Kenangan Kaherah (13)
EXAM 1997
Guru kami (Dr Atiyyah Fayyad) pernah menyebut ada benda kamu kena hafal, ada benda kamu kena faham. Benda yang kena hafal dan ingat, hafallah satu persatu huruf demi huruf dengan baik. Benda yang kamu kena hafal seperti ayat-al-Quran, Matan Kitab yang menjadi simpulan ilmu kamu, bayt syair arab yang menjadi hujah dan tempat ambilan dalam bahasa. Benda sebegini hafallah sepenuhnya terutama al-Quran. Tak mungkin kamu dapat mereka-reka ayat AQ demi untuk mendapatkan markah dalam peperiksaan. Usahkan kamu, sarjana dan penyair arab pada zaman keemasan mereka pun tak mampu nak merekacipta ayat AQ, tiba tiba kamu nak jawab soalan AQ ditulisnya secara rekaan. Tak logik. Ambo teringat pesan seorang penyarah di Msia yang melarang pelajarnya dari mereka-reka ayat AQ sebagai hujahan dalam menjawab soalan peperiksaan. Katanya lagi siapa yang mereka ayat AQ markahnya akan kosong. Takder timbang tara dah. So benda sebegini kena hafal setiap huruf satu demi satu
Ada satu lagi bahagian kamu kena faham seperti sejarah perundangan islam, bagaimana ulama mengeluarkan hukum dari sumber seperti AQ, Sunnah dan sebagainya. Benda sebegini, tak perlulah kamu mengingatinya secara setiap lafaz. Kemudian beramallah dengan apa yang kamu pelajari. Itulah tugas kita sebagai hamba.
Seminggu sebelum exam bertulis, ada exam syafawiy (ujian lisan). Untuk fakulti syariah, biasanya subjek hafazan al-Quran, Usul Figh dan Fiqh mazhab akan ada ujian lisan. Setiap pelajar kena masuk berdua atau bertiga dan menjawab soalan lisan dengan pensyarah. Tak semestinya pensyarah yang menyoal kita ialah pensyarah yang mengajar subjek tu tapi biasanya pensyarah dari satu jabatan. Markah pula akan dibahagikan antara kita dengan kawan. So kena pilih kawan. Kalau kita tak dapat jawab, kawan kita dapat jawab kira ok la dan sebaliknya.
Ambo suka masuk awal untuk ujian lisan. Bagi ambo, kita dah cuba study, cuba memahami, cuba menghafal, so tunggu apa lagi. Kalau lewat pon kena masuk mengadap juga, buat bertambah gabra jer. Apabila kita masuk lewat, kita akan bertanyakan kawan yang masuk awal, doctor tanya kamu soalan apa. Dia tanya mukasurat mana. Panjang ke pendek soalan dia. So kita akan semakin gabra. Ambo biasa masuk dengan seorang teman dari Acheh. Dari tahun 1 hingga tahun akhir, bila ke dewan untuk ujian lisan ambo akan cari dia awal2 lagi. Bila jer pintu dibuka untuk ujian lisan. Kami akan terus masuk.
Exam pertama ambo dalam bulan Ramadan. Masuk jer Ramadan, exam. Begitulah seingat ambo. Ada 5 subjek yang ambo kena harungi. Antaranya sejarah perundangan islam (dr Atiyyah Fayyad), feqh alkitab (tafsir ayat2 hukum Dr Muhammad Hilmi), Usul Feqh (Dr Isa Zahran) dan 2 lagi ambo tak ingat. Tak silap ada 5 subjek masa semester pertama. Buku yang paling tebal ialah feqh kitab (hampir 500 ms).
Hari exam, ada pelajar kita yang naik teksi dari Nasr City ke kuliah. Setiap subjek mereka akan naik teksi. Katanya dalam teksi selesa, masih sempat nak menghafal buku atau nota jika dibandingkan dengan bas yang macam sardine. Biasanya teksi akan bawa kita seorang je sebagai penumpang. So agak selesa. Kita juga boleh berpakat 2 3 orang naik satu teksi. Lagi jimat. Masa nak naik teksi, kena muafakat tambang dulu dengan pemandu. Bila pemandu teksi tengok orang luar macam kita, harganya dah lain. So kena muafakat dulu. Biasa dalam 10 atau 15 pound. Kalau setiap hari peperiksaan naik teksi ada la tambang bulan tu dalam 60-80 pound.
Ada juga yang pakai serban siap selendang atas bahu. Kalau sebelum ni tak pakai serban tetiba hari exam pakai serban dan selendang. Katanya sebagai menghormati exam. Exam ni macam nak perang jihad. So bersiap macam orang nak berjihad. Cuma tak naik kuda perang jer.
Kami geng fakulti syariah biasanya akan exam sebelah petang selepas zohor. Kawan2 dari fakulti Usuluddin pula kalau tak silap exam belah pagi. 2 3 hari sebelum exam, kami akan semak nama dan nombor meja. Kena ingat nombor meja dan tempat atau bangunan kami exam. Biasanya geng wafidin (istilah untuk pelajar bukan arab tempatan) akan berada dalam satu dewan. Sementara arab tempatan akan menghadapi exam di bangunan lain.
Masa exam untuk kertas pertama kami akan tiba awal. Cari meja kami. Ada yang meja mereka berada dalam bangunan samada bangunan fakulti kami atau fakulti lain. Ada yang meja mereka dok tepi tandas dengan aroma macam2. Ada yang berada dekat bilik rehat perkerja. Ada yang meja exam dok tepi koridor dan laluan pejalan kaki. Ada yang dok bawah khemah khas yang dibina untuk exam. Biasa yang dok luar bangunan di musim sejuk tu agak menggigil. So kalau yang pakai serban dan selendang buleh ambil selendang tu buat penutup kaki. Kadang tu tangan tu menggigil. Ada yang pakai sarung tangan. Ada yang meja elok, dapat menulis dengan selesa. Ada yang meja kaki entah tak sama. So pandai2 la nak lapik kertas ker apa apa. So pengalaman kami berbeza.
Pengawas peperiksaan khabarnya daripada kalangan guru-guru sekolah al-azhar. Kami tak kenal mereka. Mereka hanya muncul pada musim exam. Tak pernah nampak mereka di kuliah. Ada yang garang, berpaling pun tak buleh. Ada yang baik, tapi takderla bagi jawapan kat kami. Sekadar senyum dan mendoakan kami dapat jawab dengan baik.
Masa exam, para pensyarah dan ketua jabatan akan meronda. Ada kadang tu mereka akan perhatikan pencil case kami. Kalau pen banyak, diperhatinya setiap batang pen tu dengan teliti. Begitu juga dengan kotak pensil tu. Dibeleknya dan diperhatinya satu persatu. Memula tu ambo pon rasa pelik. Rupanya pernah ada sejarah pelajar asia tenggara meniru dengan cara menulis kecil2 nota2 exam di setiap batang pen dan juga pencil case. Juga ada yang pernah bawa kertas nota berlipat kecil dalam pen tu. Tu yang mereka agak skeptic bila tengok pen yang banyak atau pencil case yang besar. Kalau didapati bersalah meniru masa exam, hukumannya gantung pengajian. Ada yang sampai 2 tahun. Agak berat. Mmg kami tak berani nak meniru
Senior kami bercerita, masa tahun 70an atau 60an, pelajar boleh merokok sambil menjawab soalan peperiksaan. Guru ambo kat SEMUARA juga pernah bercerita pengalaman yang sama masa dia kat al-azhar zaman presiden Anwar Sadat dulu. Pada zaman ambo tu, merokok dah memang tak dibenarkan dalam dewan peperiksaan. Tak pasti larangan tu sejak bila.
Kemudian yang paling best, masa exam tu dapat order teh O arab (shay) dan hagah saah (air karbonat). Kalau musim sejuk dapat minum shay. Harganya 1 pound jer. shay arab ni memang style pekat dan manis. Ambo yang tak minat minum teh masa dok msia dah mula belajar minum teh masa kat mesir. Bayangkan dalam suasana sejuk tu, dapat pegang gelas shay yang berasap dan meneguknya, fuhhh rasa nikmat. kalau exam semester kedua masa Mei, biasanya kami minum hagah saah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan