis lain dijelaskan: “Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur'an).” (Hadis Riwayat: Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan Hakim). Jangan jadikan ibadah yang kita lakukan sia-sia kerana kita tidak mengendahkan sunnah Rasulullah dalam melaksanakan ibadah membaca al-Quran. Misalnya, membaca dengan suara nyaring pada larut malam, yang akhirnya mengganggu orang yang rehat dan solat malam.

Mendengar bacaan al-Quran. Jika ada yang membaca al-Quran, maka dengarlah bacaannya itu dengan tenang. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tatkala dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat.”

Membaca dengan cara bertukar ganti mengikut giliran. Membaca al-Quran, boleh dilakukan secara giliran dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan tenang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), malaikat menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan (malaikat) yang ada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

Melakukan sujud tilawah (sujud sajdah) pada saat selesai membaca ayat sajdah, pada bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam, jika pembacanya belum batal daripada wuduk. Tatacara pelaksanaannya dimulai daripada takbir, lalu sujud, kemudian membaca “Subhana Rabbiyal Aclaa”' (Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud Tilawah. Selepas itu bangkit daripada sujud tanpa takbir dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi s.a.w mengenai hal itu, kecuali jika sujud tilawah itu dilakukan di tengah-tengah pelaksanaan solat, maka ia bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud.

Berdoa selepas membaca al-Quran. Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: “Semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran.” Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a dijelaskan bahawa apabila dia sudah khatam membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya dan berdoa. (Hadis Riwayat: Abu Dawud). Setiap orang Islam wajib mengatur hidupnya sesuai dengan tuntutan al-Quran. Ia harus dipelihara kesucian dan kemuliaannya, serta dipelajari dan difahami ayat-ayatnya. Pelaksanaan ini adalah sebagai tanda kita beriman kepada al-Quran.

*entri ini asalnya assingmnet aku buat untuk seorang ustazah yang sambung blaja. setelah hampir setahun aku serah kat dia, aku layarkan artikel ni di sini slowly.

Ahad, 21 Mac 2010

tuhan suka orang yang berdoa....

ada suatu petikan/tulisan hamka dari tafsir al-azhar yang aku rasa nak abadikan disini. dia tulis pasal doa. kita hendaklah banyakkan berdoa. sentiasa berdoa meminta pada Allah SWT. ada hambaNya yang berdoa, sentiasa berdoa meminta sesuatu perkara. tuhan bagitau malaikatnya supaya kabulkan doa hambaNya itu, kenapa? kerana tuhan suka? tidak sama sekali! Tuhan tidak suka dan DIA mengabulkan doa hambaNYA kerana bosan/benci mendengar doa hamba tersebut. ada segolongan lagi hambaNYA, mereka sering dan sentiasa berdoa, tuhan meminta malaikat menangguhkan dulu permintaan mereka kerana tuhan suka mendengar permohonan, rintihan dan ratapan mereka.

so kita sebagai hamba kena banyakkan berdoa. kalau doa kita lanbat dikabulkan tuhan tidak semestinya kita ni tuhan benci. begitulah juga kalau kita berdoa, then doa kita dikabulkan tuhan, tidak semestinya tuhan sayang kat kita. yang penting, banyakkan berdoa dan kita kena sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.

#entri ni ditulis secara bebas. sumber pasal doa tu daripada athar.

ustaz...atau protaz? protaz...atau ustaz?

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

seingat aku, first time aku dengar perkataan protaz rasanya dalam majalah i. tak pun dalam internet sekitar tahun 2005/2006(x pasti). seingat aku juga istilah protaz ni merupakan singkatan daripada gabungan perkataan profesional ustaz. macam pilot, bankers, doktor atau apa-apa sahaja yang alim dalam sesuatu bidang ilmu agama tu, so depa ni digelar protaz. dari mana asal perkataan ni aku pun tak tau. ada yang kata dari ust mazlee malik pensyarah uiam. tapi tak tau la

mengikut maklumat tak rasmi yang aku tau, perkataan ustaz ni berasal dari bahasa parsi. ia merujuk kepada seseorang yang pakar dalam sesuatu perkara. dalam ilmu agama, boleh dipanggil ustaz. dalam ilmu enjin, atau pelayaran, atau kedoktoran boleh dipanggil ustaz. kalau kat mesir, perkataan ustaz boleh membawa makna profesor apabila ditambah perkataan doktor di belakangnya (ustaz doktor). tapi tak tau la camana kat mesia ni bila jer sebut ustaz, merujuk kepada agamawan. asal jer ustaz, gambarannya dia mesti berkopiah, berserban dan mahir atau alim bab agama. tak pun paling kurang, ngajar agama kat sekolah. lagi satu dia da ada feminin maskulin. kalau maskulin disebut ustaz. kalau feminin dipanggil ustazah. aku pun tak tau sapa yang bawa balik perkataan tu, tetiba jer jadi lain makna dia.

so kalau merujuk kepada perkataan ustaz yang kita maknakan sebagai seseorang yang pakar dalam sesuatu perkara, rasanya perkataan protaz tu dah jadi hilang dan tak relevfan lagi. walau pun dia seorang usahawan, bila dia mahir dalam ilmu tafsir, dia layak dipanggil ustaz(bagi aku la). walau pun dia seorang doktor, namun dia tau banyak pasal usul fiqh dia layak dipanggil ustaz(bagi aku la). so dengan sendirinya perkataan protaz tu tak wujud lagi. masalahnya kat mesia ni, perkataan ustaz tu dah tertanam kukuh sebagai seorang yang mahir ilmu agama. kena blajar agama secara formal. secara talaqqi, kena memondok, kena sekolah arab, kena ada sijil STAM, sarjana muda syariah contohnya barulah dipanggil ustaz. tu pasal kot orang yang jadi technician tapi mahir atau alim ilmu hadis contohnya tidak dipanggil ustaz. lama2 perkataan ustaz tu jadi terpisah dengan mereka(orang yang tak berpendidikan agama secara formal tapi mahir agama)dan dah sinonim bahawa ustaz ni hanya untuk orang yang gini gini. tu pasal la agaknya lahir perkataan protaz ni.

bagi aku, khilaf lafziy(perbezaan pendapat tentang sesuatu lafaz) ni takder apa sangat, lafaz hanya diletakkan merujuk kepada sesuatu mauduk. bukanlah benda ni tak penting dalam erti kata tak payah ambil tahu. tak penting di sini dalam makna janganlah perbesarkan sangat benda tu sehingga kita terlalu memperbesarkan perkara khilaf pada lafaz dan kita terlupa tentang pengisian lafaz tersebut. walau pun anda seorang doktor, tapi anda mahir dalam ilmu tafsir, go on dengan cara anda. belajarlah dan sumbangkan sesuatu untuk agama anda. walau pun anda seorang technician dan mahir dalam ilmu tauhid, teruskan usaha anda dan sumbangkan sesuatu yang terbaik untuk agama anda sebagai suatu tanggungjawab kepada Allah SWT. agaknya keadaan pemisahan inilah yang melahirkan idea islamisasi ilmu ismail faruqi. agaknya idea pemisahan inilah yang menjadikan timbulnya cadangan nak buat double degree sekitar 20 atau 30 tahun dulu.

*entri ini ditulis secara bebas, tanpa sebarang rujukan. main hentam apa yang ada dalam kepala. sila rujuk balik

Khamis, 18 Mac 2010

Bekalan para pendakwah

1) mempunyai pengetahuan yang sempurna atau menguasai sepenuhnya ke mana arah dan hala tuju dakwahnya. Secara mudahnya, hendaklah mengetahui al-Quran dan mengetahui pula sunnah nabi Muhammad SAW termasuklah sejarah hidup nabi, para sahabat, golongan salaf seta syarat2 yang perlu dalam lapangan hukum.

2) mengetahui hal ehwal orang atau kaum yang akan dilakukan dakwah kepadanya (etnologi). Dalam hal ini sayyid rasyid ridha mengambil contoh tentang khalifah abu bakar ra. Pada mulanya ada suara yang melantik khalifah dari suku ansar, muhajirin dan macam2. akhirnya abu bakar yang dipilih. Semasa berlaku penentangan dari golongan yang murtad, salah satu sebab atau faktor kejayaan abu baker ialah kerana pengetahuannya tentang kabilah dan puak2 arab. Mana yang harus diperangi, mana yang hanya perlu kepada diplomasi dan sebagainya.

3) Mengetahui sejarah secara umum, dari segi epistemology dan sebagainya supaya dapat mengetahui sumber kerosakan akhlak dan timbulnya adat istiadat yang menggangu kecerdasan berfikir. Kesannya pendakwah akan lebih berhati2 dalam dakwahnya. Al-Quran pun banyak megandungi sejarah

4) Mengetahui ilmu bumi, kesannya kepada penduduknya. Contohnya masyarakat hiliran yang berorientasikan laut pastinya mempunyai daya dan corak pemikiran yang berbeza dengan masyarakat peneroka yang sinonim dengan bukit, hutan dan sebagainya. Harus diingat, Imam Syafie mempunyai qaul jadid di mesir dan qaul qadim di iraq.

5) Psikologi. Seharusnya seorang pendakwah mempunyai kefahaman / kepandaian / pengetahuan tentang ilmu psikologi.

6) Akhlak. Ilmu yang mengupas perangai yang baik dan buruk. Tidak perlu terlalu focus kepada falsafah akhlak seperti apa yang dihuraikan oleh ahli falsafah, yang lebih penting ialah berakhlak mulia.

7) Ilmu sosiologi. Ilmu kemasyarakatan cukup penting untuk melihat dan mengetahui sebab2 kemajuan atau kemunduran sesuatu bangsa. Bagaimana masyarakat itu tumbuh, berkembang atau layu sebelum berbuah. Ilmu ini berkait juga dengan ilmu sejarah dan ilmu akhlak, atau bersumber dari kedua2nya. Ada orang berkata sejarah mungkin berulang. Ada juga yang berkata sejarah tidak berulang tetapi peri laku manusialah yang berulang

8) Ilmu politik. Harus diketahui oleh pendakwah zaman atau suasana tempat hidupnya.

9) Bahasa atau dialek sesebuah negeri. Bagaimana alim sekali pun seorang ulama, kalau tidak tahu bahasa sesebuah negeri tempat dakwahnya, samalah dengan orang bisu. Lebih baik kalau pendakwah juga mengerti atau mengetahui bahasa kesarjanaan pada zaman ini seperti inggeris, peranchis dan sebagainya.

10) Mengetahui kebudayaan dan kesenian yang beredar dan menjadi budaya masyarakat yang ingin didakwahnya. Pengetahuan tentang perkara ini akan menjadikan seorang pendakwah akan lebih berhati2 dan tidak terburu2 untuk menghukum.

11) Mengetahui perkara dasar perbezaan di antara agama. Contohnya agama kristian, yahudi, hindu, Buddha dan sebagainya

Sumber: tafsir al-azhar ketika hamka menafsirkan ayat 104 ali Imran. Mengikut Hamka, tafsiran atau huraian ini di ambil dari Syeikh Muhammad Abduk yang disalin anak muridnya Rasyid Ridha dalam tafsir al-manar.

Lawrence of arabia & syeikh badwi


Masa kecik2 dulu, aku ingat ada filem pasal Lawrence of Arabia(poster di atas), seorang perwira Inggeris(perwira dari kaca mata barat) yang terkenal dalam perang dunia ke 1. aku ingatkan Lawrence ni hero, rupanya dia ni la yang menghasut ketua2 badwiy di jazirah arab supaya bangun memberontak terhadap kerajaan Uthmaniyyah di penghujung usia Uthmaniyyah di tanah arab. Bila berjumpa dengan ketua2 badwi dia selalu bercerita tentang kemajuan barat, teknologi canggih, bangunan hebat dan sebagainya. Suatu hari dia berjumpa dengan seorang ketua arab badwi yang dah tua. Waktu tu malam. Mereka berbual di muka khemah sambil melihat bintang2 di langit. Lawrence cam biasa, bercerita tentang kemajuan teknlogi barat. Dier ni memang hebat dan pandai berbahasa arab termasuklah dialek yang arab badwi gunakan. So lawrencew pun citerla pasal kemajuan teleskop yang besar, berdiri di puncak bukit yang bertebaran di negara2 eropah dan amerika. Bintang2 yang banyak yang berkelip2 tu dapat dilihat dan diketahui oleh orang barat. Ada bintang yang jaraknya dengan bumi 100 000 tahun perjalanan cahaya, ada yang 300 000 tahun perjalanan cahaya. Justeru itu, tidak ada lagi rahsia yang barat tidak tahu. Semuanya barat telah terokai dan akan terokai dengan penemuan terbaru. Syeikh badwi itu mendengar dengan teliti. Lalu syeikh badwi itu menjawab dengan jawapan yang menyebabkan Lawrence terdiam dan tidak berkata apa-apa lagi. Sesudah bertahun lamanya, barulah jawapan syeikh badwi itu Lawrence catat dalam buku catatannya. Syeikh badwi itu menjawab, SAYA TAHU, KALIAN DI BARAT TELAH DAPAT MENGHITUNG BINTANG DI LANGIT, ENTAH BERAPA BANYAKNYA. TETAPI KALIAN TIDAK PERNAH MELIHAT SIAPA DI BELAKANG BINTANG2 ITU. KAMU TIDAK PERNAH BERBICARA TENTANG TUHAN. SEDANGKAN KAMI ORANG ARAB, BERAPA BANYAK BINTANG YANG KELIHATAN MAHU PUN YANG TIDAK KELIHATAN, KAMI SELALU MENGINGAT SIAPA YANG BERADA DI BELAKANGNYA

(Dipetik daripada tafsir al-azhar, hamka semasa membicarakan ayat 104-109 surah ali Imran)

Rabu, 17 Mac 2010

tafsir al-azhar...(92: 3)

Kamu tidak akan beroleh kebajikan sebelum kamu menginfakkan(menyedekahkan) sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan(sedekahkan) , tentang hal itu sungguh, Allah SWT Maha Mengetahui.(92:3)

Terharu aku baca tafsiran ayat 92 daripada surah ali Imran ni. Really banyak cerita yang boleh menjadi iktibar dan pengajaran berguna buat aku. Terasa jauh sangat aku daripada apa yang dilakukan oleh sahabat. Terasa terpukul aku bila baca pasal ayat2 ni. Semoga ianya menjadi pengajaran buatku

Kisah 1
Seorang sahabat nabi dari kaum ansar bernama abu talhah mempunyai kebun yang amat2 dibanggakannya. Kebun tersebut terletak tidak jauh daripada masjid nabi di madinah. Namanya bairuhaa’. Baginda rasulullah SAW kerap kali singgah ke kebun itu untuk minum airnya yang sejuk. Nama abu talhah juga dikenali ramai kerana bairuhaa’ itu. Setelah ayat ini turun, perasaan imannya kepada Allah SWT menyelinap ke dalam hati abu talhah. Lalu beliau pergi berjumpa dengan rasulullah SAW untuk menyedekahkan bairuhaa’ itu kepada rasulullah SAW. Beliau juga memberi kuasa sepenuhnya kepada rasulullah SAW untuk menyedekahkannya pula kepada siapa yang rasulullah SAW hendak. Rasulullah SAW menerima sedekah abu talhah itu dan menyerahkan kuasa kepada abu talhah kembali untuk menyedekahkan kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki dari kerabat keluarga yang dekat. Mengikut riwayat hadis Muslim, abu talhah menyedekahkannya kepada zaid bin thabit dan ubay bin kaab.

Kisah 2
Zaid bin harithah, anak angkat rasulullah SAW mempunya seekor kuda yang beliau cukup saying. Namanya sabul. Setelah turun ayat ini, beliau menyedekahkan kudanya kepada rasululah SAW dan meminta rasulullah SAW menyedekahkannya kepada sesiapa sahaja yang baginda ingin sedekahkan. Kuda tunggangan itu diterima sebagai sedekah oleh nabi Muhammad SAW sehingga baginda dapat melihat riak wajah kesedihan di muka zaid kerana teramat sayang kepada kuda tersebut. Lalu baginda meminta beberapa orang sahabatnya pergi menjemput usamah bin zaid, iaitu anak kepada zaid bin harithah. Kemudiannya rasulullah SAW menyedekahkan kuda tersebut kepada usamah, anak zaid sendiri. Betapa tingginya siasah rasulullah SAW. Kedua2 barangan tersebut baginda sedekahkan kepada orang yang berhampiran dengan pemberi sedekah. Kebun bairuhaa’ diberikan hak untuk menyedekahkannya kepada tuan punya asal supaya disedekahkan kepada kaum kerabat. Kuda sabul pula disedekahkan kepada anak si pemberi sedekah.

