Kenangan Kaherah (10)
RADIO DAN TELEVISYEN
Ambo beli radio awal tahun 1998. Jenama aiwa dengan harga LE100 lebih. Pusing punya pusing cari siaran, hati ambo tertarik dengan beberapa chanel radio. Antaranya yang paling utama ialah Izaah al-shabab wa al-riyadah (secara lateral bermaksud siaran anak muda dan sukan). Kat radio ni ada siaran ttg berita semasa, berita sukan, aktiviti muda mudi dan macam macam. Ambo masih ingat lafaz berita selepas salam dan ucapan selamat pagi atau malam (laqad qarrara alrais Muhammad Husni Mubarak….) maksudnya secara lateral Presiden Muhammad husni Mubarak telah mengeluarkan ketetapan (arahan/dekri) tentang …… PM mesir pada masa ambo sampai ialah Dr Kamal Ganzouriy, seorang ekonomis yang hebat. Pada zaman beliau sebagai PM, banyak akta dan peraturan digubal (lebih 300) untuk memajukan tanah Mesir yang di luar kawasan Delta Nil. So berita pasal ketetapan atau arahan baru ni selalu menjadi topik pertama siaran radio sampai ambo dapat mengingatinya
Ambo juga masih ingat temuramah radio berkenaan dengan pelajar al-Azhar dari Bosnia, macamana mereka belajar untuk memahami Arabic. Jawab pelajar Bosnia tu dia akan cuba mendengar radio Arabic lebih 12 jam sehari, memerhati dan cuba meniru dan menyebut setiap butir patah perkataan. Kebanyakan rancangan lebih banyak disampaikan dalam dialek Mesir terutama melibatkan panggilan telefon dengan pendengar seperti pendapat awam, luahan hati dan aduan awam. Ada juga beberapa rancangan diadakan dalam fushah, biasanya bila melibatkan rancangan bersama tokoh azhar sepeti tazkirah, soal jawab ugama dan sebagainya
Antara saluran radio lain ialah Izaah al-Quran. Radio ni mengaji quran jer. Bacaan Quran dari Qari-Qari mesir akan diperdengarkan termasuklah Syeikh Jibril yang glamer tu. Biasanya kedai jual sayur selalu siar siaran ini. Ambo jarang dengar siaran ni sebab rasa tak selesa bila kita dok sembang sambil siaran Quran dialunkan. Kalau nak dengar juga, biasanya ketika ambo keseorangan sambil tumpu pendengaran pada siaran. Ambo lebih suka akan pasang pita kaset juzuk yang kita kena hafal (subjek al-Quran) alunan Syeikh Sudaisiy dan Shuraim. Kalau dengar tarannum pun, biasanya Syeih Abdul Basit.
Mesir ada 9 saluran tv termasuk NILE TV yang lebih kepada Bahasa inggeris dan Peranchis. Saluran 1 dan 2 banyak menyiarkan ucapan Presiden dan menyampaikan dasar kerajaan. Kalau ada bolasepak secara live samada liga tempatan atau luar negara saluran 1 dan 2 inilah yang kami selalu tengok. Pasal bola nanti kita sembang lain kali Insya Allah
Kalau anda suka tgk movies, anda tak akan suka dengan saluran tv mesir. Bukanlah takder movies. Ada cuma tak banyak dan tak terkini. Kalau filem luar, tak banyak. Arab ni bukan jenis suka menyanjung filem luar. Biasa kalau ada filem English, ada terjemahan Arabic kat bawah. Semua tu membantu kami dari segi bahasa
Untuk filem tempatan mereka tak siarkan filem baru sebab terikat dengan hakcipta. Masa ambo sampai ambo sempat tgk poster dan iklan filem risalah ila al-waliey lakonan superstar mereka Adil Emam. Ada juga filem hitam putih yang disiarkan dlam tv. Antaranya filem lakonan Ismail Yasin, bintang filem era hitam putih yang ambo kenal. Wajahnya ada iras Sabri Yunus Pok Ya Congcodei. Ambo pernah tengok suatu filem Ismail Yasin tu, ada scene yang hampir sama dengan Madu Tiga P Ramlee. Ada satu scene yang mana P Ramlee berkejar kejaran dengan 3 isterinya masuk bilik ni, then keluar bilik satu lagi, then masuk bilik hujung kemudian keluar bilik depan. So scene sebegitu ada dalam filem Ismail Yasin. Ambo tak pasti samada P Ramlee ambil idea dari sini atau sebaliknya.
Kebanyakan chanel di radio dan televisyen bercakap dengan dialek mesir kecuali rancangan berita samada berita tempatan atau antarabangsa. So rancangan beritalah yang paling ambo tunggu dan tengok (atau dengar). Lama-kelamaan kita akan faham dengan Bahasa mereka. Bila dah faham, ambo mula kurang tgk tv sebaliknnya lebih banyak mendengar berita melalui radio.
Ada juga takirah atau bual bicara bersama ulama mesir. Paling ambo suka ialah tazkirah atau bual bicara yang disampaikan oleh figure macam Syeikh Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawiy atau rektor azhar masa tu, Dr Ahmad Umar Hashim. Ada juga sesekali tgk rancangan tafsir al-Quran yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad Mutawalli Syakrawiy tapi ceeramahnya banyak dalam dialek mesir. Tantawi menyebut perkataan dengan lembut, jelas, satu persatu dan seronok dengar. Ada juga sebahagian pelajar Malaysia tak suka bahkan anti dengan beliau, entah camana ambo cukup suka dengan cara beliau bercakap. Dr Umar Hashim pula selalu berceramah dengan semangat. Kalamnya ringkas tapi padat. Tokoh-tokoh lain ada juga tapi maybe ambo tak perasan
Masa Ramadan pertama ambo(1997) ada rancangan Musalsal Imam 4 mazhab. Musalsal ni macam drama bersiri. Ada citer Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad. Ambo selalu tgk citer ni sebab dia bercakap dengan Bahasa Fushah (standard Arabic). So kami yang masih baru ni mudah nak faham sambil tengok jalan citer. Antara yang ambo ingat ialah babak Imam Syafie mati dipukul oleh pengikut tegar Imam Malik. (Ada sejarawan mengatakan bahawa pendapat ini tidak berasas dan paling lemah). So ambo dapat tahu bahawa ada riwayat mengatakan bahawa Imam Syafie mati dipukul oleh pengikut Imam Malik kerana taksub mazhab.
Ada juga rancangan temuramah samada bersama pakar dalam sesuatu bidang atau bersama marhain. Termuramah bersama pakar tu kami tak pelik, tapi temuramah bersama peladang tu agak menarik. Krew tv akan bawa microphones ke ladang dan buat temuramah kat kebun sayur atau ladang gandum. Tanya pakcik makcik ttg gandum, sayur pasal tanaman. Pakcik atua makcik tu pula nampak seronok jer jawab sampai takder soalan tak dijawabnya. E
Masuk tahun 2, ambo mula slow tgk tv sebab biasanya berita yang disiarkan kita dah faham. Matlamat kita dah tercapai. Kita juga dapat tahu berita berkenaan dalam radio atau akhbar. Kalau tv kita kena tunggu dan beri perhatian. Kalau radio biasanya ambo buleh dengar radio sambil buat kerja lain yang takder kaitan dgn study.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan