Rabu, 2 Jun 2021

Kenangan Kaherah (6)

 Kenangan Kaherah (6)

 

KULIAH BERMULA

Kami datang ke mesir dengan visa pelancong. Visa ni diberikan untuk kami dalam masa sebulan jer (rasanya, sebab tak ingat). Lepas sebulan, visa habis. Kami kena sambung visa pelancong sehingga nama kami secara rasminya naik (muqayyad) di fakulti. Kebiasaannya kalau mohon masuk Fakulti Bahasa Arab, nama akan naik kat situ. Begitu juga kalau mohon masuk fakulti Syariah, Usuluddin nama kita akan tersenarai di fakulti yang kita mohon. Ada juga kes terpencil, minta fakulti lain tetapi naik nama dalam fakulti lain. Minta dok luar Kaherah (Muhafazah) tetiba nama naik kat Kaherah dan sebaliknya.

 

Masa era kami ada beberapa hambatan minda. Maybe benda ni betul. maybe benda ni salah. Antara hambatan pertama ialah Kaherah lebih sukar daripada Muhafazah. Kalau dok Kaherah, doctor (kami panggil doctor utk pensyarah) agak tegas dalam bab markah. Agak susah. Hambatan kedua ialah ada fakulti tertentu yang susah lulus. Pada masa tu, kalau dapat pinjaman YAKIN, YAKIN akan bagi duit lebih jika masuk fakulti Bahasa arab. Maybe hambatan minda ini boleh diterima jika dilihat pada sudut tertentu namun ambo tetap berpegang di mana saja anda berada, kalau anda tidur, tidak berusaha, sama jer sekali pon di tanah Haram.

 

Masa taklimat di Nilam Puri sebelum kami berangkat ke Mesir, pegawai YIK ada bagi briefing ttg benda sebegini antara Kaherah dan Muhafazah. Ambo minta kaherah. Sebab utama ialah al-Azhar bermula di Kaherah, bermula dengan masjid yang dibina lebih kurang 300H era khilafah fatimiyyah melalui usaha panglima Jawhar al-Soqolliy hingga sekarang. Asalnya al-azhar ni ditubuhkan untuk mengembangkan mazhab Syiah. Kerajaan Fatimiyyah tu mmg bermazhab Syiah dan bertapak di barat (area tunis/ algeria atau maghribi sebelum mengembangkan sempadan wilayahnya ke mesir). Then yang mengubah al azhar dan mesir kepada sunni ialah salahuddin al ayubiy. Alhamdulillah rezeki ambo, dapat berada di Kaherah.

 

Kalau tak silap 2 minggu selepas ketibaan kami, kuliah pun bermula secara rasminya. Masa tu kami semua ke kuliah di Husayn/Darrasah. Minggu pertama masih slow. Kami pun masih menunggu-nunggu sebab nama masih tak naik lagi. Kami masih tak pasti samada nama kami berada di Kaherah atau di luar Kaherah. Tak pasti samada dapat fakulti yang kami minta atau  naik nama kat fakulti lain. Al azhar ni agak berbeza. Macam sekolah jer system dia. Selain Kaherah, batch kami dari SEMUARA ada yang berada kat Tanta, Damanhour, Mansoura dan Iskandariyyah (akhawat sahaja). Hampir sebulan berada di Kaherah barulah nama pelajar disahkan dalam system (muqayyad). Pelajar ke Muhafazah mula berangkat tinggalkan Kaherah, (tawzik)

 

Minggu kedua dah mula pengajian. Ambo masih ingat kuliah pertama kami di Kaherah disampaikan oleh Dr Atiyyah Fayyad. Orangnya muda lagi, syarahanya macam ceramah Mat Sabu atau TGHH kat Rusila. Cuma tong derma jer takde. He he. Kuliah pertama tak ramai lagi datang. Kuliah seterusnya penuh satu dewan. Yang bersila atas lantai, yang bersila atas stage sama dengan pensyarah, yang duduk di sekeliling pensyarah semuanya ada. Biasanya 5 minit sebelum kuliah mula dia dah masuk. Then pintu kuliah ditutup. Kalau lewat tunggula kat luar. 30 minit kemudian pintu akan dibuka sekali lagi untuk yang lewat masuk dewan. Then pintu ditutup dan tak buka lagi hingga selesai syarahan dia. Bila dah tau cara, ambo selalu datang awal. Buleh amik tempat belakang. Paling selesa sebab paling tinggi. Kalau lewat kami akan sediakan paper arab. Bila pintu dibuka utk yang lewat kami masuk, hampar paper dan duduk atas lantai. Masa ni mmg teringat suasana kat tempat ceramah ceramah Mat Sabu jer. Masa Dr atiyyah bagi syarahan, dia sampaikan sambil berdiri dan bercakap hampir 90 minit non-stop. Kekadang tu ada senior arab dari tahun 2, 3 pon masuk dengar. Ada juga pelajar dari fakulti lain masuk dengar untuk dapatkan ilmu. Tu yang melimpah sampai bersila atas lantai. Kat sini semua tempat ramai orang. Naik bas penuh macam ikan sardine. Dewan kuliah pon sama penuh semacam jer tambahan kalau doctor yang famous. Masa tu ambo tak faham apa pon, macam tikus tengok besi jer. Ambo faham assalamualaikum dengan syukran jer. Kadang ada juga pakcik/makcik arab tanya kami kat luar al-azhar, agaknya tanya pasal nombor bas nak ke mana, kami jawab naam / aiwah (ya) atau La (tidak) jer. Tapi muka kena konfiden, kononnya dah lama kat sini. Nampak muka pakcik/makcik tu macam blur jer. Entah dia tanya apa ambo tak faham tapi yang penting kami kena jawab dengan muka konfiden. Agaknya pakcik/makcik tu berfikir budak malizi ni apahal, aku tanya lain dia jawab lain. ha ha ha. Konfiden tu penting.