Selasa, 16 Mac 2010

tafsir al-azhar...ratapan langit dan bumi buat syuhada surabaya


maka langit dan bumi tidak menangisi mereka, dan mereka pun tidak diberi penangguhan waktu.(al-dukhan ayat 29)(29:44)
Ayat ini dan sebelumnya berkisar tentang kesombongan dan kematian firaun dan bala tenteranya yang tidak diratapi oleh alam ini. Bila sahaja firaun dan tenteranya mengejar nabi Musa a.s dan kaumnya sehingga membawa mereka menyeberangi lautan yang terbelah. Bila mereka menyeberang lalu lautan yang terbelah pun bertangkup kembali. Mereka lupa lautan bukanlah milik mereka yang boleh mereka kawal. lalu firaun dan bala tenteranya pun mati. Then Allah SWT menegaskan bahawa kematian mereka tidaklah ditangisi oleh bumi mahu pun langit. Ditambah lagi dengan peringatan bahawa mereka tidak diberi penangguhan lagi. Sehebat-hebat firaun dan kerajaannya, segagah-gagah firaun dan bala tenteranya, kematian mereka rupanya tidak ditangisi oleh langit dan bumi. Alangkah terharunya aku baca ayat dan tafsiran ini. Hilangnya firaun dan bala tenteranya yang dianggap penting, sedikit pun tidak membawa kesan kepada alam ini. dapatlah dibayangkan bagaimana firaun dan bala tenteranya hilang di dalam lautan, lautan itu bertangkup kembali dan tenang seolah2 tiada apa.

Hamka bercerita semasa beliau berada di Surabaya dalam tahun 1962. ketika itu musim panas. Hujan sudah lama tidak turun. Pada masa itu, pemerintah Indonesia sedang memindahkan kuburan para pahlawan tanah air yang terkorban dalam penentangan terhadap Inggeris sekitar tahun 1940an. Pada hari pemindahan jenazah itu dijalankan, berlaku suatu keajaiban. Seluruh kota Surabaya diliputi mendung. Turun hujan rintik2 tapi xde la turun hujan lebat. Dari pagi sampailah petang. Keesokannya Surabaya kembali meneruskan musim kemaraunya. Lembapnya Surabaya hari itu, mendungnya awan dan hujan yang turun rintik2 menjadi bual bicara penduduk dan jemaah di masjid di tempat hamka menunaikan solat. Kesimpulannya, ramai ahli jemaah yang bersetuju bahawa seramai-ramai tentera dan pahlawan yang menentang penjajahan Inggeris itu, ada yang sememangnya menjadi syuhada’ sejati. Yang terkorban dan mendapat syahid dalam peperangan itu. Sehinggakan kematian para syuhada’ itu diratapi langit dan bumi. Terasa sayu hatiku baca bab ni. Entahla….bagaimana dengan aku sendiri. Apakah kematianku suatu waktu nanti akan diratapi langit dan bumi sebagaimana syuhada Surabaya??Wallahu aklam.

Sabtu, 6 Mac 2010

santai bersama PC games......football manager 2010


dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
masa aku dok kat ukm dulu, aku tengok kekawan aku yang minat bola asyik dok main game. ada yang main game FIFA 2002, SOCCER GAME. ada yang main pasal pengurusan bola, kira jadik manager la cam Championship manager. ada yang jadi jeneral dalam red alert, age of empire, tak pun yuri's revenge. ada gak yang suka game ringan cam mario, susun blok punya. yang ni aku tak minat langsung. kalau brick game lagi la aku tak minat.

aku suka game yang melibatkan perancangan strategi. macam jadi manager bola, atau jadi jeneral dalam age of empire atau red alert. kalau red alert tu aku suka main apa sahaja asalkan lawan amerika. aku main cuba, China, iraq, russia atau apa sahaja asalkan lawannya dengan amerika. kannya apa, rasa benci sangat dengan amerika, khasnya masa aku baru balik dari mesir dulu, ameriak baru sahaja hancurkan afghanistan dan iraq. tapi dalam game red alert tu, memang us punya teknolgi ni agak power. dengan kelebihan askar payung terjunya boleh jer terjun kat mana2. tambahan lak kalau dapat jadi sarjan...ada 3 atau 4 orang sarjan, boleh letupkan kereta kebal tahap cikai punya. kalau age of empire tu, aku main masa kat egypt lagi, tapi aku tak la berapa ingat pasal dia punya tamadun apa aku main.

bila je aku balik msia, dok kat ukm lak, ketemu pulak dengan kekawan ada semangat nak jadi alex ferguson, tambah lak dengan minat bola aku yang sentiasa ada, aku jadi minat nak jadi manager dalam alam maya ni. masa tu dikenali dengan nama championship manager. sempat la aku main versi 1998 dan 2001. kira aku main kelab cikai jer. kalau main kelab besar, tekanannya agak tinggi. nak menang itu, nak menang ini. ditambah lak dengan budget besar. so kena buat pembelian yang terbaik. kalau kalah jer dalam derby game, atau tak capai target apa2 tahun tu, alamatnya kena sacked la kat board. masa aku main CM 1998, aku main cambridge united fc. masa tu dalam divisyen 3. then dalam 4 atau 6 tahun aku berjaya layak ke liga perdana. tu kira sekali dengan restart komputer, save bila menang, restart bila kalah la. kalau main betul punya alamat 10 tahun tu asyik kat liga divisyen 1 lagi kot, tak sampai EPL punyer. versi 2001 pun sama, aku main cambrige united. kira pasukan kecik, budget kecik, harapan n target pun kecik. so aku tak tertekan la.. he he he.

kediannya tahun berapa tah, aku tak ingat syarikat pembuat game ni ada masalah. antara SEGA dan Eidos entertainment rasanya. nama syarikat tu aku tak pasti sangat. so dua rakan kongsi ni berpecah. satu jadi CM (championship manager) satu lagi jadi Football manager(FM). masa tahun 2008 atau 2009 aku beli kedua2 cd ni, tapi aku rasa FM ni lebih hebat dan ada ciri2 asal zaman kegemilangan CM. CM skang ni walaupun nama CM tapi rasanya tak la kaw kaw cam dulu. kalau main FM, perancangan n strategi tu nampak hebat. ada gaya n semangat cam jose maurinho, dengan sesei latihan, hubungan dengan pemain dan board serta fans, cara n teknik jawapan bila berdepan dengan soalan wartawan,. memang ada perbezaan besar dengan CM dulu. kira ada peningkatan la. lagi satu, FM 2010 ni ada grafik orang main bola. kalau versi 1998 dulu aku ingat ada kuar tulisan jer, dia cakap tendang bola, menyerang sebelah tepi ker apa tah. kediannya versi 2001 ada macam gulu jer. dia wat bola kecik2 sebagai ikon pemain n ada bola. skang ada grafik, orang main bola. kira hebat la. tapi kena pakai cd atau online terus internet. tak macam dulu.

skang ni aku main sheffield united fc. main dalam coca-cola championship. first season aku dapal jadi champions n terus ke EPL. skang dah masuk tahun ke 7 aku kat bramall lane. dah layak ke pertandingan liga juara-juara. kira okey la. he he. tu pun main restart punyer. kalau main tak restart alamatnya berjanggut la. he he.

apa pun, aku suka benda camni kerana aku suka tengok n amik tau pasal bola. so game ni melibatkan nama sebenar pemain bola. lagi satu kerana ianya melibatkan perancangan strategi, benda yang aku minat. aku kena wak sistem latihan sendiri, lantik barisan coach dari youth coach, fitness coach, fisrt team coach, physio hinggalah barisan scout pencari bakat aku. then aku kena kaji strategi pasukan lawan n terapkan strategi bagaimana nak hadapi pasukan lawan.

cuma satu jer, benda ni buang masa n banyak amik masa aku. masa membaca aku hilang kerana benda2 cam ni. aku main benda ni sambil search tenet, tulis blog, atau apa2 pasal komputer. kira curi masa gak la. biasa la hiburan. jiwa kalau takder hiburan langsung rasa tak sedap juga especially manusia biasa cam aku byk dok rumah ni. kalau lebih2 sampai tak habiskan kitab2 aku rasa tak sedap hati gak. buat semua kekawan yang pernah bersama2ku xplorer CM dulu, selamat berbahagia.

Jumaat, 5 Mac 2010

malaikat turun (datang) kepada orang beriman..?(2)

So dalam pembacaan aku pasal surah fussilat ni, ada cerita yang buya hamka ceritakan pengalaman beliau yang ada kaitan dengan ayat ni. Hamka menceritakan bahawa beliau ditangkap pada bulan puasa 12 hari bulan Ramadan 1383H. beliau dipenjarakan di rumah tahanan seorang diri, dikawal oleh polis yang tempat duduknya agak jauh dengan kurungan(rumah tahanan) beliau. Beliau bercerita lagi bahawa beliau merasa heran kerana tiap kali beliau merebahkan kepala hendak tidur, beliau merasakan ada orang yang tidur di tempat kosong di sampingnya. Sampailah beliau tertidur dan bangun kembali untuk makan sahur, beliau merasakan beliau ditemani orang itu sepanjang malam. Begitulah yang terjadi selama 2 tahun 4 bulan berada di dalam tahanan, sehingga beliau tidak merasa sepi sendirian.

Kisah 2:
Dalam satu kisah lain, buya hamka bersama anaknya menaiki kereta dari Surabaya kembali ke Jakarta pada waktu malam, beliau merasakan ada orang duduk di sebelah kirinya dalam keadaan separa sedar (setengah tidur). Bila nak sampai kat rumahnya barulah anak lelaki beliau bertanya, apakah ayah merasakan apa2 sepanjang perjalanan tadi….
jawab beliau ada..rasanya ada orang duduk di sebelah kiri ayah.
Lantas anaknya bertanya lagi berbaju putih?
Ya berbaju putih..jawab hamka.
Menurut anaknya, dia perasan ada orang berbaju putih menemani hamka sepanjang perjalanan melalui cermin kereta namun tidak berani bertanya dan tidak pula merasa takut sehingga hamper sampai ke rumah. Begitu juga hamka, beliau merasa ada orang menemaninya dan beliau merasa cukup senang dengan kehadiran orang itu

Kisah 3:
Setelah 8 bulan dalam tahanan, hamka ditimpa sakit yang agak parah lalu beliau dipindahkan ke hospital di wad kelas 1. ditahan sambil menjalani rawatan dengan kawalan keselamatan yang cukup ketat. Beliau perasan pada bulan pertama dalam tahanan di tempat itu, ramai sangat polis yang mengawal beliau bagaikan seorang pesalah besar. Setelah sebulan berlalu, kawalan polis mula longgar. Suatu malam datang seorang jururawat pada jam 9 malam, untuk memeriksa kesihatan buya hamka memberitahu bahawa para polis tidak lagi berkawal di luar bilik rawatan seperti biasa, hinggakan jururawat tidak berani datang pada waktu malam ke bilik rawatan buya hamka. Lalu hamka bertanya apa yang ditakutkan dengan seorang orang tua sepertinya yang hanya membaca al-quran sebelum tidur. Lalu jururawat itu memberitahu bahawa para polis yang bertugas mengawal bilik berkenaan memberitahu mereka tidak berani datang berkawal di situ pada waktu malam kerana sering ternampak seorang lelaki berbaju putih dan berserban serig duduk di bangku tempat mereka selalu duduk di luar bilik ketika berkawal. Hilang keberanian mereka. Akhirnya mereka hanya berkawal di pondok pengawal bersama pengawal keselamatan, agak jauh dari bilik hamka

Hamka mengatakan itulah pengalaman beliau. Beliau tidak berani mengatakan apakah itu malaikat yang menjelma sebagai manusia. Cuma beliau mengharapkan mereka semua adalah kawan2 yang baik dan mereka tidak pernah membisikkan bisikan yang jahat ke dalam hati atau telinga beliau. Cuma beliau berasa tidak takut apa yang menimpa beliau, kerana beliau yakin bahawa apa yang diperjuangkannya selama ini adalah agama Allah. Beliau juga tidak berdukacita terpisah daripada anak dan isteri beliau kerana beliau yakin dengan kekuasaan Allah, pasti Allah akan melindungi orang yang memperjuangkan agamaNYA.