Dr Atiyyah Fayyad bercakap dalam Bahasa arab standard. Tu yang best. Sedap dengar walau tak faham. Macam dengar orang mengaji quran pon ada. Kat mesir ni nak dengar orang cakap fusha (Arabic standard) ni susah kecuali golongan terpelajar atau geng bukan mesir macam pelajar sesame kami. Kalau geng marhain ni kami cakap fushah dibalasnya dialek mesir.

 

Kuliah pertama kami bermula jam 9 pagi. Biasanya kalau dok Nasr City kena naik bas paling lambat 8 pagi. Kalau bas 830 tu alamatnya dok luar dewan jer. Kalau dapat masuk Alhamdulillah. Tapi kalau masa dr atiyyah tu dia mmg tegas bab masa. Alhamdulillah masa dia ngajar ambo sekali jer miss kerana ada urusan visa di imigresen mesir. Biasa ambo naik bas 730 pagi. Berdiri 40 minit dalam bas daj jadi perkara biasa. Mula mula tu tak seronok tapi lama kelamaan dah biasa. So kami naik bas dan tak harap sangat nak duduk kecuali naik di permulaan stesen bas.

 

Sampai kat Husayn, turn je bas kami akan berjalan lalu ikut terowong bawah tanah. Kat atas kami adalah jalanraya yg sibuk antara Darrasah ke Atabah. Dalam terowong tu selalu ada peminta sedekah. Yang bestnya dia akan bertarannum dalam terowong tu sambil tadah bekas duit. Boleh tahan jugak la suara dia bersekali dengan gema dalam terowong tu. Yang tak bestnya kekadang jalan jalan dalam terowong tu berbau hancing dan ada kesan air kencing kat dinding.

 

Perkara kali ambo masuk bangunan fakulti syariah, ambo nak tengok tangga mozek yang dah berlekuk kerana selalu dipijak pelajar. Ustaz2 kami masa kat SEMUARA selalu sebut betapa ramai dan betapa bersungguhnya pelajar datang nak menuntut ilmu sampaikan tangga fakulti syariah dari grounfloor ke tingkat 3 berlekuk kerana dipijak. Allahu Akbar. Memang terpegun masa sampai. Tangga yang bermozek (tiles) tu dah ada kesan lekuk kerana tapak kaki pelajar. Masa pijak tannga tu dapat rasa permukaan dia yang berlekuk dan tak sama. Ustaz kami kat SEMUARA selalu sebut tangga batu tu jadi lentur dan berlekuk kerana selalu dipijak. Kita sebagai manusia kalau selalu belajar, baca buku, menghafaz insya allah Tuhan akan bagi rahmatNYA. Yang penting tetap berusaha

 

Blaja kat al azhar semuanya atas diri sendiri. Tak wajib kuliah. Tak wajib baca buku. Tak wajib beli buku kuliah. Tak wajib buat assignment. Bahkan masuk exam pun tak wajib. Kau nak study atau tak, kau punya pasal. Kau tak faham Arabic atau tak, kau punya pasal. Kena berdikari. Yang penting kamu dah muqayyad nama dengan al azhar, kemudian bayar yuran (masa tu rasanya yuran/rusum) 5 pound setahun dan dapat kad pelajar. Belajar degree tapi dgn yuran 5 pound utk 2 semester. Pelik kan. Takder la. Sebenarnya kat tanah arab ni ada jer univ yang taja sepenuhnya pelajar dia. Cuma al azhar dengarnya dibantu dan dibina oleh harta wakaf umat islam. Itu yang selalu diceritakan oleh arab kat sini.

 

Kadang ambo selalu terfikir, kalau ambo jutawan. Ada 2 impian  (khayalan) ambo. First nak beli Barcelona. Nak uruskan bercelona. Second, nak sambung blaja kat al azhar sepanjang hayat. Datang mesir, bayar yuran, beli buku dan balik msia. Bila exam, amik flight ke mesir dan masuk dewan exam. Jawab exam. Habis exam singah Mekah untuk umrah dan balik Msia. Katakan dalam tempoh 4 tahun dapat degree syariah, sambung pulak degree usuludin. Habis usuluddin sambung Bahasa arab. Habis fakulti bahasa sambung la apa apa kuliah yang buleh sambung. Buat cam tadi. Ulang cycle sampai mati. Ha ha ha. Pelik kan (impian yang di tahap khayalan tu)

 

note

1)      Dewan Kuliah untuk akhawat kat Nasr City. Nampak akhawat jalan kaki jer ke kuliah. Ambo tak leh nak citer sebab tak tahu sangat.

2)      YAKIN ialah Yayasan Kelantan Darulnaim yang memberi pinjaman pelajaran kepada pelajar (bukan semua)

3)      Tangga kat Fakulti Syariah tu dah dipasang tiles baru masa ambo tahun 3 atu 4

 

Tiada ulasan: